Pulau Bohayan yang terletak 7.8 batu nautika dari pantai timur Kunak ini adalah sebuah pulau yang mempunyai pantai dan terumbu karang diantara yang tercantik di Teluk Darvel. Tapi tahu kita bahawa pulau yang diliputi oleh hutan belantara dan tanpa penghuni ini, adalah sebuah tempat tumpuan aktiviti pembalakan yang utama suatu ketika dahulu di kawasan Kunak pada zamannya iaitu sewaktu pasca penjajahan British di negeri
Menyingkap sejarah aktiviti pembalakan disini, yang mana ia dipercayai bermula seawal tahun 1940an lagi. Agensi British Borneo Timber Company adalah pihak yang bertanggungjawb membuka dan mengusahakan pembalakan disini, yang mana Pulau Bohayan telah dijadikan sebagai pusat transit bagi longgokan kayu balak yang datangnya dari Pangkalan Mostyn (sekarang Kg. Pangkalan), Pangkalan Madai dan Sungai Tingkayu sebelum kedatangan kapal-kapal kargo yang akan mengangkutnya dan seterusnya di eksport ke luar Negara seperti Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Australia, Jepun dan Hong Kong.
Pada pertengahan 1950an seorang anak tempatan telah dilantik sebagai ketua operasi dipulau ini iaitu Mr. George Pang, yang mana beliau telah diberikan kepercayaan oleh pihak company pada masa itu untuk mengetuai semua operasi pemunggahan dan pengumpulan kayu balak di pulau ini menggantikan penyandang sebelumnya yang berasal dari Eropah.
Sebagai ketua operasi disini, beliau bersama keluarganya telah disediakan oleh pihak company sebuah Banglo sederhana yang terletak di puncak bukit disebelah barat tanjung pulau ini yang pemandangannya cukup indah jika berada di kawasan banglo tersebut sambil deretan rumah-rumah kongsi bertiang didirikan disepanjang pantai pulau ini.
Kebanyakkan pekerja buruhnya adalah dari kalangan suku kaum suluk dan bajau dari selatan pilipina yang datang bersama keluarga masing-masing manakala para ‘Mandor’ adalah dari kaum cina dari
Kepadatan, keindahan dan peluang perekonomian di pulau ini telah menyebabkan pulau Bohayan bertindak sebagai magnet penarik bagi pengusaha-pengusaha hiliran disini untuk menetap sama seperti munculnya beberapa pengusaha bot penambang yang mengangkut penumpang dari Mostyn dan Lahad datu hampir setiap minggu dan mungkin beberapa kali dalam sehari jika permintaan tinggi terutamanya apabila tiba waktu musim pembayaran gaji berlansung.
Kini tiada lagi aktiviti seumpanya berlansung disini. Banglo dan rumah-rumah pekerja yang membarisi gugusan pantai disini pun telah dirobohkan menjelang penghujung tahun 1970-an, iaitu sewaktu apabila bermulanya pewartaan hutan simpan kekal dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kini kawasan pulau Bohayan juga adalah kawasan larangan bagi sebarang aktiviti manusia dan ia sentiasa dikawal ketat oleh pihak Jabatan Perhutanan dan Tentera yang juga mempunyai post pengawal di pulau ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..