Kelebihan semula jadi yang terdapat pada Daerah Kunak dari segi pengeluaran sarang burung semula jadi yang bermutu tinggi ini, membuatkan penulis terfikir untuk mewar-warkan cadangan ini, agar sama-sama dapat di baca oleh penduduk di daerah Kunak.
Cuba anda lihat pada photo yang penulis muatkan dibawah ini. Ini merupakan projek sarang burung buatan manusia, yang di buat dibeberapa tempat di semananjung malaysia. Semata-mata untuk menarik perhatian burung walit agar singgah membuat sarang di gua tiruan ini.
Fikirkan pula kalaulah Gua tiruan ini juga di buat di Daerah Kunak yang sememangnya terkenal dengan sarang burungnya yang bermutu tinggi. Bukankah ianya dapat mendatangkan hasil jutaan ringgit kepada pengusahanya.
Orang kunak cuba-cubalah peluang sebegini, mudah-mudahan dapat membantu memperbaiki ekonomi dan memajukan daerah Kunak.
sumber : walitkunak.blogspot
Idea yang baik namun, untuk daerah Kunak, halangannya besar --> Oleh kerana kewujudan Gua Madai itu sendiri, maka burung2 walit akan menuju ke gua tersebut atau Gua Baturong untuk membuat sarang bila tiba musim membiak. Gua tiruan mungkin akan tinggal kesepian tanpa penghuni. Wallahu a'lam...
BalasPadamSaya ada lah Pengusaha sarang Burung Gua Madai. Sarang Walet pulak saya telah pun berkursus di Perak. Burung Gua Madai dan Burung Walet ada lah berlainan, Jika nak buat Rumah Burung Walet di Kunak tak ada masallah daripada tidak kehadiran penghuni nya, kerana ia berlainan jenis Burung. Terima Kasih.
BalasPadamoic....
BalasPadam