Pengikut

Jumaat, Mei 27, 2011

Teratak Beratap Biru

Awal bulan ini saya balik ke kampung lagi. Walaupun baru beberapa bulan lepas rasanya saya balik ke Kunak tapi macm setahun suda tak balik, rindu-rinduan saya dibuatnya.

Jadi atas kelapangan dua hari tersebut di Kunak, maka saya tidak akan sekali-kali melepaskan sebarang peluang masa yang ada untuk cuba menyelusuri daerahku yang indah ini. Maka tempat yang saya pilih kali ini ialah Pantai Buang Sayang atau sinonim juga dengan panggilan Pantai Sejati yang saya sendiri pun tidak berapa tahu sangat tentang sejarah tempat ini hinggakan ia digelar seindah bahasa rupanya.

Seingat saya ini adalah kunjungan saya yang kedua ke tempat ini, kali pertama sewaktu di bangku sekolah dahulu pada 1998 bersama rombongan rakan sekelas seingat saya. Kali ini saya ditemankan oleh seorang sahabat lama yang memang arif tentang kawasan ini, namanya Jumat seorang perunding motivasi yang amat petah berkata-kata sesuai sangat dengan kerjayanya.

Jumat membawa saya ke tempat yang dituju dengan menggunakan satu laluan yang sempit tepi bukit tetapi dengan jalan yang agak baik iaitu sedikit bertar, pelik juga rasanya jalannya cantik tapi agak jarang sekali rumah yang ada dilaluan ini hingga kami sampai di satu tempat yang lapang dan pemandangan yang indah menghadap laut Sulawesi.

Dalam perjalan meneruni anak bukit ke Pantai Sejati, kami telah terserempak dengan sebuah Bangunan tinggal beratap biru lengkap dengan kemudahan paip pvc air dan tandas disebelahnya tetapi tidak berfungsi lagi seperti sudah agak lama ia ditinggalkan. Menurut sahabat saya tadi dulunya bangunan ini didiami oleh Pasukan Polis Marin yang dilengkapi dengan kemudahan Jeti pendaratan bot tetapi tidak diketahui sebab pasukan Marin ini meninggalkanya.

Disebabkan ketiadaan pasukan itu suda, makan tempat ini telah terbiar dengan sebegitu rupa dimana menurut sahabat tadi, satu persatu alat binaan seperti kayu beruti dan tiang untuk jeti dan banguna lesap entah kemana. Kalau dilihat dari rupa barang-barang tersebut seperti atap zink semuanya masih dalam keadaan yang baik tetapi kenapakah ini semua dibiarkan begitu sahaja, sedih.. ramai lagi warga kunak yang mungkin atap rumahnya tidak sesempurna bangunan ini.

Seterusnya kami menuju ke pantai, tapi sayang masa kami sampai kesana air mulai pasang dan hampir kesemua tebingan pantai digenangi oleh air laut. Sebenarnya antara tujuan saya kesana ialah untuk melihat dengan mata saya sendiri iaitu rupa pokok Santigi yang istimewa menurut sahabat di semenanjung, dan yang istimewanya ia hanya terdapat di Teluk Darvel dan tempat yang saya baru kenal pasti ialah disini di Pantai Sejati.

Menurut pengamatan saya pada sekeping gambar hitam putih dalam tahun 1960, lokasi tebingan pantai ini suatu ketika dahulu dipenuhi dengan tumbuhan santigi dan sekarang mungkin hanya beberapa pohon yang tinggal dimana ia boleh bertahan hidup sehingga 500 tahun lamanya. Harap kunjungan saya seterusnya kesini akan dapat menemukan saya dengan pohon tua ini.

Khamis, Mei 05, 2011

Madai Waterfall in Black & White

Air Terjun Madai....nama yang cukup senonim dengan warga Kunak, sebuah pusat rekriasi yang utama di daerah ini. Lokasinya yang strategik semestinya memungkinkan sesiapa sahaja pasti akan terdetik untuk singgah kesini.
Related Posts with Thumbnails