Di suatu sudut kawasan Log Pond di Pangkalan Mostyn, beberapa kanak-kanak lelaki sedang bermandi-manda sambil menunjukkan bebrapa aksi akrobatik dari titian kayu balak yang dibina sementara sebelum menungguh giliran untuk di punggah di atas kapal kargo. Suasana hari itu tidaklah sesibuk seperti hari-hari biasa, beberapa hari yang lepas sebuah kapal pengankut baru sahaja selesai memunggah beratus guni abaca dari Mostyn Estate hanya beberapa batu dari pelabuhan ini.
Berbalik dengan kumpulan kanak-kanak tadi, seorang darinya tertarik kearah kapal kami hingga mengabaikan faktor keselamatan yang mana kemalangan bisa saja terjadi dek kerana arus kapal di kawasan itu. Seperi magnet kumpulan itu dengan menggunakan perahu tradisi bingkas meluru ke arah tepi kapal, persoalan apa yang kanak-kanak ini rebutkan. Rupanya-rupanya beberapa anak kapal sedang melemparkan syiling kearah laut dan kedengaranlah hiruk pikuk suara kanak-kanak tersebut yang keasyikan sambil berebut hingga ada yang sanggup menyelam bagi mendapatkannya.
Seorang anggota Kastam yang datang dari Lahad Datu barangkali mengesan kejadian itu bingkas memekik agar tindakan anak kapal itu dihentikan. En. Pang memberitahu memang beginilah gelagat kanak-kanak di pelabuhan ini yang rata-ratanya adalah anak-anak pekerja disini yang sanggup mengambil resiko demi keseronokan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..