Daerah Kunak memang suda dikenali sebagai daerah pengeluar produk makanan laut kering diantara yang terbaik di Sabah, walaupun kebanyakkannya diusahakan secara kecil-kecilan dan menggunakan kaedah tradisi akan tetapi kualiti produk dan permintaannya sentiasa ada menyebabkannya menjadi ole-ole yang terbaik bagi anda yang berkunjung kesini.Terdapat beberapa tempat yang anda boleh kunjungi sekiranya anda berminat dengan produk ini. Salah satunya ialah di Pasar Sayur di belakang Dewan Masyarakat Kunak yang sememangnya sentiasa menunggu para pelanggan yang datang tanpa rasa jemu dan ditambah lagi dengan layanan yang cukup mesra oleh peniaga disini.
Jadi saranan saya jika anda berkunjung ke ke Pantai Timur Sabah untuk atas apa sekalipun urusan, apa kata jika produk-produk ini anda jadikan sebagai buah tangan yang teristimewa buat insan yang anda tinggalkan dirumah.



Salam, cuba perkenalkan semua tempat2 menarik yang boleh di lawati pelancong. tq
BalasPadamTerima kasih tuan blogger SRK....insyaallah sedikit masa lagi...saya akn cuba kumpulkan smua tempat2 yg menarik utk kunjuangan org ramai yg ada di Kunak dalam satu rencana...cuma mau kumpul2 lagi sedikit maklumat dan photo2 yg terbaru...agar org xbosan membacanya nnt...
BalasPadamproduk ikan masin seperti inilah yg rakan dari KK selalu cari apabila ke Kunak
BalasPadam