Pengikut

Khamis, September 15, 2011

WWII Japanese Bunkers at Kg. Pangi ?

Syukur akhirnya saya sampai juga ke tempat ini setelah hampir setahun lebih membuat perancangan, yang mana hati ini sudah terdetik sejak saya membaca sebuah artikel di blog Kunakpress tidak berapa lama dahulu. Benarkah objek bongkah ini adalah bekas Kubu Tentera Jepun semasa perang dunia ke-2 ?, itulah persoalan yang pertama bermain di fikiran sejurus penulis menyentuh bongkah ini buat kali pertamanya.
Diatas objek ini terdapat dua batang besi yang menghalah 45 darjah di dua sisi penjuru objek yang mana masing-masing menunjuk kearah timur laut dan tenggara. Setelah diamati dua batang besi tersebut adalah dari jenis Steel Rail Bar yang banyak digunakan dalam membuat mini landasan keretapi.

Manakala susunan batuan tersebut adalah dari jenis batuan lava gunung berapi yang mana memang sama dengan batuan-batuan di kawasan Pekan Kunak dan perkampungan sekitarnya termasuklah di ladang Mostyn.

Berdasarkan penelitian saya, kemungkinan ya ia memang sebuah kubu dan kemungkinan juga bukan. Berikut adalah ringkasan penjelasan saya:


1. Jika ia sebuah kubu mengapa di ke-empat-empat muka dinding batuan tersebut tidak terdapat sebarang rongga yang biasanya terdapat pada mana-mana kubu tentera jepun pada waktu tersebut?


2. Bahan binaan juga dibuat dari jenis batuan yang sangat rapuh, mustahil pada waktu itu bahan konkrit dan keluli belum wujud lagi ? (contoh kubu tentera jepun)


3. Tiada kesan atau tapak lain yang ditemui dalam radius kawasan Kg. Pangi yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan objek ini, melainkan ia memang mempunyai kaitan dengan trowong yang derdapat di Ladang Mostyn, mana tahu dibawah bongkah ini memang terdapat sebuah lagi laluan yang akan bersambung dengan trowong tersebut, sebab memang diketahui bahawa trowong di Mostyn tersebut memang mempunyai jarak yang cukup misteri.


Bagaimana pula dengan anda, adakah sebarang kemungkinan atau adakah penjelasan yang lain yang mungkin hanya yang benar-benar pakar dapat memberikan jawapan yang sebenarnya.

2 ulasan:

  1. Maybe put a sign to let people knows about it ... I went through Kunak few weeks ago but no knowledge of it .. Good to promote this site ...

    BalasPadam
  2. untuk pengetahun anda, ini bukannya apa apa kubu peningggalan Jepun. Ini cuma kaki tangki air pemilik kebun ini. sebahagian batu batu itu memang diambil dari mostyn dan sebahagiannya dari tapak perumahan taman kunakaya dan besi yang terdapat diatas tembok itu adalah bekas landasan kepunyaaan arwah Datuk Panglima Salim Bacho.

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails