Mengembalikan suatu memori yang jauh, mengingatkanku kepada zaman persekolahan apabila melalui jalan ini. Apakah yang telah berubah disini ?.
Selasa, Oktober 26, 2010
PANORAMA DAERAH KUNAK BHG. 9
Mengembalikan suatu memori yang jauh, mengingatkanku kepada zaman persekolahan apabila melalui jalan ini. Apakah yang telah berubah disini ?.
Sabtu, Oktober 23, 2010
The Sun rises in the east
Jumaat, Oktober 22, 2010
The Earliest Houses
Rumah ini adalah antara kediaman yang pertama sekali dibina di Kg. Pangkalan Kunak yang masih wujud hingga ke hari ini. Pemilik asal rumah ini adalah Tuan Hj. Mat Nor seorang pengusaha bot penarik balak yang berjaya pada ketika itu.Menurut seorang yang telah lama tinggal di kawasan ini, pada masa itu (mungkin dalam tahun 1960-an) menurutnya, rumah di Kg. Pangkalan tidak sampai sepuluh buah biji jumlahnya pada masa itu, hal ini mungkin disebab oleh kawasan ini dipenuhi oleh timbunan kayu balak dan beberapa bot-bot penarik disamping sesekali akan kelihatan kapal-kapal stim kargo yang berlabuh di hujung pelabuhan kampung ini.
Beliau menjelaskan lagi, kepesatan pertumbuhan penduduk disini adalah bermula seawal tahun 1970 apabila ramai dari pekerja-pekerja pembalakan dan estet pertanian datang bersama keluarga masing-masing dan membina rumah disini ekoran dari kemudahan dan akses untuk mendapatkan keperluan harian lebih mudah jika dibandingkan di tempat lain.
Khamis, Oktober 21, 2010
BARGAINING IN KUNAK BAZAAR
Such a view is nothing incongruous in Kunak when the arrival of the festive season here. Various items rarely found on normal days would be there at this time. This includes items such as clothes cover the latest fashionable women which generally are only available in big cities like Kota Kinabalu and Kuala Lumpur.
Rabu, Oktober 20, 2010
KUDRAT KEHIDUPAN
Selasa, Oktober 19, 2010
Wooden Walkways
Jumaat, Oktober 15, 2010
Lembah Tingkayu Kunak

Panorama indah di Lembah Tingkayu Kunak, sebuah kawasan yang masih menyimpan seribu misteri untuk dirungkaikan. Pada 1980-an pihak arkiologi telah mengesahkan bahawa sejak 15,000 tahun dahulu, lembah ini adalah antara penempatan yang terawal di Asia Tenggara dimana kehidupan masyarakatnya telah menggunakan peralatan-peralatan yang terbaik dalam penghasilan dan pembuatannya, hinggakan mereka dikatakan mempelopori industri tembikar yang berkualiti tinggi yang mana merujuk kepada penemuan artifak-artifak di kawasan ini.
Jumaat, Oktober 08, 2010
THE BAL HOUSE
Sedikit fakta sejarah mengenai rumah ini yang sempat saya selidiki, dimana rumah ini mula dibina pada 1967 oleh BAL Plantation Company sebuah syarikat terawal yang menoraka industri kelapa sawit di daerah Kunak. Merujuk orang-orang lama di sini, rumah ini mula didiami oleh sebuah keluarga Inggeris sebelum dijadikan rumah tumpangan dan rumah untuk penjaga kawasan ini.
Kini rumah setengan abad ini dimiliki oleh syarikat konglomerat terbesar di Malaysia iaitu Sime Darby Plantation Bhd. Diharap bangunan usang ini akan terus dipelihara bagi tatapan generasi yang akan datang.
Rabu, Oktober 06, 2010
" Selamatkan Sungai Atas "....!
Tempat inilah antara lokasi yang sering saya kunjungi sewaktu tahun 1988 hingga 1998, mana tidaknya inilah sungai yang paling dekat dengan kawasan pekan mungkin kurang 20 minit dengan berjalan kaki - masa itu aktif lagi - kalau mau ke Madai jauh terpaksa keluarkan modal lebih walaupun tambang pada masa itu RM 2.00 lagi naik Van sapu banding dengan sekarang mau-mau RM 5.00 seorang.
Mungkin masi ada yang ambil peduli tentang masalah ini, masakan tidak beberapa paip PVC beserta mesin penyedut ada dibeberapa lokasi tebingan sungai ini sedang menyedut air. Tapi apalah guna jika kita hanya mengambil hasilnya tanpa menjaganya.
Mungkin selepas ini, aku hanya dapat menceritakan kisahku dan sungai ini kepada anak-anakku tanpa mereka juga dapat merasainya.


