Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Komoniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komoniti. Papar semua catatan

Selasa, Julai 26, 2016

10 Fakta Tentang Kependudukan Jepun di Mostyn



Tahukah kita khususnya orang Kunak, masyarakat Imigran Jepun sudapun bertapak di Mostyn atau Kunak pada hari ini seawal selepas perang dunia pertama lagi, cumanya keberadaan mereka tidaklah bertahan lama, ini kerana selepas perang dunia ke-2 berakhir, mereka telah dihantar pulang kenegara asal mereka.


Nah berikut ini aku sertakan 10 fakta yang menarik bagi akulah.... tentang masyarakat jepun di bumi Kunak ini sewaktu ketika zaman sebelum dan selepas perang.

1. Pada pertengahan tahun 1938, pihak kerajaan Jepun telah memperkenalkan satu program membasmi kemiskinan dikalangan warganya yang tidak mempunyai modal dan tanah untuk bertani, dan program itu ialah dengan menempatkan mereka di tanah-tanah milik syarikat rakyat jepun di Borneo utara yang dipajakkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

2. Pada March 1941 terdapat 15 keluarga yang pertama yang dijadikan kumpulan perintis untuk 'program khas' kerajaan Jepun ini untuk kawasan Mostyn, akan tetapi hanya lima yang dapat bertahan yang selebihnya angkat kaki dan pulang semula ke jepun. Mereka yang bertahan ini sebelum dibenarkan membuka ladang di Mostyn, terlebih dahulu sebelumnya mereka akan ditempatkan di Kuhara Estate selama 3 tahun bagi mengetahui selok-belok bagaimana menukar hutan tebal kepada ladang pertanian serta menguruskannya.

3. Untuk memudahkan aktiviti seharian mereka disana, pihak Gabenor general syarikat di Taiwan juga telah menyediakan setiap keluarga berupa pinjaman keuwangan dan pemberian lot-lot ladang yang berkeluasan 25 ekar setiap keluarga dan beberapa orang tempatan yang bergaji sebagai pembantu mereka.


3. Jadi apa diorang buat dengan tanah 25 ekar itu?, nah disinilah bermulanya penanaman pokok seperti pisang yang dikenali sebagai Abaka... atau Lanut atau Manila Hemp di Mostyn. Memandangkan tempoh menunggunya yang lebih singkat untuk dituai iaitu dalam 18 bulan jika dibandingkan dengan kelapa atau getah yang memakan masa bertahun untuk membuahkan hasil. lagipun Abaka pada masa itu adalah komoduti eksport yang menguntungkan terutamanya untuk industri perkapalan.

4. 1hb September 1941, Syarikat Nissan Norin yang berpangkalan di Kuhara Esatate Tawau telah membina sebuah sekolah rendah di Mostyn bagi kemudahan keluarga dan anak-anak penoraka ini yang mana sistem pembelajarannya mengikut sukatan kebangsaan jepun.


5. 16hb Mei 1942, Perang telah meletus dan seluruh Borneo Utara jatuh ketangan tentera jepun, suasana ini disambut kegembiraan oleh sebilangan besar imigran ini, dan ada diantaranya telah turut serta menyertai tentera jepun sekaligus bertindak sebagai askar kerajaan di kawasan Mostyn.

6. 12hb Ogos 1942, Tentera Jepun mula merancang memperkenalkan skim penanaman padi di kawasan Mostyn yang berpotensi, ia bagi memenuhi permintaan bahan makanan kepada tentera Jepun di Pantai Timur, akan tetapi rancangan ini tergendala kerana faktor kurangnya kesesuaian tempat dan rakyat tempatan yang kurang berminat, dikhabarkan kebanyakkan dari mereka bersembunyi di pulau-pulau sekitar.

7. Mostyn pada ketika ini juga dijadikan sebagai sub-tahanan dan pengumpulan rakyat tempatan yang mereka rasakan adalah musuh mereka, majoritinya adalah orang cina yang dulunya rapat dengan British. Mereka dijadikan pengankat barang keperluan tentera jepun dari Tawau ke Mostyn.

8. 20hb Disember 1943. Mostyn telah berterusan menerima kedatangan imigran dari jepun dan keluasan ladang Abaka juga bertambah, pada ketika ini juga adalah dianggarkan seramai 784 orang Jepun telah mendiami kawasan Mostyn tidak termasuk lebih 3000 orang yang terdiri daripada pekarja, tawanan perang dan penduduk tempatan. Mostyn pada ketika ini tidak lebih seperti sebuah pekan di jepun.

9. 9hb Ogos 1945. Serangan bom udara dari Pasukan RAAF No.78 Kittyhawk Fighter Squadron dari pihak Perikatan telah melemahkan sepenuhnya sistem pertahanan tentera Jepun di Mostyn


10. 8hb Disember 1945. Berita mengenai kekalahan tentera Jepun di lautan pasifik kepada tentera Amerika telah sampai ke komuniti ini dan sebahagian saki baki tentera Jepun yang setia. Akhirnya kebanyakkan dari mereka semua menyerah kalah dan dihantar ke Pulau Berhala di Sandakan sebelum dihantar pulang ke Jepun, manakala yang selebihnya bertindak nekad membunuh diri.


Sumber: dari buku Japan as the Occupier, Christine de Matos, Jun 2015

Jumaat, Disember 16, 2011

KOTA MONACO / KUNAK - 1970






Selepas tiga bulan buat nescafe pekat tiap pagi untuk mengurangkan kebosanan, 'busy doing nothing' di bengkel radio KD Sri Tawau, CPORM Chan memberi peluang aku pergi ke Kunak kerana LCM S.O.S - alat kuminikasi HF transceiver GR410 'konk'



Jam 9 pagi aku menaiki trak askar dengan membawa Tool box dan sebuah alat transceiver yang sudah disiapkan. Jarak antara Tawau dan Kunak bukanya jauh sangat tapi oleh kerana belum ada jalan raya, lebih 6 jam terhangguk-hangguk dalam trak. Kalau jalan merah batu kerikil suda dikira baik, ini jalan lori balak, naik bukit dan turun bukit.


Sampai di Kunak, kawan seangkatan - ABSM Rahim 'Jeibon' - sudah sedia menunggu. Petang itu juga tugas selesai. Dan selebihnya, makan tidur sementara menunggu LCM belayar balik ke Tawau.


Malam hari, setelah makan ration askar (sekali sekala menyelerakan), Rahim mengajak aku bersiar-siar di 'Kota Raya Kunak'. Walaupun tempat ini lebih teruk dari Tawau, tapi aku difahamkan, hampir setiap malam penduduk berhimpun di sebuah dewan menghabiskan masa dan hasil keringat.


Insiden paling manis malam itu apabila rahim menonjolkan aku menggati caller yang asyik kena 'boo' oleh oram ramai kerana bukan sahaja lembap tapi juga selalu tersilap - 66 disebut 99, 69 jadi 96. Cadangan Rahim diterima baik oleh orang ramai (bukannya ramai sangat pun). Berdasarkan mendengar pengalaman cara caller menghias nombor dengan bunga-bunga semasa di Tawau, aku pun mencuba kebolehan. Belum habis satu round, peserta sudah kegembiraan kerana persembahan dariku jauh berbeza dari orang tempatan yang hanya menggunakan satu bahasa - tanpa bunya.


Mengimbau cara membangkitkan suspen peserta yang menunggu line atau house dan jackpot, terasa semua mata tertumpu kepadaku.


Tidak cukup sekadar bunga, ada pulak pause...two, senyap sekejap dan peserta riuh meneka malah ada yang menjerit konon sudah penuh line dan houes, tapi bila disambung, two fat ladies... yang lain pula menjerit. Diimbau-imbau, macam baru semalam ia berlalu.


Apa pun malam itu berpuluh ringgit jugalah..... upah satu call satu ringgit, duit orang Kunak masuk ke kocek.


Teringat berkenalan dengan saudara Rahim, seorang pemuda Sabah yang di fahamkan adalah anak seorang ahli Perlimen. "Patutlah loaded... mampu miliki dan bebas membawa pistol" fikirku.


Menggeletar suara meng-up atau menyebut follow dalam permainan table money malam itu. Kesudahannya, anak MP ini kering kontang dan tumpang tidur di LCM.


Masa di Kunak ini jugalah aku mendengar pelbagai cerita aneh.....


'Kalau diajak perempuan tempatan balik ke rumah, kau fikir panjang sebelum ikut', dia mengingatkan kami.


Kehebatan ilmu orang tempatan sudah pernah aku ceritakan. ABSM Salleh yang ligat mengentel kepala mancis ketika KD Sri Kedah singgah di Tawau tahun 1967, dia tersentak apabila t***rnya senak dijentik serentak dengan sudip macik gado-gado mengetuk kuali.


Di Kunak kisahnya berlainan, kerana sudah jatuh hati, seorang anggota tentera darat mengikut pelawaan anak gadis tempatan balik ke rumah. Sesampainya dia tersentak dan terus berpatah balik kerana terpandang anggota kelamin sendiri tergantung di muka pintu. Dilain ketika pula, anggota lain yang ikut balik ke rumah terkejut apabila disuruh bapa gadis membuka sendiri makanan di bawah tudung saji. Pucat lesi wajahnya melihat alat kelamin sendiri jadi hidangan diatas pinggan.


Selepas tiga malam bercuti di Kota Monaco atau Kunak, aku balik bersama LCM ke KD Sri Tawau dengan kenangan manis - menjadi caller permainan tombola - yang segar hingga ke hari ini.



P/S : En. Utuh adalah pesara TLDM yang pernah bertugas di KD Sri Tawau dalam tahun 60an dan 70an...


sumber : Utuh Paloi Banjar Blog

Selasa, November 01, 2011

BOHAYAN LOG POND IN COLOURS 60s

Ini adalah photo tahun 1960-an Kapal Blue Funnel Line yang sedang memunggah kayu balak di pusat pengumpulan balak di Pulau Bohayan kira-kira 7.8 batu nautika dari timur laut Pekan Kunak. Pada ketika itu kawasan ini memang menjadi antara pusat pembalakan yang utama di Negeri Sabah yang diurus tadbir oleh British Borneo Timber Company (BBT).

Sumber : Farawell to the China Boats ( John Marshall )

P/S : lagi artikel berkaitan disini

Selasa, Oktober 25, 2011

Hitam Putih Pasar Minggu Kunak

Pagi minggu pigi manyallam rombengan


Singgah sebentar di tepi jalan menjahit kasut


Mamakku pesan jangan lupa beli sayur sama Panggik kayu buat tompek


Dairek pigi beli mee tauhu tullul sambil bejalan makan aiskrim si angkol


Oh Daerahku aromamu amat ku rinduai....


Khamis, Februari 10, 2011

KUNAK STREET FOOD VENDORS

Peniaga Kuih Muih di Lok Santul di tengah Kampung Pangkalan

Peniaga Kuih Muih dekat Pasar Sayur di Kampung Pangkalan

Peniaga Kuih Muih di Pasar Malam di tepi dewan masyarakat Kunak

Peniaga Kuih Muih di perkarangan kedai papan sementara

P/S : Kalau di Kunak...jangan 'termis' datang ke gerai-gerai ini...dijamin anda pasti puas hati...!

Rabu, Disember 01, 2010

Jalan - Jalan di Pasar Minggu Kunak






Jika di Pantai Barat Sabah orang disana sinonim dengan Pasar Tamunya, tetapi di sebelah Pantai Timur Pula khasnya Daerah Kunak, mereka menggelarnya Pasar Minggu sesuai dengan keadaannya yang disambut pada setiap hari minggu atau ahad.

Pasar Minggu di Kunak ini terletak di persimpangan Jalan Kg. Jaya Baru dan Jalan ke Kg. Sungai Atas berhadapan dengan Bangunan Jabatan Perikanan Daerah Kunak.

Destinasi yang amat popular di Pekan Kunak ini menyediakan pelbagai aneka warna dan ragam di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil jualan pakaian terpakai atau 'Rombengan', pertanian, penternakan dan perikanan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.

Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka seawal hari Sabtu pagi dan pasar Ahad ini bermula pada jam 6 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang.

Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan dan semuanya ada disini menanti ketibaan para peraih dan pembeli dari segenap lapisan masyarakat yang ada disini.

Khamis, November 04, 2010

Overlooked in Kunak

Sedang aku asyik berbual dengan seorang sahabat lama disini, tumpuanku sesekali terganggu oleh kanak-kanak jalanan ini. Sesekali ada dua tiga orang yang kebetulan berdiri ditepi laluan kanak-kanak jalanan ini. Ada diantaranya yang cuba mengelak dari terlalu rapat dengan meraka sambil menunjukkan ekspresi muka yang kurang selesa.

Kasihan...tapi itulah realiti kehidupan disini, mereka sering dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat kita oleh kerana mungkin cara mereka yang sedikit berbeza dengan kita. Walhal mereka juga seperti kita yang punya keinginan dan perasaan.
Sedikit Fakta : Bajau Laut atau 'Palau' adalah gelaran yang sinonim dengan mereka dan dipersisiran Kg. Kunak Jaya hingga ke Pelabuhan Kunak adalah penempatan masyarakat ini disini. Sesekali kanak-kanak Palau ini memang sering kelihatan merayau-rayau di sekitar pekan Kunak samada untuk menjual ikan atau mencari barang-barang kitar semula yang boleh mendatangkan hasil sampingan untuk meraka.

P/S : Aku pun dulu manabak jugak ba macam diorang ni....:)

Khamis, Oktober 21, 2010

BARGAINING IN KUNAK BAZAAR

Such a view is nothing incongruous in Kunak when the arrival of the festive season here. Various items rarely found on normal days would be there at this time. This includes items such as clothes cover the latest fashionable women which generally are only available in big cities like Kota Kinabalu and Kuala Lumpur.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Lembah Tingkayu Kunak


Panorama indah di Lembah Tingkayu Kunak, sebuah kawasan yang masih menyimpan seribu misteri untuk dirungkaikan. Pada 1980-an pihak arkiologi telah mengesahkan bahawa sejak 15,000 tahun dahulu, lembah ini adalah antara penempatan yang terawal di Asia Tenggara dimana kehidupan masyarakatnya telah menggunakan peralatan-peralatan yang terbaik dalam penghasilan dan pembuatannya, hinggakan mereka dikatakan mempelopori industri tembikar yang berkualiti tinggi yang mana merujuk kepada penemuan artifak-artifak di kawasan ini.

Selasa, September 28, 2010

Ikan Talang - Talang Kering


Ikan Talang-talang yang dikeringkan boleh Memakan masa 2 ke 4 minggu untk dikeringkan bergantung kepada cuaca, disamping para pengusaha juga harus mahir dalam proses pengeringan dan pengawetannya kerana dikuatiri ulat dan kulat senang membiak jika kadar kelembapannya tidak di kawal.

Permintaan produk ikan kering yang bersaiz besar ni sememangnya amat menggalakkan terutama penggemar-penggemar dari Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Negara Brunei.

Foto : Kampung nelayan Pangkalan Daerah Kunak, Sabah September 2010

Rabu, September 01, 2010

Hitam Putih Kg. Pangkalan

Inilah sebahagian kehidupan penghuni Kg. Pangkalan, Kunak. Panorama ini jarang-jarang saya saksikan sendiri di depan mata walaupun saya sendiri anak jati Pangkalan.

Dua tiga orang dari ahli kumpulan nelayan ini, amat kunali sekali wajahnya.... seorang bernama Bensar usianya dalam lingkungan 27 tahun dari suku kaum Suluk.

Mengimbau kenangan zaman persekolahanku awal tahun 1990-an, Bensar adalah antara sahabat yang sama-sama dengan ku memancing dan 'memanting' ikan di pasar kg. pangkalan.... masih ingatkah dia dengan ku....?

Jumaat, April 23, 2010

Meriahnya Karnival Kunak 2010

Tarian Pahlawan dari masyarakat suku kaum Timor

Ruangan Pameran

Suasana karnival


Acara sukan Fudsal

Isnin, April 12, 2010

Perkampungan Gua Madai 1960

Suasana komuniti di perkampungan Gua Madai 1960, keadaan akan menjadi lebih sesak apabila musim memungut hasil berlansung.

Sebuah Surau sederhana yang dibangunkan berdekatan dengan Gua Madai, bagi kemudahan para pemungut hasil sarang burung sewaktu musimnya, foto 1960.

Ahad, Februari 28, 2010

PASAR RABU KUNAK






Suasana meriah pasar Rabu di Pekan Kunak, bermacam jenis jualan makanan di pamerkan khas buat warga peniaga kecil-kecilan di sini. Lokasinya yang strategik terletak di lorong jalan utama premis perniagaan Kunak Plaza dan berhadapan dengan pusat pasaraya Milimewa ini, menjadikan suasana pekan yang cukup sibuk seawal pukul 2.00 petang lagi dan berakhir pada 7.00 malam.

Related Posts with Thumbnails