Pengikut

Isnin, Januari 31, 2011

WW2 : Imperial Japanese Army in Kunak


Tentera Jepun telah mendarat di pesisir pantai Mostyn ( Kunak ) dari Tawi-Tawi, Philipina pada tanggal 20hb Januari 1942 di teluk Pangi iaitu jika pada hari ini lokasi tersebut adalah antara Kg. Sungai Atas dan Kg. Hampilan di Pangi, iaitu sebulan selepas serangan keatas Pearl Harbour di Kepulauan Hawai Amerika Syarikat.

Rombongan ini berjumlah 28 orang yang di bawah pimpinan seorang pegawai berpangkat Kapten. Objektif mereka adalah untuk membuat beberapa sub-station yang strategik di Teluk Darvel di samping cuba mengawal sepenuhnya sektor pertanian tembakau di kawasan ini.

Menjelang 22hb januari 1942, hampir keseluruhan Mostyn telah dapat ditawan tanpa sebarang halangan yang sengit dari pihak yang berwajip. Dikhabarkan juga walaupun terdapat beberapa anggota Polis Sikh yang ditugas di kawsan ini, tetapi ia juga gagal mengekang kemarahan pihak Jepun dari bertapak di Mostyn.


Barek Tentara Jepun yang hampir musnah di bedil oleh Tentera Perikatan di Mostyn pada 1945


Kapal pemusnah tentera laut Jepun 'Inazuma' yang sentiasa mengawal perairan Teluk Darvel dan Tawi-Tawi di Philipina.

P/S : Pada 1993 saya pernah melihat dengan mata saya sendiri bangkai enjin dan sayap yang besar di muara Sungai Atas sewaktu bersama-sama dengan arwah bapak 'Memukat' udang di kawasan tersebut. Menurut bapak ia adalah bangkai Kapal pesawat semasa perang dunia ke-2, tetapi kurang pasti jika ia masih disana kerana sudah hampir 18 tahun peristiwa itu berlalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails