Pengikut

Sabtu, Februari 05, 2011

Pejabat Kastam Kunak

Pejabat Kastam Diraja Malaysia cawangan Kunak berwajah baru lagi. Sungguh aku terpegun dengan lanskap dan dekorasi pintu pagar halaman bangunan ini, tidak seperti sedekad tahun yang lalu suasananya sungguh berbeza jika dibanding pada masa ini.

Menjenguk dari sisi tingkap kereta sambil menikmati pemandangan yang 'indah' di jalan Kg. Pangkalan yang sentiasa 'Jam' diawal pagi, telah membuatkan aku mengelamun seketika.

Terkenang sewaktu zaman kanak-kanak dahulu di hadapan bangunan ini dalam tahun 1990-an.
Waktu itu di kampung musim budak-budak seusiaku bermain 'Tembak-tembak' yang diperbuat dari kayu dan bersumberkan peluru 'buah bakau' yang sememangnya banyak terdapat di sepanjang laluan ke Pelabuhan Kunak pada masa itu dan saya berserta beberapa rakan yang lain adalah diantara yang aktif dalam permainan ini....mungkin gara-gara terpengaruh oleh filem ala perang 'Vietcong' yang amat popular pada waktu itu kali.

Dipendekkan cerita, waktu itu ada beberapa buah pokok pelindung yang seakan pokok asam dihadapan bangunan ini dan kami telah jadikanya sebagai mini markas konon-kononya disamping sebagai tempat untuk berehat dan bermain. Hampir sebulan rasanya jika waktu hari sabtu dan minggu kami akan melepak sambil berbual-bual kosong di situ.

Sehinggalah kejadian disuatu petang dengan tidak disangka-sangka seperti ada orang yang membaling batu kearah kami berteduh, dilihat kekanan, kekiri, keatas dan kebawah pokok tiada orang melainkan beberapa kenderaan yang berlalu di seberang sana. Dan akhirnya kami menyesaki bahawa lontaran batu tersebut adalah dari arah halaman bangunan di dihadapan kami iaitu pejabat Kastam Kunak. Sungguh hairan sepanjang yang kami tahu tidak pernah sama sekali kelibat sapa-sapa yang ada disitu pada waktu itu dan akhirnya kejadian itu telah membuatkan kami jerak untuk kepokok itu lagi.

Pernah juga saya terdengar bahawa dulu sebelum bangunan ini dibina dalam tahun 1980-an, kawasan sekitarnya banyak dipenuhi oleh pokok-pokok Ara yang besar yang sememangnya suda menjadi satu lagenda jika kawasan tersebut ada pokok ara maka adalah tu 'penjaganya'. Entalah betul kah tidak...Allahualam...yang penting itu cerita lama dan diharap bangunan ini meneruskan khidmatnya untuk daerah, negeri dan negara amnya.

7 ulasan:

  1. inilah antara bangunan kerajaan di Kunak yg disifatkan sebagai 'HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU"...
    Tak percaya datang ke pejabat itu, satu orang pun pegawai atau kakitangan Kastam tidak ada bekerja di situ.
    Mungkin hanya pejabat 'Kosong'.
    Cat warna bangunan saja cantik, hanya luaran.
    Adakah blogger Semuakunak sudah menjenguknya dari dekat?

    BalasPadam
  2. Entah berapa ratus ribu wang rakyat habis hanya utk membaikpulih, mencantikkan termasuk cat dan sebagainya sejak bangunan itu dibina?
    Blogger Semuakunak perlu Tanya jabatan yang berkenaan sebelum memuji 'kecantikan' bangunan ini, sebaiknyalah supaya rakyat tidak lagi seperti dikabur-kaburi...?

    BalasPadam
  3. Munkin ada juga baik nya di puji kecantikan nya, agar dapat di bongkar, masallah nya KP, sbb kalau pasal Projek di Daerah Kunak, masih banyak lagi yang belum di bongkar ke mana pergi nya, cuma saya tunggu dekat dekat PRU ke-13 baru meletup. saya bagi klu sikit, di antara nya permohonan barangan sukan bernilai Rm98 Ribu dan masih banyak lagi akan di bongkar. Jangan salahkan Saudara Darkis, kerja nya hanya memperkenalkan apa yang ada di daerah Kunak, mau pun yang berfungsi atau tidak, tapi saya ucapkan shabas kepada Saudara Darkis. kerana banyak meluangkan masa hanya untuk memperkenalkan Daerah Kunak yang kita sayangi.

    BalasPadam
  4. SRK, bukan bermaksud 'salahkan' blogger, ni kan dah bagus kerna sy pun dah boleh komen dan ulas berkaitan premis bangunan itu.

    macam 'ISTANA NAN INDAH DI PERSISIR LAUT'

    BalasPadam
  5. ni yg saudara SRK kata RM98 Ribu lagi GEMPAK kalau dapat dimenulusuri ceritanya.
    Duit rakyat itu bah...

    BalasPadam
  6. Terma kasih Tuan Kunak Press & SRK berdua....

    Begitu plak ceritanya ya...ndak ku sangka rupa2nya pejabat ni macam dulu jugak...masih tiada org yg menghuninya...ndak sempat aku pigi dekat...dri dlm kereta jak hahaha...

    Tapi apa sebab pihak kerajaan atau Kastam kasi biar jak begini ?....bikin muskil....ka ada masalah lain...harap lepas ni kasi cepat2 la diorg kasi setel ini problem...nnt bikin sakit hati...

    BalasPadam
  7. Nda apa ba tuan KP & SRK...apa2 komen pun aku xkisah...sikit punya hal jak...aku pun silap jgk main sedap tulis jak...klu pasal politik ni terus terang....kurang ambil peduli sikit...ini jaklah aku rasa yg termampu untk bagi sumbangan sikit buat daerah ku yg tercinta ini...agar org2 diluar sana buka mata...bahawa Kunak ni banyak potensinya....cuma kurang publisiti/rujukan sikit...

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails