Pengikut

Sabtu, Jun 12, 2010

PELABUHAN KUNAK ( Kunak Port ) BHG. 3

Pelabuhan Kunak sebelum naik taraf (foto: Kai_Mikazey)
Pelabuhan Kunak yang asal mula dibina pada 1965 dan siap sepenuhnya pada oktober 1966. Pelabuhan sepanjang 910 meter ini, dibina dengan ribuan Tan batu karang dan pasir yang terdapat di sekitarnya bagi menambak laluannya selebar 3 meter tersebut.

M.V. Autolycus

Pembukaan terminal pelabuhan ini secara rasminya ialah pada 27 oktober 1966, yang mana dirasmikan oleh Menteri Telekominikasi pada masa itu, dan pada hari yang sama juga bermulanya operasi pelabuhan ini dengan penghantaran minyak sawit mentah yang pertama menggunakan kapal M.V. Autolycus sepanjang 141 meter.

Jumaat, Jun 11, 2010

FOTO KUNAK DULU DAN KINI

Pemandangan Bukit Dalas (Madai) dari muara sungai Madai pada 1960, foto ini diambil oleh seorang angkatan laut Autralian.

Ini pula foto pemandangan dari arah yang sama, diambil pada bulan Mac 2010 oleh penulis sendiri.

p/s: Ada beza tak kedua2 foto ini......

Jumaat, Jun 04, 2010

Dari Sabahan ke Teluk Sipit

Kerja-kerja penggalian di Gua sipit pada tahun 1968 (foto: Harrisson)

Disepanjang pantai yang bermula di giĆ³ng (Sabahan) hingga ke Teluk Sipit (sempadan Kunak dan Semporna), pihak arkiologi telah membuat kesimpulan bahawa terdapat wujudnya sebuah penempatan masyarat yang mengamalkan cara hidup kuno di sepanjang laluan pantai ini yang berusia antara 500 hingga 800 tahun dahulu.

Masyarakat ini walaupun mengamalkan cara hidup nomad, akan tetapi mereka dikatakan telah menjalankan aktiviti perhubungan dengan masyarakat luar seperti perdagangan, ini dibuktikan melalui penemuan barangan seramic yang ditemui dikawasan ini sejak beberapa dekad yang lalu, yang mana antaranya dipercayai datang dari Dinasti Tang dan Sung.

Selasa, Jun 01, 2010

Pusu Bakas, Gua Baturong

Penempatan keranda secara besar-besaran di bawah lekukan batu bakas Pusu di Gua Baturong ini mungkin telah digunakan berkali-kali sebagai tempat pengkebumian dari keluarga yang sama sejak ratusan dahulu.

Foto oleh : B. Harrisson 1968
Related Posts with Thumbnails