Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Aku dan Daerahku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku dan Daerahku. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 09, 2013

Nostalgia di Kedai Papan 90an

Masa darjah satu dalam tahun 1991 dulu, seingat akulah hanya sekali arwah bapak hantar aku pergi sekolah itu pun waktu hari pertama pendaftarn sahaja dan selepas itu sepanjang tahun seterusnya aku jalan kaki sendiri ke sekolah sampailah aku tamat darjah enam di S.K. Pekan Kunak 1.

Waktu itu kebanyakkan budak sebaya aku yang tinggal di sekitar pekan Kunak dan Pangkalan khususnya lebih gemar berjalan kaki ke sekolah dan begitulah juga seterusnya apabila pulang ke rumah. Waktu itu antara laluan yang aku paling gemari adalah lorong pejalan kaki di depan kedai papan yang dibina seawal 1960an lagi kalau tidak silap berdasarkan cakap-cakap orang tua di Kunak. Sesungguh bagi mereka yang lahir sebelum 1990an amat merindui suasana deretan kedai papan ini.


Antara banyak-banyak kedai di kawasan ini, ada satu kedai papan yang paling conner sekali dan iaitu kedai runcit LOOI FAT maaf kalau salah ejaan. Sebuah kedai tempat aku dan rakan yang lain singgah untuk beli ais kindi yang didalamnya berisi asam jeruk, rojak buah dan alatan tulis. Selain itu kedai ini juga turut membeli dan menjual Ikan Kabus ( Haruan ).


Pada waktu-waktu tertentu kawasan ini selalunya meriah dengan pelbagai aktiviti seharian masyarakat Kunak. Terdapat pelbagai kedai yang menjual dan menyediakan jenis perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat Kunak turut terdapat disini, dari kedai runcit, jahitan, restoran, alat ganti kenderaan hingga pusat hiburan orang dewasa.


Antara kenangan waktu itu yang sukar aku lupakan adalah di sebuah kedai makan mamak yang terletak di tengah-tengah premis ini. Waktu itu selalunya selepas pulang dari sekolah atau dari main bola di padang pekan, kami akan singgah di kedai ini untuk minta seteguk air sejuk free di samping menonton wayang gusti yang juga free hehehe.....

Sehinggalah kejadian di siang hari pada 1998...........


Kini Kedai Papan penuh nostalgia zaman kanak-kanak sudah tiada lagi, ia sudah digantikan dengan dua baris blok rumah kedai dua tingkat yang diberi nama 'Kunak Plaza'.

Sesungguhnya segala apa yang didunia ini tidak semestinya akan selalu kekal selamanya, perubahan dan pembangunan akan selalu seiring dengan arus perubahan masa yang kadang akan meninggalkan kita entah bila ia akan menjelma....

Credit Picture : El Hartono

Isnin, Disember 05, 2011

Bukan Kubu tapi Kaki Tangki Air....WHAT!!!!

Sedih dan sedikt lucu apabila objek longgokan batu ini yang penulis sangkakan adalah Kubu rupa-rupanya adalah bekas tapak sebuah tangki air sahaja huhuhuhu.... Klik disini untuk artikel sebelumnya.

Berikut penjelasan dari seorang pengiram bernama mtsy1883 :

" Untuk pengetahuan anda, ini bukannya apa-apa kubu peninggalan tentera Jepun. Ini cuma kaki tangki air pemilik kebun ini. sebahagian batu-bata itu memang diambil dari Mostyn dan sebahagiannya dari tapak perumahan Taman Kunak Kaya. dan besi yang terdapat diatas tembok itu adalah bekas landasan kepunyaan Arwah Datuk Panglima Salim Bacho...."

P/S : Bikin samangat sajak weii..!!

Khamis, September 15, 2011

WWII Japanese Bunkers at Kg. Pangi ?

Syukur akhirnya saya sampai juga ke tempat ini setelah hampir setahun lebih membuat perancangan, yang mana hati ini sudah terdetik sejak saya membaca sebuah artikel di blog Kunakpress tidak berapa lama dahulu. Benarkah objek bongkah ini adalah bekas Kubu Tentera Jepun semasa perang dunia ke-2 ?, itulah persoalan yang pertama bermain di fikiran sejurus penulis menyentuh bongkah ini buat kali pertamanya.
Diatas objek ini terdapat dua batang besi yang menghalah 45 darjah di dua sisi penjuru objek yang mana masing-masing menunjuk kearah timur laut dan tenggara. Setelah diamati dua batang besi tersebut adalah dari jenis Steel Rail Bar yang banyak digunakan dalam membuat mini landasan keretapi.

Manakala susunan batuan tersebut adalah dari jenis batuan lava gunung berapi yang mana memang sama dengan batuan-batuan di kawasan Pekan Kunak dan perkampungan sekitarnya termasuklah di ladang Mostyn.

Berdasarkan penelitian saya, kemungkinan ya ia memang sebuah kubu dan kemungkinan juga bukan. Berikut adalah ringkasan penjelasan saya:


1. Jika ia sebuah kubu mengapa di ke-empat-empat muka dinding batuan tersebut tidak terdapat sebarang rongga yang biasanya terdapat pada mana-mana kubu tentera jepun pada waktu tersebut?


2. Bahan binaan juga dibuat dari jenis batuan yang sangat rapuh, mustahil pada waktu itu bahan konkrit dan keluli belum wujud lagi ? (contoh kubu tentera jepun)


3. Tiada kesan atau tapak lain yang ditemui dalam radius kawasan Kg. Pangi yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan objek ini, melainkan ia memang mempunyai kaitan dengan trowong yang derdapat di Ladang Mostyn, mana tahu dibawah bongkah ini memang terdapat sebuah lagi laluan yang akan bersambung dengan trowong tersebut, sebab memang diketahui bahawa trowong di Mostyn tersebut memang mempunyai jarak yang cukup misteri.


Bagaimana pula dengan anda, adakah sebarang kemungkinan atau adakah penjelasan yang lain yang mungkin hanya yang benar-benar pakar dapat memberikan jawapan yang sebenarnya.

Jumaat, Mei 27, 2011

Teratak Beratap Biru

Awal bulan ini saya balik ke kampung lagi. Walaupun baru beberapa bulan lepas rasanya saya balik ke Kunak tapi macm setahun suda tak balik, rindu-rinduan saya dibuatnya.

Jadi atas kelapangan dua hari tersebut di Kunak, maka saya tidak akan sekali-kali melepaskan sebarang peluang masa yang ada untuk cuba menyelusuri daerahku yang indah ini. Maka tempat yang saya pilih kali ini ialah Pantai Buang Sayang atau sinonim juga dengan panggilan Pantai Sejati yang saya sendiri pun tidak berapa tahu sangat tentang sejarah tempat ini hinggakan ia digelar seindah bahasa rupanya.

Seingat saya ini adalah kunjungan saya yang kedua ke tempat ini, kali pertama sewaktu di bangku sekolah dahulu pada 1998 bersama rombongan rakan sekelas seingat saya. Kali ini saya ditemankan oleh seorang sahabat lama yang memang arif tentang kawasan ini, namanya Jumat seorang perunding motivasi yang amat petah berkata-kata sesuai sangat dengan kerjayanya.

Jumat membawa saya ke tempat yang dituju dengan menggunakan satu laluan yang sempit tepi bukit tetapi dengan jalan yang agak baik iaitu sedikit bertar, pelik juga rasanya jalannya cantik tapi agak jarang sekali rumah yang ada dilaluan ini hingga kami sampai di satu tempat yang lapang dan pemandangan yang indah menghadap laut Sulawesi.

Dalam perjalan meneruni anak bukit ke Pantai Sejati, kami telah terserempak dengan sebuah Bangunan tinggal beratap biru lengkap dengan kemudahan paip pvc air dan tandas disebelahnya tetapi tidak berfungsi lagi seperti sudah agak lama ia ditinggalkan. Menurut sahabat saya tadi dulunya bangunan ini didiami oleh Pasukan Polis Marin yang dilengkapi dengan kemudahan Jeti pendaratan bot tetapi tidak diketahui sebab pasukan Marin ini meninggalkanya.

Disebabkan ketiadaan pasukan itu suda, makan tempat ini telah terbiar dengan sebegitu rupa dimana menurut sahabat tadi, satu persatu alat binaan seperti kayu beruti dan tiang untuk jeti dan banguna lesap entah kemana. Kalau dilihat dari rupa barang-barang tersebut seperti atap zink semuanya masih dalam keadaan yang baik tetapi kenapakah ini semua dibiarkan begitu sahaja, sedih.. ramai lagi warga kunak yang mungkin atap rumahnya tidak sesempurna bangunan ini.

Seterusnya kami menuju ke pantai, tapi sayang masa kami sampai kesana air mulai pasang dan hampir kesemua tebingan pantai digenangi oleh air laut. Sebenarnya antara tujuan saya kesana ialah untuk melihat dengan mata saya sendiri iaitu rupa pokok Santigi yang istimewa menurut sahabat di semenanjung, dan yang istimewanya ia hanya terdapat di Teluk Darvel dan tempat yang saya baru kenal pasti ialah disini di Pantai Sejati.

Menurut pengamatan saya pada sekeping gambar hitam putih dalam tahun 1960, lokasi tebingan pantai ini suatu ketika dahulu dipenuhi dengan tumbuhan santigi dan sekarang mungkin hanya beberapa pohon yang tinggal dimana ia boleh bertahan hidup sehingga 500 tahun lamanya. Harap kunjungan saya seterusnya kesini akan dapat menemukan saya dengan pohon tua ini.

Sabtu, Februari 05, 2011

Pejabat Kastam Kunak

Pejabat Kastam Diraja Malaysia cawangan Kunak berwajah baru lagi. Sungguh aku terpegun dengan lanskap dan dekorasi pintu pagar halaman bangunan ini, tidak seperti sedekad tahun yang lalu suasananya sungguh berbeza jika dibanding pada masa ini.

Menjenguk dari sisi tingkap kereta sambil menikmati pemandangan yang 'indah' di jalan Kg. Pangkalan yang sentiasa 'Jam' diawal pagi, telah membuatkan aku mengelamun seketika.

Terkenang sewaktu zaman kanak-kanak dahulu di hadapan bangunan ini dalam tahun 1990-an.
Waktu itu di kampung musim budak-budak seusiaku bermain 'Tembak-tembak' yang diperbuat dari kayu dan bersumberkan peluru 'buah bakau' yang sememangnya banyak terdapat di sepanjang laluan ke Pelabuhan Kunak pada masa itu dan saya berserta beberapa rakan yang lain adalah diantara yang aktif dalam permainan ini....mungkin gara-gara terpengaruh oleh filem ala perang 'Vietcong' yang amat popular pada waktu itu kali.

Dipendekkan cerita, waktu itu ada beberapa buah pokok pelindung yang seakan pokok asam dihadapan bangunan ini dan kami telah jadikanya sebagai mini markas konon-kononya disamping sebagai tempat untuk berehat dan bermain. Hampir sebulan rasanya jika waktu hari sabtu dan minggu kami akan melepak sambil berbual-bual kosong di situ.

Sehinggalah kejadian disuatu petang dengan tidak disangka-sangka seperti ada orang yang membaling batu kearah kami berteduh, dilihat kekanan, kekiri, keatas dan kebawah pokok tiada orang melainkan beberapa kenderaan yang berlalu di seberang sana. Dan akhirnya kami menyesaki bahawa lontaran batu tersebut adalah dari arah halaman bangunan di dihadapan kami iaitu pejabat Kastam Kunak. Sungguh hairan sepanjang yang kami tahu tidak pernah sama sekali kelibat sapa-sapa yang ada disitu pada waktu itu dan akhirnya kejadian itu telah membuatkan kami jerak untuk kepokok itu lagi.

