Pengikut

Selasa, Julai 26, 2016

10 Fakta Tentang Kependudukan Jepun di Mostyn



Tahukah kita khususnya orang Kunak, masyarakat Imigran Jepun sudapun bertapak di Mostyn atau Kunak pada hari ini seawal selepas perang dunia pertama lagi, cumanya keberadaan mereka tidaklah bertahan lama, ini kerana selepas perang dunia ke-2 berakhir, mereka telah dihantar pulang kenegara asal mereka.


Nah berikut ini aku sertakan 10 fakta yang menarik bagi akulah.... tentang masyarakat jepun di bumi Kunak ini sewaktu ketika zaman sebelum dan selepas perang.

1. Pada pertengahan tahun 1938, pihak kerajaan Jepun telah memperkenalkan satu program membasmi kemiskinan dikalangan warganya yang tidak mempunyai modal dan tanah untuk bertani, dan program itu ialah dengan menempatkan mereka di tanah-tanah milik syarikat rakyat jepun di Borneo utara yang dipajakkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

2. Pada March 1941 terdapat 15 keluarga yang pertama yang dijadikan kumpulan perintis untuk 'program khas' kerajaan Jepun ini untuk kawasan Mostyn, akan tetapi hanya lima yang dapat bertahan yang selebihnya angkat kaki dan pulang semula ke jepun. Mereka yang bertahan ini sebelum dibenarkan membuka ladang di Mostyn, terlebih dahulu sebelumnya mereka akan ditempatkan di Kuhara Estate selama 3 tahun bagi mengetahui selok-belok bagaimana menukar hutan tebal kepada ladang pertanian serta menguruskannya.

3. Untuk memudahkan aktiviti seharian mereka disana, pihak Gabenor general syarikat di Taiwan juga telah menyediakan setiap keluarga berupa pinjaman keuwangan dan pemberian lot-lot ladang yang berkeluasan 25 ekar setiap keluarga dan beberapa orang tempatan yang bergaji sebagai pembantu mereka.


3. Jadi apa diorang buat dengan tanah 25 ekar itu?, nah disinilah bermulanya penanaman pokok seperti pisang yang dikenali sebagai Abaka... atau Lanut atau Manila Hemp di Mostyn. Memandangkan tempoh menunggunya yang lebih singkat untuk dituai iaitu dalam 18 bulan jika dibandingkan dengan kelapa atau getah yang memakan masa bertahun untuk membuahkan hasil. lagipun Abaka pada masa itu adalah komoduti eksport yang menguntungkan terutamanya untuk industri perkapalan.

4. 1hb September 1941, Syarikat Nissan Norin yang berpangkalan di Kuhara Esatate Tawau telah membina sebuah sekolah rendah di Mostyn bagi kemudahan keluarga dan anak-anak penoraka ini yang mana sistem pembelajarannya mengikut sukatan kebangsaan jepun.


5. 16hb Mei 1942, Perang telah meletus dan seluruh Borneo Utara jatuh ketangan tentera jepun, suasana ini disambut kegembiraan oleh sebilangan besar imigran ini, dan ada diantaranya telah turut serta menyertai tentera jepun sekaligus bertindak sebagai askar kerajaan di kawasan Mostyn.

6. 12hb Ogos 1942, Tentera Jepun mula merancang memperkenalkan skim penanaman padi di kawasan Mostyn yang berpotensi, ia bagi memenuhi permintaan bahan makanan kepada tentera Jepun di Pantai Timur, akan tetapi rancangan ini tergendala kerana faktor kurangnya kesesuaian tempat dan rakyat tempatan yang kurang berminat, dikhabarkan kebanyakkan dari mereka bersembunyi di pulau-pulau sekitar.

7. Mostyn pada ketika ini juga dijadikan sebagai sub-tahanan dan pengumpulan rakyat tempatan yang mereka rasakan adalah musuh mereka, majoritinya adalah orang cina yang dulunya rapat dengan British. Mereka dijadikan pengankat barang keperluan tentera jepun dari Tawau ke Mostyn.

8. 20hb Disember 1943. Mostyn telah berterusan menerima kedatangan imigran dari jepun dan keluasan ladang Abaka juga bertambah, pada ketika ini juga adalah dianggarkan seramai 784 orang Jepun telah mendiami kawasan Mostyn tidak termasuk lebih 3000 orang yang terdiri daripada pekarja, tawanan perang dan penduduk tempatan. Mostyn pada ketika ini tidak lebih seperti sebuah pekan di jepun.

9. 9hb Ogos 1945. Serangan bom udara dari Pasukan RAAF No.78 Kittyhawk Fighter Squadron dari pihak Perikatan telah melemahkan sepenuhnya sistem pertahanan tentera Jepun di Mostyn


10. 8hb Disember 1945. Berita mengenai kekalahan tentera Jepun di lautan pasifik kepada tentera Amerika telah sampai ke komuniti ini dan sebahagian saki baki tentera Jepun yang setia. Akhirnya kebanyakkan dari mereka semua menyerah kalah dan dihantar ke Pulau Berhala di Sandakan sebelum dihantar pulang ke Jepun, manakala yang selebihnya bertindak nekad membunuh diri.


Sumber: dari buku Japan as the Occupier, Christine de Matos, Jun 2015

Khamis, Februari 05, 2015

TINGKAYU RIVER - 1930s


Foto tahun 1930an ini dirakam oleh Dr. E. Wenk, seorang pengembara dari Switzerland.

Kredit to : North Borneo Philately

Sabtu, Jun 07, 2014

GIANT CROC SHOT IN MOSTYN - 1969


Seekor buaya gergasi sepanjang 16 kaki yang ditemui oleh pihak pengurusan ladang BAL Mostyn di sebuah tasik disini, akhirnya tewas di tangan Mr. Bill Tully seorang pengurus ladang pada waktu itu dengan menggunakan senjata api milik beliau.


Selepas kejadian tersebut maka secara kebetulan pula kawasan pantai timur sabah telah mengalami fenomena banjir teruk yang berlarutan hingga berminggu-minggu di sesebuah kawasan tertentu, yang mana menurut kebanyakkan masyarakat setempat percaya bahawa malapetaka yang menimpa ini adalah disebabkan oleh pembunuhan buaya putih gergasi ini.


Kini tengkorak buaya tersebut telah dijadikan bahan pameran di sebuah rumah club yang berhadapan dengan Tasik Impian Mostyn, bagi mengenang kewujudan makluk pra-sejarah ini yang pernah menghuni bumi Kunak suatu ketika dahulu.

Kredit to : Eddy Sophian Pulle

Sabtu, Februari 09, 2013

Nostalgia di Kedai Papan 90an

Masa darjah satu dalam tahun 1991 dulu, seingat akulah hanya sekali arwah bapak hantar aku pergi sekolah itu pun waktu hari pertama pendaftarn sahaja dan selepas itu sepanjang tahun seterusnya aku jalan kaki sendiri ke sekolah sampailah aku tamat darjah enam di S.K. Pekan Kunak 1.

Waktu itu kebanyakkan budak sebaya aku yang tinggal di sekitar pekan Kunak dan Pangkalan khususnya lebih gemar berjalan kaki ke sekolah dan begitulah juga seterusnya apabila pulang ke rumah. Waktu itu antara laluan yang aku paling gemari adalah lorong pejalan kaki di depan kedai papan yang dibina seawal 1960an lagi kalau tidak silap berdasarkan cakap-cakap orang tua di Kunak. Sesungguh bagi mereka yang lahir sebelum 1990an amat merindui suasana deretan kedai papan ini.


Antara banyak-banyak kedai di kawasan ini, ada satu kedai papan yang paling conner sekali dan iaitu kedai runcit LOOI FAT maaf kalau salah ejaan. Sebuah kedai tempat aku dan rakan yang lain singgah untuk beli ais kindi yang didalamnya berisi asam jeruk, rojak buah dan alatan tulis. Selain itu kedai ini juga turut membeli dan menjual Ikan Kabus ( Haruan ).


Pada waktu-waktu tertentu kawasan ini selalunya meriah dengan pelbagai aktiviti seharian masyarakat Kunak. Terdapat pelbagai kedai yang menjual dan menyediakan jenis perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat Kunak turut terdapat disini, dari kedai runcit, jahitan, restoran, alat ganti kenderaan hingga pusat hiburan orang dewasa.


Antara kenangan waktu itu yang sukar aku lupakan adalah di sebuah kedai makan mamak yang terletak di tengah-tengah premis ini. Waktu itu selalunya selepas pulang dari sekolah atau dari main bola di padang pekan, kami akan singgah di kedai ini untuk minta seteguk air sejuk free di samping menonton wayang gusti yang juga free hehehe.....

Sehinggalah kejadian di siang hari pada 1998...........


Kini Kedai Papan penuh nostalgia zaman kanak-kanak sudah tiada lagi, ia sudah digantikan dengan dua baris blok rumah kedai dua tingkat yang diberi nama 'Kunak Plaza'.

Sesungguhnya segala apa yang didunia ini tidak semestinya akan selalu kekal selamanya, perubahan dan pembangunan akan selalu seiring dengan arus perubahan masa yang kadang akan meninggalkan kita entah bila ia akan menjelma....

Credit Picture : El Hartono
Related Posts with Thumbnails