Pengikut

Sabtu, Jun 07, 2014

GIANT CROC SHOT IN MOSTYN - 1969


Seekor buaya gergasi sepanjang 16 kaki yang ditemui oleh pihak pengurusan ladang BAL Mostyn di sebuah tasik disini, akhirnya tewas di tangan Mr. Bill Tully seorang pengurus ladang pada waktu itu dengan menggunakan senjata api milik beliau.


Selepas kejadian tersebut maka secara kebetulan pula kawasan pantai timur sabah telah mengalami fenomena banjir teruk yang berlarutan hingga berminggu-minggu di sesebuah kawasan tertentu, yang mana menurut kebanyakkan masyarakat setempat percaya bahawa malapetaka yang menimpa ini adalah disebabkan oleh pembunuhan buaya putih gergasi ini.


Kini tengkorak buaya tersebut telah dijadikan bahan pameran di sebuah rumah club yang berhadapan dengan Tasik Impian Mostyn, bagi mengenang kewujudan makluk pra-sejarah ini yang pernah menghuni bumi Kunak suatu ketika dahulu.

Kredit to : Eddy Sophian Pulle

Sabtu, Februari 09, 2013

Nostalgia di Kedai Papan 90an

Masa darjah satu dalam tahun 1991 dulu, seingat akulah hanya sekali arwah bapak hantar aku pergi sekolah itu pun waktu hari pertama pendaftarn sahaja dan selepas itu sepanjang tahun seterusnya aku jalan kaki sendiri ke sekolah sampailah aku tamat darjah enam di S.K. Pekan Kunak 1.

Waktu itu kebanyakkan budak sebaya aku yang tinggal di sekitar pekan Kunak dan Pangkalan khususnya lebih gemar berjalan kaki ke sekolah dan begitulah juga seterusnya apabila pulang ke rumah. Waktu itu antara laluan yang aku paling gemari adalah lorong pejalan kaki di depan kedai papan yang dibina seawal 1960an lagi kalau tidak silap berdasarkan cakap-cakap orang tua di Kunak. Sesungguh bagi mereka yang lahir sebelum 1990an amat merindui suasana deretan kedai papan ini.


Antara banyak-banyak kedai di kawasan ini, ada satu kedai papan yang paling conner sekali dan iaitu kedai runcit LOOI FAT maaf kalau salah ejaan. Sebuah kedai tempat aku dan rakan yang lain singgah untuk beli ais kindi yang didalamnya berisi asam jeruk, rojak buah dan alatan tulis. Selain itu kedai ini juga turut membeli dan menjual Ikan Kabus ( Haruan ).


Pada waktu-waktu tertentu kawasan ini selalunya meriah dengan pelbagai aktiviti seharian masyarakat Kunak. Terdapat pelbagai kedai yang menjual dan menyediakan jenis perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat Kunak turut terdapat disini, dari kedai runcit, jahitan, restoran, alat ganti kenderaan hingga pusat hiburan orang dewasa.


Antara kenangan waktu itu yang sukar aku lupakan adalah di sebuah kedai makan mamak yang terletak di tengah-tengah premis ini. Waktu itu selalunya selepas pulang dari sekolah atau dari main bola di padang pekan, kami akan singgah di kedai ini untuk minta seteguk air sejuk free di samping menonton wayang gusti yang juga free hehehe.....

Sehinggalah kejadian di siang hari pada 1998...........


Kini Kedai Papan penuh nostalgia zaman kanak-kanak sudah tiada lagi, ia sudah digantikan dengan dua baris blok rumah kedai dua tingkat yang diberi nama 'Kunak Plaza'.

Sesungguhnya segala apa yang didunia ini tidak semestinya akan selalu kekal selamanya, perubahan dan pembangunan akan selalu seiring dengan arus perubahan masa yang kadang akan meninggalkan kita entah bila ia akan menjelma....

Credit Picture : El Hartono

Khamis, Januari 31, 2013

Coins Swimmer at 50s

Di suatu sudut kawasan Log Pond di Pangkalan Mostyn, beberapa kanak-kanak lelaki sedang bermandi-manda sambil menunjukkan bebrapa aksi akrobatik dari titian kayu balak yang dibina sementara sebelum menungguh giliran untuk di punggah di atas kapal kargo. Suasana hari itu tidaklah sesibuk seperti hari-hari biasa, beberapa hari yang lepas sebuah kapal pengankut baru sahaja selesai memunggah beratus guni abaca dari Mostyn Estate hanya beberapa batu dari pelabuhan ini.


Berbalik dengan kumpulan kanak-kanak tadi, seorang darinya tertarik kearah kapal kami hingga mengabaikan faktor keselamatan yang mana kemalangan bisa saja terjadi dek kerana arus kapal di kawasan itu. Seperi magnet kumpulan itu dengan menggunakan perahu tradisi bingkas meluru ke arah tepi kapal, persoalan apa yang kanak-kanak ini rebutkan. Rupanya-rupanya beberapa anak kapal sedang melemparkan syiling kearah laut dan kedengaranlah hiruk pikuk suara kanak-kanak tersebut yang keasyikan sambil berebut hingga ada yang sanggup menyelam bagi mendapatkannya.

Seorang anggota Kastam yang datang dari Lahad Datu barangkali mengesan kejadian itu bingkas memekik agar tindakan anak kapal itu dihentikan. En. Pang memberitahu memang beginilah gelagat kanak-kanak di pelabuhan ini yang rata-ratanya adalah anak-anak pekerja disini yang sanggup mengambil resiko demi keseronokan.


Rabu, Januari 09, 2013

FOTO TERAWAL KUNAK ( TAHUN 1909 )

Berikut adalah dua foto kawasan perairan daerah Kunak dan beberapa gugusan Pulau di sekitarnya yang dirakam lebih 100 tahun yang lalu.

Pada pendapat penulis, barangkali hanya ini sahaja foto yang terawal yang pernah dirakamkan oleh pihak North Borneo Chartered Company pada ketika itu, ini disebabkan adalah agak mustahil foto-foto lain dapat dirakamkan kerana kawasan darat Kunak pada ketika itu masih diliputi oleh hutan belantara yang tebal dan potensinya sebagai tapak pertanian yang subur juga belum dihidu oleh mereka.

Mostyn (nama Kunak dulu) hanya diterokai bermula tahun 1930an untuk tujuan tanaman Tembakau.




Sumber : The National Archive , UK.
Related Posts with Thumbnails