Pernah juga saya terdengar bahawa dulu sebelum bangunan ini dibina dalam tahun 1980-an, kawasan sekitarnya banyak dipenuhi oleh pokok-pokok Ara yang besar yang sememangnya suda menjadi satu lagenda jika kawasan tersebut ada pokok ara maka adalah tu 'penjaganya'. Entalah betul kah tidak...Allahualam...yang penting itu cerita lama dan diharap bangunan ini meneruskan khidmatnya untuk daerah, negeri dan negara amnya.

Sabtu, Januari 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 Warga Kunak

Dikesempatan ini blogger Everything about Kunak ingin mengucapakan Selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog ini, agar tahun 2011 ini akan membawa kita ke satu tahap lagi yang lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya, dan kudoakan semoga semua warga kunak memperoleh kejayaan yang dihajati walaupun dimana anda berada. Sekian...

Rabu, Disember 29, 2010

Replaction at Kunak

Hidup ini adalah cerminan dimasa hadapan
Percubaan 'Replaction on Street' di Pekan Kunak

Khamis, November 11, 2010

SIMPANG EMPAT KUNAK 2004

Ini adalah salah satu panorama jalan simpang empat yang sempat saya rakamkan pada kamera pertama saya pada tahun 2004.

Cuba terangkan apa yang berbeza dulu dan sekarang?

Sabtu, Oktober 23, 2010

The Sun rises in the east

Percubaan lanskap Matahari terbit diawal pagi - Kg. Pangkalan, Kunak, Sabah, Malaysia - Time 6.30 am - 2010

Jumaat, Oktober 08, 2010

THE BAL HOUSE

Dulu masa di bangku sekolah rendah, kalau 'pulangan' sudah - aku dan rakan-rakan yang lain sering melalui tepi jalan ini untuk pulang ke rumah dan memang tidak sah kalau tidak singgah sekejap di tepi pagar ini untuk mencari buah "Kedondong". Dulu ada pokok buah kedondong yang besar di tepi rumah ini sekarang tiada lagi mungkin oleh kerana saiznya yang terlalu besar maka pemiliknya pun telah menebang pokok tersebut 10 tahun yang lepas.

Sedikit fakta sejarah mengenai rumah ini yang sempat saya selidiki, dimana rumah ini mula dibina pada 1967 oleh BAL Plantation Company sebuah syarikat terawal yang menoraka industri kelapa sawit di daerah Kunak. Merujuk orang-orang lama di sini, rumah ini mula didiami oleh sebuah keluarga Inggeris sebelum dijadikan rumah tumpangan dan rumah untuk penjaga kawasan ini.

Kini rumah setengan abad ini dimiliki oleh syarikat konglomerat terbesar di Malaysia iaitu Sime Darby Plantation Bhd. Diharap bangunan usang ini akan terus dipelihara bagi tatapan generasi yang akan datang.

Rabu, Oktober 06, 2010

" Selamatkan Sungai Atas "....!

Ini adalah antara panorama terbaru Sungai di Kampung Sungai Atas, Kunak yang sempat saya rakamkan sewaktu saya melalui sebuah jambatan di kawasan tersebut beberapa minggu yang lepas. Sedih dan kecewa apabila melihat suasana terbaru sungai ini, sungai yang suatu ketika dahulu adalah tempat bagi saya dan rakan-rakan yang lain untuk bermandi-manda tak kala musim cuti persekolahan tiba.

Tempat inilah antara lokasi yang sering saya kunjungi sewaktu tahun 1988 hingga 1998, mana tidaknya inilah sungai yang paling dekat dengan kawasan pekan mungkin kurang 20 minit dengan berjalan kaki - masa itu aktif lagi - kalau mau ke Madai jauh terpaksa keluarkan modal lebih walaupun tambang pada masa itu RM 2.00 lagi naik Van sapu banding dengan sekarang mau-mau RM 5.00 seorang.

Kini Sungai Atas yang dahulu hanya tinggal kenangan, keceriaan dan keindahannya semakin terhakis dek angkara kita yang tidak ambil peduli lansung tentang kebersihannya.
Mungkin masi ada yang ambil peduli tentang masalah ini, masakan tidak beberapa paip PVC beserta mesin penyedut ada dibeberapa lokasi tebingan sungai ini sedang menyedut air. Tapi apalah guna jika kita hanya mengambil hasilnya tanpa menjaganya.
Mungkin selepas ini, aku hanya dapat menceritakan kisahku dan sungai ini kepada anak-anakku tanpa mereka juga dapat merasainya.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Fishermen village Kunak

Beautiful views of my village in the morning makes me interested in documenting this beautiful little moment, for later viewing on roaming. - Kampung Pangkalan Kunak - September 2010

Rabu, September 01, 2010

Hitam Putih Kg. Pangkalan

Inilah sebahagian kehidupan penghuni Kg. Pangkalan, Kunak. Panorama ini jarang-jarang saya saksikan sendiri di depan mata walaupun saya sendiri anak jati Pangkalan.

Dua tiga orang dari ahli kumpulan nelayan ini, amat kunali sekali wajahnya.... seorang bernama Bensar usianya dalam lingkungan 27 tahun dari suku kaum Suluk.

Mengimbau kenangan zaman persekolahanku awal tahun 1990-an, Bensar adalah antara sahabat yang sama-sama dengan ku memancing dan 'memanting' ikan di pasar kg. pangkalan.... masih ingatkah dia dengan ku....?

Sabtu, Mac 13, 2010

Cadangan Bina Water Front


Penulis rasa terpanggil untuk memberi satu cadangan berhubuang satu saranan dari sebuah blogger kunak ( http://suarakeramat1.blogspot.com/2010/03/apakah-yang-perlu-dibina-di-daerah.html ), agar kita sama-sama memberi cadangan bagi memajukan industri pelancongan di Kunak

Cadangan penulis ialah, dengan membangunkan tebingan teluk pangi (water front) yang bersebelahan dgn jalan kesemporna,atau sebelum simpang pangi ( lihat foto diatas ).seperti membina beberpa buah restoran makanan laut, taman hidupan hutan paya bakau, tempat perkelahan dan sebagainya.

Ini kerana kawasan tersebut amat strategik sekali dengan pemandangan laut sulu/sulawesi yang memukau, bayangkan sahaja hampir beribu kenderaan pelancong yang datangnya dari pantai barat, sandakan dan LD yang melalui kawasan tersebut hampir setiap hari bagi mengunjungi Pulau-pulau peranginan di Semporna, bayangkan tentu ada diantara mereka yg akan terdetik untuk singgah kesana nanti.

Ini sekaligus akan menceritakan pula kepada rakan-rakan mereka tentang kawasan baru tersebut yang semestinya akan melonjakkan lagi industri-industri hiliran yang datang samaada dari orang kunak sendiri atau dari para pelabur luar yang pastinya akan berminat untuk menanam modal dikawasan tersebut dan akhirnya yang paling untung sekali tentunya para penduduk sekitar yang akan menerima tempias dari industri ini.

Selasa, Mac 02, 2010

Tali Pinggang Keselamatan.....Wang atau Nyawa?


Ini cerita tahun 2007, satu hari penulis tengah tungguh Kancil ( kenderaan sapu / Pairet ) di tepi Kedai emas sungai Wang di Kunak, ceritanya mau pegi rumah kakaku di Madai, biasalah mana ada pengangkutan awam selain ini di daerah Kunak kalau setakat nak pegi Madai atau tempat-tempat sekitar sini, lainlah kalau mau pegi Tawaukah, LDkah adalah Bas atau Van. So mau dibikin cerita kisahnya lebih kurang begini:

Pemandu : Pigi mana.....( sambil dia tunjuk satu arah )

Penulis : Pigi Madai ( sambil sinyum2 masam )

Pemandu : Brapa orang..? satu jak ka?

Penulis : ya bang...boleh ka? ( sambil buat muka kesian )

Pemandu : oklah....tapi kita round-round dulu cari orang...rugibah jalan satu orang

so kami pun round2 lah dalam 3 -4 pusingan dalam pekan tu, adalah 2 orang penumpang yang yg destinasinya sama dengan aku, jadi abang tadi pun teruslah bawa kami ke tempat yg dituju, so dalam perjalanan tu terjadilah dialog seperti berikut, time tu aku duduk depan bersebelahan dengan pemandu.

Penulis : ops lupa pakai tali pinggang ( sambil tanganku menarik tali pinggang keselamatan )

Pemandu : rilek ko geng...ndakda jugak trapik disana ( simpang empat )

Penulis : bang! aku pakai ni ( tali pinggang ) bukan aku takut trapik tapi untuk keselamatan kalau setakat aku kena saman RM300, aku sanggup ba.....tapi persoalanya disini bang, ini melibatkan nyawa kita, nyawa bukan RM300 jak bang....( tengah semangat )

Pemandu : hehehe.....( mukanya macam higblood jak )

Moralnya disini ialah, kita harus ubah cara kita berfikir jangan pakai tali pinggang keselamatan kalau setakat takut dengan pihak berkuasa ( Polis Trafik atau JPJ ), tetapi kita harus fikir pakai tali pinggang adalah untuk keselamatan bukan takut kena saman.

Jumaat, September 25, 2009

MEMANGGAK PUMPUN DI KG. PANGKALAN

Pagi Raya ke-3 di Kampung terasa bosan yang teramat sangat, tiada aktiviti yang dirancangkan khas untuk hari tersebut, kawan-kawan yang lain pun sibuk entah kemana. Tapi entah macam mana dua sahabat lama Edwin Muslim seorang anggota ATM dan Jusli Jana yang bekerja di Pelabuhan Tawau datang ke rumah membawa perkabaran yang sememangnya amat penulis tunggu sejak dua menjak ini.

Perkhabaran yang dimaksusdkan adalah dua sahabat lama ini mengajak penulis memancing ikan lamburok yang sememangnya amat penulis gemari sejak dibangku sekolah lagi. Setelah persetujuan dicapai antara kami bertiga, maka langkah pertama yang harus disediakan ialah mencari umpan yang sesuai dan umpan yang dimaksudkan ini bukan sebarangan umpan kerana untuk mencarinya bukanlah perkara yang senang melainkan mereka yang benar-benar ahli dalam mencari umpan ini. Umpan ini lebih dikenali oleh masyarakat kampung sebagai "Pumpun" sejenis cacing pemalu yang tinggal didalam pasir atau lumpur paya bakau.

Kebiasaannya jika kita mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan memancing ikan tawar, kita akan menggunakan peralatan menggali seperti cangkul atau penyodok/Skop untuk mencari cacing tanah tersebut, tetapi lain pula caranya bagi menangkap umpan Pumpun ini kerana kita tidak perlu menggali seperti kebiasaannya, ini kerana kita perlu menangkapnya dengan menggunakan tangan. Dimana alatan yang digunakan adalah sarung kaki terpakai dan sedikit tepung ubi kayu asli yang dibasahkan sedikit dan diisi kedalam sarung kaki tadi, dan aktiviti mencari pumpun ini dikenali sebagai 'Memanggak'.

Edwin sedang menangkap pumpun


Edwin sedang bertarung dengan Pumpun

Inilah cacing Pumpun yang dimaksudkan

Ini pula ikan Lamburok hasil dari umpun Pumpum yang digunakan

Jumaat, Ogos 07, 2009

Site Visit to Mostyn and Binuang Estate, Kunak

Kelmarin( 16hb.04.2009-Khamis ) aku dan Hj. Latif ( Senior Supervisor ) telah diarahkan oleh pihak syarikat ke Mostyn dan Binuang Estate di kawasan Kunak yang dipunyai oleh Syarikat Multi-nasional Negara Sime Darby Plantation Bhd. bagi tujuan Lawatan Tapak ( Site Visit ) untuk projek cadangan beberapa unit blok perumahan pekerja dan Staf ladang. Berdasarkan dalam Tender Ladang Mostyn bakal mendirikan 13 blok x 6 unit manakala Ladang Binuang 7 blok x 6 unit.



Perjalanan kami dari Sandakan bermula seawal jam 8.00 pagi, dua jam kemudian kami tiba di Lahad Datu tetapi tanpa diduga perjalanan ini menjadi terlalu panjang apabila salah satu tayar kereta pacuan empat roda yang kami gunakan telah pecah di persimpangan jalan Assam ke Kunak. Hj. memutuskan agar kami melangsaikan dulu hal tayar ini sebelum meneruskan perjalanan, setelah selesai kami teruskan perjalan tapi jam ditangan menunjukkan pukul 12.30 t.hari maka kami melepaskan dulu hajat dihati ini kerana perut yang kami bawa ini sedang menderita untuk dirawat disalah sebuah gerai ditepi kedai tayar tempat kami menukar tayar tadi.

Tepat jam 2.00 petang kami tiba di Simpang Empat Kunak, tapi temujanji yang kami buat bersama Asst. Manager adalah pukul 3.00 petang awal satu jam dari yang dirancang, kami memutuskan untuk berehat sekejap di sini selama menunggu pukul 3.00 ptg. Sambil menghilangkan dahaga di sebuah restoran berhampiran sempat juga aku bercerita mengenai pekan simpang empat ni dangan Haji, yalah kan aku orang Kunak jadi promotelah sikit-sikitkan.Sebelum 3.00 petang kami meneruskan perjalanan ke Ladang Mostyn lebih kurang 2KM dari pekan tadi ke simpang ladang dan lebih kurang 1KM lagi sebelum sampai ke Pejabat pentadbiran Ladang. Pertama kali sampai kesini cukup menggembiran aku walaupun aku anak jati Kunak tapi aku tidak menyangka dari mini office ladang ini pemandangannya cukup memukau kerana dari sini kita akan dapat melihat hampir keseluruhan kawasan Pekan Kunak yang menghadap Laut Sulu. Lebih kurang 3.30 ptg kami sampai di tapak cadangan projek tersebut ditemani oleh En. Fazrool dan seorang lagi Asst. kawasan ini bagi aku boleh tahan sebab tidak berapa berbukit dan pokok sawit yang terpaksa dimusnahkan juga tidak terlalu besar dalam lingkungan umur pokok 3-4 tahun.Jam ditangan menunjukkan 4.15 petang, kami tidak boleh mengambil masa lama di Ladang Mostyn sebab ada satu tempat lagi yang harus kami lawat iaitu Ladang Binuang kebetulan Asst. tadi ada bagi tahu terdapat satu jalan pintas dari ladangnya jarak lebih kurang 18 Km masa perjalanan lebih kurang 30 minit. Haji dan saya nekad unyuk mencuba jalan tersebut walaupun pertama kali melaluinya. Selepas melalui Pondok keselamatan Polis bantuan kami tiba di pejabat ladang Binuang pada pukul 4.45 ptg, tapi hajat kami tersekat sedikit apabila orang yang kami ingin jumpa iaitu En. Iqbal Senior Asst. terlalu sibuk mujur ada Junior Asst. Mr. Mark yang bagi aku bukan seperti Asst. yang lain yang kurang mesra apabila kami menanyakan soalan, beliau lain sikit walau orangnya nampak gempal dan tinggi tapi layanan terhadap pelawat seperti kami harus diberi pujian.
Tepat jam 5.30 petang kami meninggalkan Ladang Binuang menuju ke Pekan Kunak bagi mengisi minyak dan berjumpa dengan Ibrahim seorang lagi senior supervisor kami yang menyelia satu lagi projek kami di Kunak Refinery kerana ada surat yang harus disampaikan kepadanya. Sebelum meneruskan perjalanan balik ke Sandakan kami singgah menghilangkan dahaga di Restoran Bilal dekat Bangunan Sapang di Pekan Kunak, tepat jam 6.12 ptg kami meneruskan perjalanan dan sampai di Sandakan tepat jam 9.30 malam, syukur kami selamat sampai setelah hampir satu hari dalam perjalanan, risau plak aku dengan anak bini di rumah.
Related Posts with Thumbnails