Pengikut

Selasa, September 13, 2011

TRAGEDI KEDAI BHARU 1998

Sumber Photo : Clarence Tong


Pada hari Jumaat 17 Julai 1998, satu kejadian litar pintas telah berlaku dalam salah satu unit kedai papan di Kedai Bharu Kunak yang mana dipercayai adalah Restoran hingga menyebabkan terjadinya satu tragedi kebakaran yang dianggap terbesar sekali pernah berlaku di Pekan Kunak hingga ke hari ini.

Namun begitu tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana sejak api bermula di tengah premis lagi, kesemua penghuninya telah menyelamatkan diri masing-masing. Kejadian tersebut juga telah merebak ke belakang kawasan premis tersebut menyebabkan sebuah banglo yang terletak terlalu hampir dengannya turut musnah dalam tragedi tersebut.

Pihak Bomba gagal menyelamatkan keseluruhan struktur bangunan kedai tertua di Pekan Kunak tersebut, kerana disebabkan oleh api yang marak terlalu cepat ditambah lagi cuaca panas dan berangin disamping hampir keseluruhan struktur binaan adalah diperbuat dari kayu.

Kini tapak bekas tinggalan Kedai Papan atau sinonim dengan panggilan Kedai Bharu ini telah dibangunkan, dengan empat unit bangunan konkrit dua tingkat yang diberi nama sebagai Kunak Plaza dan masih menjadi pusat tumpuan yang utama warga Kunak seperti masa lalu.

Manakala mangsa-mangsa peristiwa tersebut, telah berpindah ke tapak sementara di belakang Rumah Rehat Kerajaan tidak jauh dari lokasi kebakaran.

P/S : Waktu kejadian penulis masih di tingkatan 2 di SMK Kunak Jaya.....

Selasa, September 06, 2011

Pagi Aidilfitri di Kunak 2011


P/S : Saya dengan ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pengunjung semuakunak.blogspot.com walau dimana pun anda beraada......

Selasa, Ogos 23, 2011

Asrama Putera SMU Kunak Terbakar

Sumber Photo : Andi Ahmad & Ibrahim Tabir


Sebuah blok asrama putera di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Kunak musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi. (23/8/2011) .


Saksi-saksi kejadian melaporkan, api mula kelihatan pada 12.35 pagi manakala pihak Bomba yang datang dengan dua buah Jentera pemadam api telah sampai 15 minit kemudian bagi mengawal keadaan.


Seorang saksi juga berkata, hujan yang datang secara tiba-tiba telah turut mengurangkan api dari terus marak selepas sahaja kumpulan pelajar SMU Kunak yang juga mangsa kejadian melaungkan Azan.


Mujur tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut walaupun dikhabarkan kesemua mangsa gagal menyelamatkan barang-barang beharga atau peribadi mereka melainkan pakaian yang ada pada mereka sendiri tak kala seminggu dari sekarang satu Syawal bakal tiba.


Walaubagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan dan bantuan dari segenap lapisan masyarakat kini amat di perlukan.

Rabu, Ogos 10, 2011

SAAT CEMAS SANG GAJAH DI LADANG BINUANG

Berikut adalah saat-saat cemas Seekor Gajah Pygmy yang berhadapan dengan maut apabila mamalia tersebut terperangkap di-dalam kolam lumpur bekas gunung berapi beberapa bulan yang lepas. Lokasi kejadian adalah di Ladang Binuang 18 kilometer dari Pekan Kunak.

Mujur kakitangan dan pihak pengurusan ladang telah bertindak dengan pantas bagi menyelamatkan haiwan yang kian terancam ini dari mengalami maut, Syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat dan moga selepas ini pihak yang berwajip dapat mengambil langkah-langkah pencegahan agar kejadian seperti ini dapat dikurangkan/dielakkan pada masa akan datang.



Credit Photo to : Citra Masadi
P/S : Rasanya ini bukan kejadian yang pertama berlaku disini....cuba kita bayangkan sejak jutaan tahun dahulu hingga ke abad millenium ini, sudah berapa banyakkah haiwan dan segala makluk ciptaan-Nya suda terkubur di dalam lumpur ini.....tidak mustahil suatu hari nanti apabila riwayat kolam lumpur ini berakhir, maka kerja-kerja ekskavasi boleh dijalankan keatasnya dan mungkin harapan menemui haiwan purbakala yang terawet adalah tidak mustahil....mana tau ada bangkai T-rex disitu hehehe....sama-samalah kita nantikan jawapannya nanti.....

Related Posts with Thumbnails