Pengikut

Ahad, Februari 28, 2010

PASAR RABU KUNAK






Suasana meriah pasar Rabu di Pekan Kunak, bermacam jenis jualan makanan di pamerkan khas buat warga peniaga kecil-kecilan di sini. Lokasinya yang strategik terletak di lorong jalan utama premis perniagaan Kunak Plaza dan berhadapan dengan pusat pasaraya Milimewa ini, menjadikan suasana pekan yang cukup sibuk seawal pukul 2.00 petang lagi dan berakhir pada 7.00 malam.

Sabtu, Februari 27, 2010

SH. IBRAHIM TOKOH PENGAKAP KUNAK

Sharif Ibrahin bin Sharif Jaafar dilahirkan pada 13hb Mac 1933 di Kg. Simunul Semporna, mula bergiat dalam pergerakan Pengakap seawal usia 19 tahun iaitu pada 1952 di Goverment Primary School Sisipan sewaktu bertugas sebagai Guru Muda disana.

Kemudia pada tahun 1957 hingga 1958, iaitu sewaktu menuntut di Magtab Perguruan Kent Kota Kinabalu, bakat dan ketrampilan beliau semakin menyerlah apabila dilantik sebagai Scouts Master oleh pihak Kerajaan British pada ketika itu.


Sh. Ibrahim (x) 1952
Beliau juga adalah orang penting sewaktu menyambut kedatangan Balu Lord Baden Powell, pengasas pergerakan Pengakap Sedunia ke Tawau pada 1960. Sepanjang bergiat dalam dunia pendidikan dan Pengakap, beliau pernah berkhidmat sebagai Pesurujaya Daerah Semporna dari tahun 1961 hingga 1971, Pesurujaya Daerah Tawau 1973 hingga 1980 dan yang terakhir dilantik sebagai Pesurujaya Daerah Kunak merangkap Tim. Pesurujaya Bahagian Tawau dari 1982 hingga 1988, yang mana beliau juga adalah Pesurujaya Daerah Kunak yang pertama.

Sh.Ibrahim (x) sewaktu lawantan Balu Lord Baden Powell ke Tawau 1960

Perhimpunan terbesar pengakap yang pernah beliau sertai ialah Jambori Malaysia ke-3 pada 1974 di negeri Johor. Anugerah Pengakap tertinggi yang pernah beliau terima ialah 'Anugerah Pengakap Setia' pada 1991 di Istana Negeri Kota Kinabalu.

Sewaktu Kembori di Tawau 1974

Sesungguhnya Jasa dan Khidmat yang beliau taburkan dalam pergerakan ini bersama bidang pendidikan yang beliau cintai ini telah melayakkan beliau sebagi Tokoh Pendidik yang utama di Kunak.

Khamis, Februari 25, 2010

Rabu, Februari 24, 2010

KUNAK SUNRISE PHART 2







P/S : Anothers view of Sunrise from Kg. Pangkalan Kunak in early morning, the water village near the town.

Selasa, Februari 23, 2010

Bangunan Konkrit Pertama di Kunak

Hotel Kunak

Hotel Kunak atau Rumah Tinggi gelaran bagi masyarakat tempatan ini adalah bangunan konkrit tertinggi yang pertama di Pekan Kunak, dimana ianya mula dibina pada 1972 dan siap sepenuhnya pada 1975, dan seterusnya dirasmikan oleh Ybhg. Datuk A. Watson pada 22hb November 1975.
Walau bagaimanapun bangunan ini tidaklah semegah usia dan sejarahnya, pelbagai titik hitam sentiasa mencalit bangunan usang ini. Orang yang seharian di pekan Kunak tentu lebih mengetahui apa yang berlaku.

Isnin, Februari 22, 2010

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG V

Bangunan Pangi Kunak dibina pada 1992, dulunya bekas salah satu tapak Pasar Malam dan Pasar Minggu.


Jalan JKR Lama, jalan ini menuju ke Pusat Kesihatan Ibu dan Anak dan Kem Rej. Askar Wataniah Kompeni Charli Kunak dan juga menuju ke Perumahan Jabatan Kerajaan.

Jalan Getah Pangi, laluan utama ke kawasan perkampungan Pangi dan Sungai Atas.

Salah satu jalan utama di Pekan Kunak, disepanjang jalan ini menempatkan banguanan Pejabat Pos, Pejabat Pelajaran, Perpustakaan Awam, Telekom Malaysia, Bangunan Premis Sedco dan Premis bangunan Pangi.



Jumaat, Februari 12, 2010

Potensi Sarang Burung Buatan di Kunak

Daerah Kunak merupakan Daerah Pengeluar sarang Burung layang-layang atau burung walit yang bermutu tinggi.Ianya terdapat di MADAI CAVE atau Gua Madai yang terletak kurang lebih 10km dari pekan Kunak.

Kelebihan semula jadi yang terdapat pada Daerah Kunak dari segi pengeluaran sarang burung semula jadi yang bermutu tinggi ini, membuatkan penulis terfikir untuk mewar-warkan cadangan ini, agar sama-sama dapat di baca oleh penduduk di daerah Kunak.

Cuba anda lihat pada photo yang penulis muatkan dibawah ini. Ini merupakan projek sarang burung buatan manusia, yang di buat dibeberapa tempat di semananjung malaysia. Semata-mata untuk menarik perhatian burung walit agar singgah membuat sarang di gua tiruan ini.



Fikirkan pula kalaulah Gua tiruan ini juga di buat di Daerah Kunak yang sememangnya terkenal dengan sarang burungnya yang bermutu tinggi. Bukankah ianya dapat mendatangkan hasil jutaan ringgit kepada pengusahanya.

Orang kunak cuba-cubalah peluang sebegini, mudah-mudahan dapat membantu memperbaiki ekonomi dan memajukan daerah Kunak.
sumber : walitkunak.blogspot

Khamis, Februari 11, 2010

NAMA ALLAH DALAM TULISAN JAWI TERPAMPANG KETIKA SEMINAR DI DEWAN MASYARAKAT KUNAK


Ketika seminar Technologi EM ( Jepun ) MPOB Perlesenan dan Bantuan Kerajaan dan Tanaman lain dari pada kelapa sawit di Kunak.

Seorang peserta bernama FIDA, staf kumpulan Usahawan Asas tani P188 Silam yang sedang mengambil gambar sebagai satu kenang-kenangan amat terkejut apabila melihat gambar yang diambilnya terpampang TULISAN NAMA ALLAH DALAM BENTUK TULISAN JAWI.

Peserta yang melihat mengucapkan Allahu Akbar kerana melihat gambar yang tertera tulisan Allah. Kisah benar ini di petik dari ketua kumpulan Asas Tani encik Azmi Chan. Nama Allah ini tertera ketika sahaja YB. Tuan haji salleh Haji Kalbi bersama Tan Sri Bernord Dompok kelihatan dalam skrin depan dewan. Anda boleh melihat dengan jelas dibawah gambar tertera tulisan ALLAH bercahaya sinar

Rabu, Februari 10, 2010

Bekas Terowong Tentera Jepun di Kunak

Foto dari Kecapienterprise
Petikan artikel dari blog berkaitan daerah Kunak

"Dalam pada itu, Pegawai Daerah, Susilo Sumarto yang ditemui di majlis pelancaran Proper, memberitahu bahawa terdapat terowong panjang di kawasan Kunak yang dipercayai dibina semasa zaman perang Dunia kedua oleh tentera Jepun."
Petikan dari : kunakpress.blogspot

P/s : Sedikit masa lagi, penulis akan cuba menyelidiki tentang Terowong tinggalan Perang Dunia ke-2 ini untuk tatapan kita semua. Diharap kepada anda warga kunak disana yang mempunyai info berkaitan terowong ini, bolehlah dikongsi bersama.

Khamis, Februari 04, 2010

SEKOLAH TERTUA DI KUNAK


Penubuhan SK. Pekan Kunak tercetus dua tahun selepas rentetan kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Penubuhan sekolah ini dibuka pada 1 Jun 1959 adalah merupakan tapak kawasan pasar sayur. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama Native Voluntery School. Guru besarnya pada ketika itu ialah En.Taip Ujan. Bilangan muridnya seramai 60 orang dan mempunyai dua buah bilik darjah sahaja. Oleh itu SK. Pekan Kunak merupakan sekolah yang tertua di daerah Kunak.

Pada tahun 1961 sekolah ini dipindahkan ke Kampung Getah Kunak. Ia didirikan atas kerjasama PIBG. Pengerusi PIBG pada masa itu ialah Tuan Hj. Jainal Gunung. Guru besar sekolah ini ialah En. Adama Balabul. Jumlah guru seramai dua orang sahaja dan mempunyai lima buah kelas. Kemudian pada tahun 1963 barulah sekolah ini didirikan di tapak yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun hanya terdapat sebuah blok. Pada masa itu bilangan gurunya seramai lima orang dan murid seramai 250 orang. Sekolah ini juga pernah menjadi tapak Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah Menengah dan Pusat Kegiatan Guru di daerah Kunak.

SUMBER : skkunak.edublogs.

Rabu, Februari 03, 2010

Sejarah Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Foto tahun 1986, Pegawai Pelajaran daerah Kunak yang pertama Tuan Hj. Sharif Shamsuddin sewaktu menerima kunjungan Majlis Pengakap Negeri Sabah.

Pejabat Pelajaran Daerah Kunak pada asalnya menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Pekan Kunak (sekarang Sekolah Kebangsaan Kunak I) pada 1986. Pada tahun 1988 barulah Bangunan sementara PDD Kunak berpindah ke Tapak seluas 1 ekar di Kawasan Pekan Kunak sehingga ke hari ini.

Selasa, Februari 02, 2010

Related Posts with Thumbnails