Selasa, Jun 29, 2010
Sabtu, Jun 12, 2010
PELABUHAN KUNAK ( Kunak Port ) BHG. 3
Pelabuhan Kunak yang asal mula dibina pada 1965 dan siap sepenuhnya pada oktober 1966. Pelabuhan sepanjang 910 meter ini, dibina dengan ribuan Tan batu karang dan pasir yang terdapat di sekitarnya bagi menambak laluannya selebar 3 meter tersebut.
M.V. AutolycusPembukaan terminal pelabuhan ini secara rasminya ialah pada 27 oktober 1966, yang mana dirasmikan oleh Menteri Telekominikasi pada masa itu, dan pada hari yang sama juga bermulanya operasi pelabuhan ini dengan penghantaran minyak sawit mentah yang pertama menggunakan kapal M.V. Autolycus sepanjang 141 meter.
Jumaat, Jun 11, 2010
FOTO KUNAK DULU DAN KINI
Pemandangan Bukit Dalas (Madai) dari muara sungai Madai pada 1960, foto ini diambil oleh seorang angkatan laut Autralian.
Jumaat, Jun 04, 2010
Dari Sabahan ke Teluk Sipit
Disepanjang pantai yang bermula di gióng (Sabahan) hingga ke Teluk Sipit (sempadan Kunak dan Semporna), pihak arkiologi telah membuat kesimpulan bahawa terdapat wujudnya sebuah penempatan masyarat yang mengamalkan cara hidup kuno di sepanjang laluan pantai ini yang berusia antara 500 hingga 800 tahun dahulu.
Masyarakat ini walaupun mengamalkan cara hidup nomad, akan tetapi mereka dikatakan telah menjalankan aktiviti perhubungan dengan masyarakat luar seperti perdagangan, ini dibuktikan melalui penemuan barangan seramic yang ditemui dikawasan ini sejak beberapa dekad yang lalu, yang mana antaranya dipercayai datang dari Dinasti Tang dan Sung.
