Pengikut

Sabtu, Februari 09, 2013

Nostalgia di Kedai Papan 90an

Masa darjah satu dalam tahun 1991 dulu, seingat akulah hanya sekali arwah bapak hantar aku pergi sekolah itu pun waktu hari pertama pendaftarn sahaja dan selepas itu sepanjang tahun seterusnya aku jalan kaki sendiri ke sekolah sampailah aku tamat darjah enam di S.K. Pekan Kunak 1.

Waktu itu kebanyakkan budak sebaya aku yang tinggal di sekitar pekan Kunak dan Pangkalan khususnya lebih gemar berjalan kaki ke sekolah dan begitulah juga seterusnya apabila pulang ke rumah. Waktu itu antara laluan yang aku paling gemari adalah lorong pejalan kaki di depan kedai papan yang dibina seawal 1960an lagi kalau tidak silap berdasarkan cakap-cakap orang tua di Kunak. Sesungguh bagi mereka yang lahir sebelum 1990an amat merindui suasana deretan kedai papan ini.


Antara banyak-banyak kedai di kawasan ini, ada satu kedai papan yang paling conner sekali dan iaitu kedai runcit LOOI FAT maaf kalau salah ejaan. Sebuah kedai tempat aku dan rakan yang lain singgah untuk beli ais kindi yang didalamnya berisi asam jeruk, rojak buah dan alatan tulis. Selain itu kedai ini juga turut membeli dan menjual Ikan Kabus ( Haruan ).


Pada waktu-waktu tertentu kawasan ini selalunya meriah dengan pelbagai aktiviti seharian masyarakat Kunak. Terdapat pelbagai kedai yang menjual dan menyediakan jenis perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat Kunak turut terdapat disini, dari kedai runcit, jahitan, restoran, alat ganti kenderaan hingga pusat hiburan orang dewasa.


Antara kenangan waktu itu yang sukar aku lupakan adalah di sebuah kedai makan mamak yang terletak di tengah-tengah premis ini. Waktu itu selalunya selepas pulang dari sekolah atau dari main bola di padang pekan, kami akan singgah di kedai ini untuk minta seteguk air sejuk free di samping menonton wayang gusti yang juga free hehehe.....

Sehinggalah kejadian di siang hari pada 1998...........


Kini Kedai Papan penuh nostalgia zaman kanak-kanak sudah tiada lagi, ia sudah digantikan dengan dua baris blok rumah kedai dua tingkat yang diberi nama 'Kunak Plaza'.

Sesungguhnya segala apa yang didunia ini tidak semestinya akan selalu kekal selamanya, perubahan dan pembangunan akan selalu seiring dengan arus perubahan masa yang kadang akan meninggalkan kita entah bila ia akan menjelma....

Credit Picture : El Hartono

8 ulasan:

  1. Sungguh menarik catatan ini. Alangkah baiknya jika banyak gambar perbandingan 'antara dahulu dan sekarang bandar Kunak' dapat kita lihat dan hayati.... Semoga Kunak bertambah maju dan sejahtera...

    BalasPadam
  2. hello tuan empunya blog .. sy ingin bertanya .. ada kedai bunga (fresh) tak di sekitar bandar kunak ? sy ingin membuat suprise utk hari jadi seseorang yang baru berpindah ke sana .. ada tak kedai bunga yang ada service delivery ke kawasan kunak ? terima kasih ..

    BalasPadam
  3. Tuan Sang Karut....maaf seingat saya tiada sebarang kedai bunga yang menyediakan perkhidmatan sedimikian di sekitar pekan kunak. Terima kasih atas pertanyaan dan kunjungananya...terima kasih.

    BalasPadam
  4. Waa.. seronok bila baca blog ni.. menceritakan mengenai keadaan di daerah sendiri..
    Saya akan ke sabah bulan depan.. masih mencari2 lokasi untuk di lawati.. dgr kunak ada tempat bersejarah jepun? betul ker?

    Salam Kenal :D

    BalasPadam
  5. Rindu kedai loy fatt tu.. slalu beli mcm2 kat situ n kedai sebelahnye. Emak pernah jual aiskrim batang kat tauke kedai loy fatt tu.. 1994-1996..

    BalasPadam
  6. rindunya zaman dulu..ingat lagi saya nama kdai barisan kdai papan ni..antaranya kedai buku pustaka kong ming..Harvest trading..kedai kopi jalifah..

    BalasPadam
  7. Salam..owner blog,sggh nostalgia zaman kecik² dlu...ya,kedai looi fatt masih cerdas di mindaku...kenangan bersama kwn² skola rendah membeli jeruk kepayas (betik) dan 1 paling femes time tu...ada beli tanah liat di kedai tu hehe...rindunya 😭

    BalasPadam
  8. Saya sekolah di sk pekan Kunak 1 tahun 1990-1993 kelas kelabu... Banyak kenangan yang tak terlupakan..

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails