Pengikut

Sabtu, Februari 09, 2013

Nostalgia di Kedai Papan 90an

Masa darjah satu dalam tahun 1991 dulu, seingat akulah hanya sekali arwah bapak hantar aku pergi sekolah itu pun waktu hari pertama pendaftarn sahaja dan selepas itu sepanjang tahun seterusnya aku jalan kaki sendiri ke sekolah sampailah aku tamat darjah enam di S.K. Pekan Kunak 1.

Waktu itu kebanyakkan budak sebaya aku yang tinggal di sekitar pekan Kunak dan Pangkalan khususnya lebih gemar berjalan kaki ke sekolah dan begitulah juga seterusnya apabila pulang ke rumah. Waktu itu antara laluan yang aku paling gemari adalah lorong pejalan kaki di depan kedai papan yang dibina seawal 1960an lagi kalau tidak silap berdasarkan cakap-cakap orang tua di Kunak. Sesungguh bagi mereka yang lahir sebelum 1990an amat merindui suasana deretan kedai papan ini.


Antara banyak-banyak kedai di kawasan ini, ada satu kedai papan yang paling conner sekali dan iaitu kedai runcit LOOI FAT maaf kalau salah ejaan. Sebuah kedai tempat aku dan rakan yang lain singgah untuk beli ais kindi yang didalamnya berisi asam jeruk, rojak buah dan alatan tulis. Selain itu kedai ini juga turut membeli dan menjual Ikan Kabus ( Haruan ).


Pada waktu-waktu tertentu kawasan ini selalunya meriah dengan pelbagai aktiviti seharian masyarakat Kunak. Terdapat pelbagai kedai yang menjual dan menyediakan jenis perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat Kunak turut terdapat disini, dari kedai runcit, jahitan, restoran, alat ganti kenderaan hingga pusat hiburan orang dewasa.


Antara kenangan waktu itu yang sukar aku lupakan adalah di sebuah kedai makan mamak yang terletak di tengah-tengah premis ini. Waktu itu selalunya selepas pulang dari sekolah atau dari main bola di padang pekan, kami akan singgah di kedai ini untuk minta seteguk air sejuk free di samping menonton wayang gusti yang juga free hehehe.....

Sehinggalah kejadian di siang hari pada 1998...........


Kini Kedai Papan penuh nostalgia zaman kanak-kanak sudah tiada lagi, ia sudah digantikan dengan dua baris blok rumah kedai dua tingkat yang diberi nama 'Kunak Plaza'.

Sesungguhnya segala apa yang didunia ini tidak semestinya akan selalu kekal selamanya, perubahan dan pembangunan akan selalu seiring dengan arus perubahan masa yang kadang akan meninggalkan kita entah bila ia akan menjelma....

Credit Picture : El Hartono
Related Posts with Thumbnails