Kepulangan saya ke Kunak beberapa bulan yang lepas, rupa-rupanya suatu yang amat bermakna pada kali ini. Kunjungan yang tidak dirancang ke rumah seorang saudara telah menemukan saya dengan seorang insan tua yang kebetulan beliau juga sedang berkunjung kerumah yang sama.
Orang tua ini menganggarkan usianya sekitar 87 tahun dan sesekali celotehnya membuatkan aku amat terhibur.
"Nah!.....beliau inilah yang aku maksudkan...kalau kau mau tau pasal Kunak time dulu-dulu, inilah orangnya" sergah saudara saya membuatkan kami terhenti seketika. Dan tanpa membuang masa saya dengan semangatnya pun mulalah minta dengan Pakcik tadi agar boleh kiranya dia menceritakan serba sedikit yang beliau masih ingat tentang keaadaan kawasan Kunak sewaktu dia berada disini dahulu.
"Sewaktu jipun (
Jepun)
datang dulu..umurku baru dalam 20an begitu, tapi sabalum jipun datang lagi kami ada suda disini walaupun aku lahir di Omapoy (
sebuah pulau di selatan philipina, 87 batu nautika atau 140 Kilometer di Timur Kunak)
. Waktu itu tiada lagi apa-apa di Kunak....hutan semua...tapi ada satu kawasan tampat kami buat rumah di tepi laut.....bukan Pangkalan...mmm...oh ya...tampat itu sekarang namanya Kg. Kunak Tiga....haa.....itulah kampung yang terawal di Kunak kalau kau mau tau...tapi rumah ndak banyaklah, waktu kami datang dan buat rumah disitu umurku dalam 9 tahun begitu, rumah ada 30 biji mangkali". "Waktu itu disini (Kunak Tiga) dulu bapakku kerjanya macam mencari itu rotan dalam hutan, dulu banyak pulak ba rotan disini...lepas banyak suda dikumpul dan diikatnya rapat-rapat...lepas tu di tondan la pigi Semporna jual sama cina kalau ndak silap. Jarang kami ikut sama bapak kalau dia pigi jual rotan...kan kami budak lagi, kalau dia pigi semporna lama ba...tiga atau empat hari begitu baru dia pulang....macam mana ba...dulu mana ada injin (enjin) macam sekarang....main dayung ja ataupun pakai lamak (layar) kalau ada angin la"."Lama kami tinggal disana dulu (Kunak Tiga), itupun kami lari disana gara-gara perang jipun suda. Lepas tu kami sekeluarga tinggal pulak di Pulau Boheyan sampailah perang tamat....tapi lepas perang nda suda kami balik pigi Kunak, terus kami pigi Tawau di Ladang Tiger....kami panggil waktu itu kebun 'Lanut' atau Abaka....bapakku macam malas suda cari rotan jadi mungkin sebab itulah dia makan gaji suda disana (Ladang Tiger) sampailah sekarang semua kami disana".Begitulah lebih kurang ceritanya kepada aku dan sebelum kami beredar, dia sempat mengajak aku ke rumahnya di Tawau. Semoga Pakacik di panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..