Pengikut

Jumaat, Februari 25, 2011

Khamis, Februari 17, 2011

LOGGING AT BOHAYAN ISLAND

Photo dari Google Earth

Pulau Bohayan yang terletak 7.8 batu nautika dari pantai timur Kunak ini adalah sebuah pulau yang mempunyai pantai dan terumbu karang diantara yang tercantik di Teluk Darvel. Tapi tahu kita bahawa pulau yang diliputi oleh hutan belantara dan tanpa penghuni ini, adalah sebuah tempat tumpuan aktiviti pembalakan yang utama suatu ketika dahulu di kawasan Kunak pada zamannya iaitu sewaktu pasca penjajahan British di negeri Sabah.


Menyingkap sejarah aktiviti pembalakan disini, yang mana ia dipercayai bermula seawal tahun 1940an lagi. Agensi British Borneo Timber Company adalah pihak yang bertanggungjawb membuka dan mengusahakan pembalakan disini, yang mana Pulau Bohayan telah dijadikan sebagai pusat transit bagi longgokan kayu balak yang datangnya dari Pangkalan Mostyn (sekarang Kg. Pangkalan), Pangkalan Madai dan Sungai Tingkayu sebelum kedatangan kapal-kapal kargo yang akan mengangkutnya dan seterusnya di eksport ke luar Negara seperti Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Australia, Jepun dan Hong Kong.


Pada pertengahan 1950an seorang anak tempatan telah dilantik sebagai ketua operasi dipulau ini iaitu Mr. George Pang, yang mana beliau telah diberikan kepercayaan oleh pihak company pada masa itu untuk mengetuai semua operasi pemunggahan dan pengumpulan kayu balak di pulau ini menggantikan penyandang sebelumnya yang berasal dari Eropah.


Sebagai ketua operasi disini, beliau bersama keluarganya telah disediakan oleh pihak company sebuah Banglo sederhana yang terletak di puncak bukit disebelah barat tanjung pulau ini yang pemandangannya cukup indah jika berada di kawasan banglo tersebut sambil deretan rumah-rumah kongsi bertiang didirikan disepanjang pantai pulau ini.


Kebanyakkan pekerja buruhnya adalah dari kalangan suku kaum suluk dan bajau dari selatan pilipina yang datang bersama keluarga masing-masing manakala para ‘Mandor’ adalah dari kaum cina dari Sandakan dan Tawau. Adalah dianggarkan jumlah penghuni pulau ini adalah sekitar 1000 orang menjelang tahun 60an melebihi penduduk kawasan pekan Kunak pada masa itu.

Kepadatan, keindahan dan peluang perekonomian di pulau ini telah menyebabkan pulau Bohayan bertindak sebagai magnet penarik bagi pengusaha-pengusaha hiliran disini untuk menetap sama seperti munculnya beberapa pengusaha bot penambang yang mengangkut penumpang dari Mostyn dan Lahad datu hampir setiap minggu dan mungkin beberapa kali dalam sehari jika permintaan tinggi terutamanya apabila tiba waktu musim pembayaran gaji berlansung.


Kini tiada lagi aktiviti seumpanya berlansung disini. Banglo dan rumah-rumah pekerja yang membarisi gugusan pantai disini pun telah dirobohkan menjelang penghujung tahun 1970-an, iaitu sewaktu apabila bermulanya pewartaan hutan simpan kekal dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kini kawasan pulau Bohayan juga adalah kawasan larangan bagi sebarang aktiviti manusia dan ia sentiasa dikawal ketat oleh pihak Jabatan Perhutanan dan Tentera yang juga mempunyai post pengawal di pulau ini.

Isnin, Februari 14, 2011

In Memory of SMK Kunak 1980s




P/S : Paparan foto-foto ini ada atas kebenaran En. Khanapiah Salleh yang mana beliau pernah mencurahkan bakti sebagai guru di SMK Kunak dari tahun 1985 hingga 1989. Harapnya semoga dengan paparan ini akan mengembalikan nostalgia kepada mereka-mereka yang seangkatan dengannya.

Jumaat, Februari 11, 2011

GIRAM ESTATE

Simpang ke Ladang Giram

Giram Estate adalah antara ladang pertanian yang terawal dibuka di kawasan Daerah Kunak. Majoritinya dihuni oleh masyarakat suku kaum Kokos dan Bugis yang semamangnya suda diketahui umum sebagai nadi utama penggerak kepada sektor perladangan di kawasan ini.

Menurut kakak saya arwah Bapak juga pernah bekerja di Ladang Giram seawal tahun 70an tetapi tidak lama mungkin bapak lebih tertarik dengan sektor pembalakan barangkalinya.

Mungkin banyak kisah sejarah yang ada di kawasan ini bermula pada penubuhannya hinggalah sekarang yang mungkin orang seperti saya dan anak-anak jati Ladang Giram teringin sangat mengetahuinya, cuma mungkin kurangnya sumber rujukan yang boleh diperolehi.

Seperti siapa individu yang bertanggungjawab membuka dan memberi nama 'Giram' keatas ladang ini ?. Bangunan-bangunan setengah abad juga dikhabarkan masih terdapat di beberapa tempat di kawasan ini, tetapi maklumat mengenainya agak kurang diketahui umum dan harapannya ada diantara pengunjung blog ini diluar sana yang mungkin ada kisah yang menarik yang boleh kita kongsikan disini buat tatapan sejarah dimasa hadapan.

Khamis, Februari 10, 2011

KUNAK STREET FOOD VENDORS

Peniaga Kuih Muih di Lok Santul di tengah Kampung Pangkalan

Peniaga Kuih Muih dekat Pasar Sayur di Kampung Pangkalan

Peniaga Kuih Muih di Pasar Malam di tepi dewan masyarakat Kunak

Peniaga Kuih Muih di perkarangan kedai papan sementara

P/S : Kalau di Kunak...jangan 'termis' datang ke gerai-gerai ini...dijamin anda pasti puas hati...!

Sabtu, Februari 05, 2011

Pejabat Kastam Kunak

Pejabat Kastam Diraja Malaysia cawangan Kunak berwajah baru lagi. Sungguh aku terpegun dengan lanskap dan dekorasi pintu pagar halaman bangunan ini, tidak seperti sedekad tahun yang lalu suasananya sungguh berbeza jika dibanding pada masa ini.

Menjenguk dari sisi tingkap kereta sambil menikmati pemandangan yang 'indah' di jalan Kg. Pangkalan yang sentiasa 'Jam' diawal pagi, telah membuatkan aku mengelamun seketika.

Terkenang sewaktu zaman kanak-kanak dahulu di hadapan bangunan ini dalam tahun 1990-an.
Waktu itu di kampung musim budak-budak seusiaku bermain 'Tembak-tembak' yang diperbuat dari kayu dan bersumberkan peluru 'buah bakau' yang sememangnya banyak terdapat di sepanjang laluan ke Pelabuhan Kunak pada masa itu dan saya berserta beberapa rakan yang lain adalah diantara yang aktif dalam permainan ini....mungkin gara-gara terpengaruh oleh filem ala perang 'Vietcong' yang amat popular pada waktu itu kali.

Dipendekkan cerita, waktu itu ada beberapa buah pokok pelindung yang seakan pokok asam dihadapan bangunan ini dan kami telah jadikanya sebagai mini markas konon-kononya disamping sebagai tempat untuk berehat dan bermain. Hampir sebulan rasanya jika waktu hari sabtu dan minggu kami akan melepak sambil berbual-bual kosong di situ.

Sehinggalah kejadian disuatu petang dengan tidak disangka-sangka seperti ada orang yang membaling batu kearah kami berteduh, dilihat kekanan, kekiri, keatas dan kebawah pokok tiada orang melainkan beberapa kenderaan yang berlalu di seberang sana. Dan akhirnya kami menyesaki bahawa lontaran batu tersebut adalah dari arah halaman bangunan di dihadapan kami iaitu pejabat Kastam Kunak. Sungguh hairan sepanjang yang kami tahu tidak pernah sama sekali kelibat sapa-sapa yang ada disitu pada waktu itu dan akhirnya kejadian itu telah membuatkan kami jerak untuk kepokok itu lagi.

Pernah juga saya terdengar bahawa dulu sebelum bangunan ini dibina dalam tahun 1980-an, kawasan sekitarnya banyak dipenuhi oleh pokok-pokok Ara yang besar yang sememangnya suda menjadi satu lagenda jika kawasan tersebut ada pokok ara maka adalah tu 'penjaganya'. Entalah betul kah tidak...Allahualam...yang penting itu cerita lama dan diharap bangunan ini meneruskan khidmatnya untuk daerah, negeri dan negara amnya.

Rabu, Februari 02, 2011

KUNAK MARINE PRODUCTS

Daerah Kunak memang suda dikenali sebagai daerah pengeluar produk makanan laut kering diantara yang terbaik di Sabah, walaupun kebanyakkannya diusahakan secara kecil-kecilan dan menggunakan kaedah tradisi akan tetapi kualiti produk dan permintaannya sentiasa ada menyebabkannya menjadi ole-ole yang terbaik bagi anda yang berkunjung kesini.

Terdapat beberapa tempat yang anda boleh kunjungi sekiranya anda berminat dengan produk ini. Salah satunya ialah di Pasar Sayur di belakang Dewan Masyarakat Kunak yang sememangnya sentiasa menunggu para pelanggan yang datang tanpa rasa jemu dan ditambah lagi dengan layanan yang cukup mesra oleh peniaga disini.

Jadi saranan saya jika anda berkunjung ke ke Pantai Timur Sabah untuk atas apa sekalipun urusan, apa kata jika produk-produk ini anda jadikan sebagai buah tangan yang teristimewa buat insan yang anda tinggalkan dirumah.
Related Posts with Thumbnails