Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 17, 2016

THE GOVERNOR'S MAIL



A local stampless cover from the Governor dated 1 March 1962 to Mostyn bearing the rare cachet GOVERNOR AND COMMANDER-IN-CHIEF / COLONY OF NORTH BORNEO. The sender would have been Sir William Goode as he was Governor from 1960-63. Governors used to enjoy free postage for their mails. 

Source : North Borneo Philately

Sabtu, Jun 07, 2014

GIANT CROC SHOT IN MOSTYN - 1969


Seekor buaya gergasi sepanjang 16 kaki yang ditemui oleh pihak pengurusan ladang BAL Mostyn di sebuah tasik disini, akhirnya tewas di tangan Mr. Bill Tully seorang pengurus ladang pada waktu itu dengan menggunakan senjata api milik beliau.


Selepas kejadian tersebut maka secara kebetulan pula kawasan pantai timur sabah telah mengalami fenomena banjir teruk yang berlarutan hingga berminggu-minggu di sesebuah kawasan tertentu, yang mana menurut kebanyakkan masyarakat setempat percaya bahawa malapetaka yang menimpa ini adalah disebabkan oleh pembunuhan buaya putih gergasi ini.


Kini tengkorak buaya tersebut telah dijadikan bahan pameran di sebuah rumah club yang berhadapan dengan Tasik Impian Mostyn, bagi mengenang kewujudan makluk pra-sejarah ini yang pernah menghuni bumi Kunak suatu ketika dahulu.

Kredit to : Eddy Sophian Pulle

Khamis, Januari 31, 2013

Coins Swimmer at 50s

Di suatu sudut kawasan Log Pond di Pangkalan Mostyn, beberapa kanak-kanak lelaki sedang bermandi-manda sambil menunjukkan bebrapa aksi akrobatik dari titian kayu balak yang dibina sementara sebelum menungguh giliran untuk di punggah di atas kapal kargo. Suasana hari itu tidaklah sesibuk seperti hari-hari biasa, beberapa hari yang lepas sebuah kapal pengankut baru sahaja selesai memunggah beratus guni abaca dari Mostyn Estate hanya beberapa batu dari pelabuhan ini.


Berbalik dengan kumpulan kanak-kanak tadi, seorang darinya tertarik kearah kapal kami hingga mengabaikan faktor keselamatan yang mana kemalangan bisa saja terjadi dek kerana arus kapal di kawasan itu. Seperi magnet kumpulan itu dengan menggunakan perahu tradisi bingkas meluru ke arah tepi kapal, persoalan apa yang kanak-kanak ini rebutkan. Rupanya-rupanya beberapa anak kapal sedang melemparkan syiling kearah laut dan kedengaranlah hiruk pikuk suara kanak-kanak tersebut yang keasyikan sambil berebut hingga ada yang sanggup menyelam bagi mendapatkannya.

Seorang anggota Kastam yang datang dari Lahad Datu barangkali mengesan kejadian itu bingkas memekik agar tindakan anak kapal itu dihentikan. En. Pang memberitahu memang beginilah gelagat kanak-kanak di pelabuhan ini yang rata-ratanya adalah anak-anak pekerja disini yang sanggup mengambil resiko demi keseronokan.


Sabtu, Mac 31, 2012

Padang Pekan Kunak at 1982

Berlatar belakangkan mini dewan Pejabat Daerah Kunak yang dulunya dibawah seliaan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan gelanggang bola keranjang disebelahnya.

Photo ini diambil pada bulan April 1982 bersempena dengan pelancaran Unit Peronda Lebuh Raya yang pertama di Sabah.

Kredit : Datuk Clement Jaikul

Jumaat, Disember 16, 2011

KOTA MONACO / KUNAK - 1970






Selepas tiga bulan buat nescafe pekat tiap pagi untuk mengurangkan kebosanan, 'busy doing nothing' di bengkel radio KD Sri Tawau, CPORM Chan memberi peluang aku pergi ke Kunak kerana LCM S.O.S - alat kuminikasi HF transceiver GR410 'konk'



Jam 9 pagi aku menaiki trak askar dengan membawa Tool box dan sebuah alat transceiver yang sudah disiapkan. Jarak antara Tawau dan Kunak bukanya jauh sangat tapi oleh kerana belum ada jalan raya, lebih 6 jam terhangguk-hangguk dalam trak. Kalau jalan merah batu kerikil suda dikira baik, ini jalan lori balak, naik bukit dan turun bukit.


Sampai di Kunak, kawan seangkatan - ABSM Rahim 'Jeibon' - sudah sedia menunggu. Petang itu juga tugas selesai. Dan selebihnya, makan tidur sementara menunggu LCM belayar balik ke Tawau.


Malam hari, setelah makan ration askar (sekali sekala menyelerakan), Rahim mengajak aku bersiar-siar di 'Kota Raya Kunak'. Walaupun tempat ini lebih teruk dari Tawau, tapi aku difahamkan, hampir setiap malam penduduk berhimpun di sebuah dewan menghabiskan masa dan hasil keringat.


Insiden paling manis malam itu apabila rahim menonjolkan aku menggati caller yang asyik kena 'boo' oleh oram ramai kerana bukan sahaja lembap tapi juga selalu tersilap - 66 disebut 99, 69 jadi 96. Cadangan Rahim diterima baik oleh orang ramai (bukannya ramai sangat pun). Berdasarkan mendengar pengalaman cara caller menghias nombor dengan bunga-bunga semasa di Tawau, aku pun mencuba kebolehan. Belum habis satu round, peserta sudah kegembiraan kerana persembahan dariku jauh berbeza dari orang tempatan yang hanya menggunakan satu bahasa - tanpa bunya.


Mengimbau cara membangkitkan suspen peserta yang menunggu line atau house dan jackpot, terasa semua mata tertumpu kepadaku.


Tidak cukup sekadar bunga, ada pulak pause...two, senyap sekejap dan peserta riuh meneka malah ada yang menjerit konon sudah penuh line dan houes, tapi bila disambung, two fat ladies... yang lain pula menjerit. Diimbau-imbau, macam baru semalam ia berlalu.


Apa pun malam itu berpuluh ringgit jugalah..... upah satu call satu ringgit, duit orang Kunak masuk ke kocek.


Teringat berkenalan dengan saudara Rahim, seorang pemuda Sabah yang di fahamkan adalah anak seorang ahli Perlimen. "Patutlah loaded... mampu miliki dan bebas membawa pistol" fikirku.


Menggeletar suara meng-up atau menyebut follow dalam permainan table money malam itu. Kesudahannya, anak MP ini kering kontang dan tumpang tidur di LCM.


Masa di Kunak ini jugalah aku mendengar pelbagai cerita aneh.....


'Kalau diajak perempuan tempatan balik ke rumah, kau fikir panjang sebelum ikut', dia mengingatkan kami.


Kehebatan ilmu orang tempatan sudah pernah aku ceritakan. ABSM Salleh yang ligat mengentel kepala mancis ketika KD Sri Kedah singgah di Tawau tahun 1967, dia tersentak apabila t***rnya senak dijentik serentak dengan sudip macik gado-gado mengetuk kuali.


Di Kunak kisahnya berlainan, kerana sudah jatuh hati, seorang anggota tentera darat mengikut pelawaan anak gadis tempatan balik ke rumah. Sesampainya dia tersentak dan terus berpatah balik kerana terpandang anggota kelamin sendiri tergantung di muka pintu. Dilain ketika pula, anggota lain yang ikut balik ke rumah terkejut apabila disuruh bapa gadis membuka sendiri makanan di bawah tudung saji. Pucat lesi wajahnya melihat alat kelamin sendiri jadi hidangan diatas pinggan.


Selepas tiga malam bercuti di Kota Monaco atau Kunak, aku balik bersama LCM ke KD Sri Tawau dengan kenangan manis - menjadi caller permainan tombola - yang segar hingga ke hari ini.



P/S : En. Utuh adalah pesara TLDM yang pernah bertugas di KD Sri Tawau dalam tahun 60an dan 70an...


sumber : Utuh Paloi Banjar Blog

Jumaat, Disember 02, 2011

Lagi Foto KFC di Kunak........

Sumber foto : Ibrahim Tabir & Jack Jadeyplanet






P/S : Khabarnya sejak pembukaan cawangan restoran ini....jalan-jalan utama di sekitar Kunak Plaza mengalami kesasakan yang teruk...juga stock ayam di restoran tersebut dikhabarkan habis selang beberapa jam ia buka....wauuuuu....amazing...!!!

Sabtu, November 26, 2011

KFC Kini Ada di Kunak


Setelah bertapak lebih 38 tahun di negara ini, akhirnya cawangan Restoran KFC (Kentucky Fried Chicken) telah sampai di bumi Kunak yang bertuah ini. Kini dikhabarkan restoran yang pertama seumpanya di Kunak ini akan dibuka secara rasminya pada hari ini 26hb. November 2011.


Dijangka dengan pembukaan restoran ini akan menambahkan lagi daya penarik buat warga setempat untuk sama-sama berkunjung ke Pekan Kunak dan dengan sekali gus mungkin akan merancakkan lagi sektor ekonomi di daerah ini, manalah tahu kan...esok lusa McD dan Secret recipes pun mau bukak juga sini.....


Lokasi restoran ini adalah terletak di Premis Kunak Plaza berhadapan dengan Milimewa Superstore....siring jalan kalu mo pigi Pangi.....


P/S : Lepas ni matai la...karang pulang nanti adalah anggota saund2 nanti.......sambil mata2 diorang manyingnal pigi sana.....huhuhu....

Khamis, November 03, 2011

Jumaat, Oktober 21, 2011

KEBAKARAN DI KG. KUNAK JAYA LAUT

Pada pukul 5.00 peteng hari selasa (18hb Oktobere 2011), En. Osman yang berada di Kg. Pangkalan telah menghubungi saya yang masih berada di tempat kerja, memaklumkan ada kebakaran di Kg. Kunak Jaya setelah beliau melihat kepulan-kepulan asap hitam dari Kg. Pangkalan.- saya tanpa berlengah lagi terus bergegas pulang ke rumah yang juga terletak di Kg. kunak Jaya sambil memerhatikan kepulan-kepulan asap yang juga jelas kelihatan dari tempat saya bekerja di Kg. Lormalong.

Setibanya saya di Kg. Kunak Jaya, saya terus bergegas ke tempat kejadian dimana kawasan yang terlibat adalah di bahagian Kunak Jaya Laut. Kelihatan orang ramai sedang bertungkus lumus membantu mangsa yang terlibat mengalihkan barangan yang sempat di selamatkan serta membantu pihak bomba mengawal kebakaran dari merebak ke kediaman berhampiran.





Kebanyakkan rumah yang terlibat dari suku kaum suluk dimana saksi kejadian memberitahu bahawa kebakaran tersebut berlaku sekitar 4.50 petang yang melibatkan lebih 10 buah rumah papan yang dibina terlalu hampir antara satu dengan yang lain. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sejam kemudian yang dibantu oleh dua jentera bomba.


Setakat ini punca dan jumlah kerugian sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak bomba, walau bagaimanapun ada saksi menyatakan bahawa kebakaran adalah disebabkan oleh kecuaian dimana seorang kanak-kanak dilaporkan telah terlupa mematikan gas memasak yang menjurus berlakunya kebakaran tersebut dan lebih malang lagi kedua-dua ibubapa kanak-kanak tersebut tiada dirumah sewaktu kejadian. Laporan JUNAIDI JAIMI


P/S: Awasilah anak-anak anda.....

Isnin, Oktober 10, 2011

Pasar Sayur dan Buah berpindah ke Pasar Am Kunak



Pasar Sayur yang dulunya terletak di belakang Dewan Sri Kunak kini telah berpindah ke Pasar Am Kunak yang baru yang terletak bersebelahan sahaja dengannya. Dimana pasar ini mempunyai kawasan yang lebih teratur dan selesa disamping turut dilengkapi dengan kemudahan Elektrik dan Air bersih berserta dengan kemudahan Tandas Awam.


