Tahukah kita khususnya orang Kunak, masyarakat Imigran Jepun sudapun bertapak di Mostyn atau Kunak pada hari ini seawal selepas perang dunia pertama lagi, cumanya keberadaan mereka tidaklah bertahan lama, ini kerana selepas perang dunia ke-2 berakhir, mereka telah dihantar pulang kenegara asal mereka.
Nah berikut ini aku sertakan 10 fakta yang menarik bagi akulah.... tentang masyarakat jepun di bumi Kunak ini sewaktu ketika zaman sebelum dan selepas perang.
1. Pada pertengahan tahun
1938, pihak kerajaan Jepun telah memperkenalkan satu program membasmi kemiskinan dikalangan warganya yang tidak mempunyai modal dan tanah untuk bertani, dan program itu ialah dengan menempatkan mereka di tanah-tanah milik syarikat rakyat jepun di Borneo utara yang dipajakkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
2. Pada
March 1941 terdapat 15 keluarga yang pertama yang dijadikan kumpulan perintis untuk 'program khas' kerajaan Jepun ini untuk kawasan Mostyn, akan tetapi hanya lima yang dapat bertahan yang selebihnya angkat kaki dan pulang semula ke jepun. Mereka yang bertahan ini sebelum dibenarkan membuka ladang di Mostyn, terlebih dahulu sebelumnya mereka akan ditempatkan di Kuhara Estate selama 3 tahun bagi mengetahui selok-belok bagaimana menukar hutan tebal kepada ladang pertanian serta menguruskannya.
3. Untuk memudahkan aktiviti seharian mereka disana, pihak Gabenor general syarikat di Taiwan juga telah menyediakan setiap keluarga berupa pinjaman keuwangan dan pemberian lot-lot ladang yang berkeluasan 25 ekar setiap keluarga dan beberapa orang tempatan yang bergaji sebagai pembantu mereka.
3. Jadi apa diorang buat dengan tanah 25 ekar itu?, nah disinilah bermulanya penanaman pokok seperti pisang yang dikenali sebagai Abaka... atau Lanut atau Manila Hemp di Mostyn. Memandangkan tempoh menunggunya yang lebih singkat untuk dituai iaitu dalam 18 bulan jika dibandingkan dengan kelapa atau getah yang memakan masa bertahun untuk membuahkan hasil. lagipun Abaka pada masa itu adalah komoduti eksport yang menguntungkan terutamanya untuk industri perkapalan.
4.
1hb September 1941, Syarikat Nissan Norin yang berpangkalan di Kuhara Esatate Tawau telah membina sebuah sekolah rendah di Mostyn bagi kemudahan keluarga dan anak-anak penoraka ini yang mana sistem pembelajarannya mengikut sukatan kebangsaan jepun.
5.
16hb Mei 1942, Perang telah meletus dan seluruh Borneo Utara jatuh ketangan tentera jepun, suasana ini disambut kegembiraan oleh sebilangan besar imigran ini, dan ada diantaranya telah turut serta menyertai tentera jepun sekaligus bertindak sebagai askar kerajaan di kawasan Mostyn.
6.
12hb Ogos 1942, Tentera Jepun mula merancang memperkenalkan skim penanaman padi di kawasan Mostyn yang berpotensi, ia bagi memenuhi permintaan bahan makanan kepada tentera Jepun di Pantai Timur, akan tetapi rancangan ini tergendala kerana faktor kurangnya kesesuaian tempat dan rakyat tempatan yang kurang berminat, dikhabarkan kebanyakkan dari mereka bersembunyi di pulau-pulau sekitar.
7. Mostyn pada ketika ini juga dijadikan sebagai sub-tahanan dan pengumpulan rakyat tempatan yang mereka rasakan adalah musuh mereka, majoritinya adalah orang cina yang dulunya rapat dengan British. Mereka dijadikan pengankat barang keperluan tentera jepun dari Tawau ke Mostyn.
8.
20hb Disember 1943. Mostyn telah berterusan menerima kedatangan imigran dari jepun dan keluasan ladang Abaka juga bertambah, pada ketika ini juga adalah dianggarkan seramai 784 orang Jepun telah mendiami kawasan Mostyn tidak termasuk lebih 3000 orang yang terdiri daripada pekarja, tawanan perang dan penduduk tempatan. Mostyn pada ketika ini tidak lebih seperti sebuah pekan di jepun.
9.
9hb Ogos 1945. Serangan bom udara dari Pasukan RAAF No.78 Kittyhawk Fighter Squadron dari pihak Perikatan telah melemahkan sepenuhnya sistem pertahanan tentera Jepun di Mostyn
10.
8hb Disember 1945. Berita mengenai kekalahan tentera Jepun di lautan pasifik kepada tentera Amerika telah sampai ke komuniti ini dan sebahagian saki baki tentera Jepun yang setia. Akhirnya kebanyakkan dari mereka semua menyerah kalah dan dihantar ke Pulau Berhala di Sandakan sebelum dihantar pulang ke Jepun, manakala yang selebihnya bertindak nekad membunuh diri.
Sumber: dari buku Japan as the Occupier, Christine de Matos, Jun 2015