Berikut adalah pendapat En. La Runa Lakile seorang Pegawai Perhubungan kepada Adun Kunak berhubungan asal usul nama Mostyn sebelum di tukar kepada Kunak pada 1960an melalui blog beliau iaitu Kunakian.
Peta Residensi Tawau pasca kemerdekaan Sabah (1963)
Kawasan Teluk Lahad Datu (Darvel Bay) termasuk Daerah Kunak ditinjau untuk pemetaan oleh Arthur Mostyn Field (1855-1950) pada tahun 1891. Beliau adalah Komander kepada Kapal HMS Egeria yang ditugaskan untuk melakukan pemetaan bagi pihak British North Borneo Company antara tahun 1890 hingga 1894. Oleh kerana pada masa itu, kawasan Daerah Kunak belum lagi mempunyai nama, maka ia diberi nama sempena nama Komander kapal tersebut.
Melihat kepada nama penuh Komander Kapal HMS Egeria tersebut, didapati Mostyn adalah nama tengah atau nama keluarga dari sebelah ibu. Timbul tanda tanya, kenapa kawasan tersebut tidak diberi nama Field, sempena nama keluarga sebelah bapa seperti lazimnya yang digunakan oleh orang-orang British ?.
Sir Arthur Mostyn Field dan HMS Egeria



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..