Bangunan ini telah dibuka pada 7hb Oktober 2011 yang lalu dan akan dirasmikan pada hari ini ( 10hb Oktober 2011 ) oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Hajiji bin Hj. Mohd Noor Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah.


Upacara perasmian juga akan dimeriahkan dengan persembahan dari artis-artis tempatan seperti Den Bisa, Ebi AF5, Diana serta dari artis-artis kebudayaan Negeri Sabah.


Laporan dari : Junaidy Jaimi

Sabtu, Oktober 08, 2011

Gua Madai : Lokasi Eco Challenge Borneo 2000


Tahukah anda bahawa Gua Madai pernah dijadikan salah satu lokasi pertandingan sukan pengembaran yang terlasak di dunia pada tahun 2000 yang lalu, yang mana dikenali sebagai Eco Challenge Borneo 2000. Acara 24 jam tanpa henti ini memakan jarak sejauh 500 Kilometer yang mana Gua Madai adalah salah satu stesen perhentian para peserta dalam acara memanjat menggunakan tangga yang dipintal dari rotan.

Sumber Photo : Environment News Service , Team Vignette , National Geographic News

Selasa, September 13, 2011

TRAGEDI KEDAI BHARU 1998

Sumber Photo : Clarence Tong


Pada hari Jumaat 17 Julai 1998, satu kejadian litar pintas telah berlaku dalam salah satu unit kedai papan di Kedai Bharu Kunak yang mana dipercayai adalah Restoran hingga menyebabkan terjadinya satu tragedi kebakaran yang dianggap terbesar sekali pernah berlaku di Pekan Kunak hingga ke hari ini.

Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana sejak api bermula di tengah premis lagi, kesemua penghuninya telah menyelamatkan diri masing-masing. Kejadian tersebut juga telah merebak ke belakang kawasan premis tersebut menyebabkan sebuah banglo yang terletak terlalu hampir dengannya turut musnah dalam tragedi tersebut.

Pihak Bomba gagal menyelamatkan keseluruhan struktur bangunan kedai tertua di Pekan Kunak tersebut, kerana disebabkan oleh api yang marak terlalu cepat ditambah lagi cuaca panas dan berangin disamping hampir keseluruhan struktur binaan adalah diperbuat dari kayu.

Kini tapak bekas tinggalan Kedai Papan atau sinonim dengan panggilan Kedai Bharu ini telah dibangunkan, dengan empat unit bangunan konkrit dua tingkat yang diberi nama sebagai Kunak Plaza dan masih menjadi pusat tumpuan yang utama warga Kunak seperti masa lalu.

Manakala mangsa-mangsa peristiwa tersebut, telah berpindah ke tapak sementara di belakang Rumah Rehat Kerajaan tidak jauh dari lokasi kebakaran.

P/S : Waktu kejadian penulis masih di tingkatan 2 di SMK Kunak Jaya.....

Selasa, September 06, 2011

Pagi Aidilfitri di Kunak 2011


P/S : Saya dengan ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pengunjung semuakunak.blogspot.com walau dimana pun anda beraada......

Selasa, Ogos 23, 2011

Asrama Putera SMU Kunak Terbakar

Sumber Photo : Andi Ahmad & Ibrahim Tabir


Sebuah blok asrama putera di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Kunak musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi. (23/8/2011) .


Saksi-saksi kejadian melaporkan, api mula kelihatan pada 12.35 pagi manakala pihak Bomba yang datang dengan dua buah Jentera pemadam api telah sampai 15 minit kemudian bagi mengawal keadaan.


Seorang saksi juga berkata, hujan yang datang secara tiba-tiba telah turut mengurangkan api dari terus marak selepas sahaja kumpulan pelajar SMU Kunak yang juga mangsa kejadian melaungkan Azan.


Mujur tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut walaupun dikhabarkan kesemua mangsa gagal menyelamatkan barang-barang beharga atau peribadi mereka melainkan pakaian yang ada pada mereka sendiri tak kala seminggu dari sekarang satu Syawal bakal tiba.


Walaubagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan dan bantuan dari segenap lapisan masyarakat kini amat di perlukan.

Related Posts with Thumbnails