Pengikut

Khamis, Februari 04, 2010

SEKOLAH TERTUA DI KUNAK


Penubuhan SK. Pekan Kunak tercetus dua tahun selepas rentetan kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Penubuhan sekolah ini dibuka pada 1 Jun 1959 adalah merupakan tapak kawasan pasar sayur. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama Native Voluntery School. Guru besarnya pada ketika itu ialah En.Taip Ujan. Bilangan muridnya seramai 60 orang dan mempunyai dua buah bilik darjah sahaja. Oleh itu SK. Pekan Kunak merupakan sekolah yang tertua di daerah Kunak.

Pada tahun 1961 sekolah ini dipindahkan ke Kampung Getah Kunak. Ia didirikan atas kerjasama PIBG. Pengerusi PIBG pada masa itu ialah Tuan Hj. Jainal Gunung. Guru besar sekolah ini ialah En. Adama Balabul. Jumlah guru seramai dua orang sahaja dan mempunyai lima buah kelas. Kemudian pada tahun 1963 barulah sekolah ini didirikan di tapak yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun hanya terdapat sebuah blok. Pada masa itu bilangan gurunya seramai lima orang dan murid seramai 250 orang. Sekolah ini juga pernah menjadi tapak Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah Menengah dan Pusat Kegiatan Guru di daerah Kunak.

SUMBER : skkunak.edublogs.

3 ulasan:

  1. 1957 blum ada wujudnya nama Malaysia. Lagipun yg merdeka pada tahun 1957 hanya Tanah Melayu. Bukan Sabah. Sabah merdeka secara rasminya apabila penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

    BalasPadam
  2. terima kasih diatas respon anda

    BalasPadam
  3. Ini la sekolah pertama ku ketika awal posting pada tahun 1990...rindu ngan kawan2 seperjuangan..mana kalian semua..

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails