Pengikut

Rabu, September 30, 2009

Drama bersiri " MADAI MENANTI "

Sejak 1 Mei 2009 yang lalu, para pelakon dan rombongan produksi untuk drama bersiri RTM bertajuk MADAI MENANTI telah berkampung di Rumah Rehat Kerajaan (Rest House) Kunak. Drama bersiri 13 episod ini adalah hasil arahan Malek Rahman manakala skrip oleh Zabidi Mohammed, jurukamera oleh Suhaimi @ Gawai terbitan penerbit Norsahar Ahmad dari Immortelle Cretive Sdn Bhd yang telah banyak menerbitkan drama dan membekal program dokumentari untuk RTM.

Cerita ini mengisahkan tentang lagenda dan kehidupan masyarakat Idahan di Lahad Datu yang mewarisi Gua Madai yang kaya dengan hasil Sarang Burung dan tentang lagenda Nenek Apoi, iatu orang yang pertama menemukan Gua Madai.Konflik kisah ini bermula bila Talib selaku anak angkat tiba-tiba datang untuk menuntut warisan kawasan Sarang Burung di Gua Madai yang menjadi punca perbalahan dengan kedua abang tiri nya Hj. Kasim dan Damang hingga sampai ke tahap menghadap Ketua Adat dan Mahkamah Anak Negeri daerah. Anak saudara Talib, Nordin Hj Kasim adalah A.D.O di daerah tersebut yang serba salah dengan bapa-bapa saudaranya yang tidak sehaluan.
Di masa yang sama juga Nordin adalah kekasih kepada Hamidah anak Pak Utoh yang sangat bemusuh dengan Damang bapa saudara Nordin. Kehadiran pelajar pelatih bernama Norsiah yang membuat kajian tentang Gua Madai telah menerbitkan bibit-bibit cemburu dalam percintaan Nordin dan Hamidah. Masalah sampingan lain adalah hadirnya perniagaan gelap Sarang Burung yang didalangi oleh Mastor dan konco-konco nya Kasmat, Tukik dan Beladang yang sering mencerobohi kawasan Sarang Burung Damang.Bagaimanakah kesudahannya?…. Di akhir cerita ini Talib, Hj Kasim, Damang dan Pak Utoh telah berbaik-baik dan berdamai akibat suatu tragedi yang menimpa Damang. Untuk mengetahui jawapannya , saksikanlah drama bersiri ini yang dijangka siarannya pada bulan September ini di saluran RTM.

Drama ini juga telah menggabungkan pelakon-pelakon dari Pantai Barat (Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Papar) dengan pelakon-pelakon dari sebelah Pantai Timur (Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu).
Antara pelakon-pelakon yang menjayakan drama bersiri ini adalah Ebi Kornelis (AF5) sebagai Nordin seorang Penolong Pegawai Daerah (ADO), Naufarah Yasin sebagai Hamidah, Leez Rosli (AF4) sebagai Norsiah, Rashideman @ Dihsarludba sebagai Haji Kassim, Masti Inongan Hj. Suin sebagai Rohani, Mohamed. Hj. Salleh @ Mat Kongo sebagai Hj. Osman, Hasnah Ibrahim sebagai Purnama, Awang Karim Kadir sebagai Talib, Arbaya Bt. Suni sebagai Intan, Nandra Hitong sebagai Damang, Mohd Noor Makbul sebagai Tukik, Asmawa Adol sebagai Kasmat, Arman Marasal sebagai Madin, Umai sebagai Rusiah, Evelene Stephene Mingkong sebagai Saleha, Datu Halun Datu Karim sebagai Pak Utoh, Jifrun Baidullah sebagai Beladang, Razali Hj. Tatan sebagai Masdoq, Adik Azhari Azizi sebagai Salim, Rosle Yunos sebagai Z, Norsahar Ahmad sebagai Pegawai Daerah (D.O), Marlin Malalin sebagai Mastor seorang broker Sarang Burung dan Jamil Aziz sebagai samseng dari Sandakan.

INFO : TAWAUBLOGGER

Selasa, September 29, 2009

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG II

Pelabuhan Nelayan Pasar Ikan di Kg. Pangkalan, mau roboh sudah jambatan tu...


Kerja-kerja naik taraf Pelabuhan Kunak 2006, masa ni aku tukang jaga Piling lagi untuk paip line...


Pekan Simpang Empat, bakal membangun


Panorama sekitar Pekan Kunak awal 90-an, sekarang bangunan papan di kanan gambar ni sudah tiada lagi akibat kebakaran tahun 1998 masa tu aku Tingkatan 2 lagi di SMKKJ, ia sudah ditukar ke 4 blok bangunan batu pada tahun 2000 dan diberi nama Kunak Plaza.


Pemandangan di hadapan Laut Kunak yang menghadap Laut Sulu, mungkin ada pulau dulu disini kan.....?


Sapa kenal diorang ni?...ha ni la geng-geng pasar ikan yang setia dengan Kg. Pangkalan dan sentiasa sudi menghiburkan para tetamu yang datang berdagang


Adik sapa la ni.....ha ni la warna-warni penghuni Kg.Pangkalan

PANORAMA DAERAH KUNAK

Kilang Penapis Minyak Kelapa Sawit atau Kunak Refinery ni mula dibina pada 2004 dan siap sepenuhnya pada 2006. Ianya dimiliki oleh syarikat GLC negeri iaitu Borneo Samudera dan Sawit Kinabalu Bhd. Tapak kilang ini dulunya ialah kawasan terumbu karang yang kaya dengan sumber makanan laut dan menjadi lokasi memburu pelbagai jenia siput makan yang amat beharga. Disamping itu pembinaan kilang ini juga telah sedikit sebanyak menyekat aliran air pasang surut yang mengakibatkan kerosakkan teruk pada Hutan Simpan Paya Bakau di belakang kilang ini.


Subuh di Kg. Buang Sayang, foto ni aku pinjam dari c mazuin...sory geng...

S.K. Pangi yang terletak bersebelahan dengan Pantai Sarina, foto ni aku ambil sewaktu Perkhemahan Pengakap Daerah Kunak ke-4, 2007 dari atas bukit.

Foto ni diambil dari atas puncak tangki simpanan minyak sawit mentah CPO Sime Darby, yang berhampiran dengan pelabuhan Kunak, Kg. Pangkalan dan Balai Polis Daerah di selatannya. Kelihatan sebuah perahu bagang sedang berlabuh dikawasan ini bagi tujuan penyelenggaraan.

Panorama subuh hari di Pelabuhan Kunak ( Kunak Jetty )

S. K. Kg. Selamat Kunak ini sebenarnya jauh dari tempat asalnya, iaitu jaraknya lebih kurang 6 KM. Sepatutnya Sekolah ni diberi nama SK Kg. Getah sempena nama kampung tempat tapak sekolah ini.

Jika anda ke Jeti Pasar Ikan di Kg. Pangkalan, anda pasti menikmati pemandangan seperti ini. Pulau di depan ini dikenali sebagai Pulau Timbun Mata.

Panorama dari Bukit batu kapur Madai (Gua Madai).....keunikannya tidak dinafikan lagi


Perumahan JKR lama Kunak, mungkin JKR dulu disini la kan...



Pusat Pekan Kunak, foto ni diambil dari menara pencawang Telekom kalu aku tidak silap la...



Nilah Masjid utama di Pekan Kunak boleh menampung hampir 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ini adalah bangunan Kunak Plaza yang dibina bagi menggantikan bangunan kedai papan yang hangus terbakar pada 1998. Masih lagi aku teringat di hujung kedai papan tersebut ada kedai bernama 'Loi Pat' tempat aku dan kawan-kawan yang lain membeli makanan ringan, menurut masyarakat setempat bangunan kedai papan ini sudah wujud sejak 1960 lagi.

Pasar Ramadan di Pekan Kunak 2008, meriah geng.....


Pintu masuk ke Pekan Kunak, pelbagai papan tanda dibina bagi menarik setiap pengunjung agar singgah ke pekan ini.


Salah satu Bangunan yang terawal di Pekan Kunak, dibawah tu Kedai Perabot dan Elektrik Alagar tempat orang CCM....

Wah mendung la nak hujan ni....cepat....apa pun selamat Hari Kemerdekaan, kelihatan bangunan S.K. Pekan Kunak sekolah lama ku


Bangunan Sapang Kunak.....kelihatan mungkin Makcik ni mau pigi Bilal kali...

Cemerlang diorang ni.....ni la Astaka Padang Pekan Kunak yang baru


Pasar Sayuran dan Buah-buahan di belakang Dewan Komoniti Kunak, dulunya para penjajah sayuran ni bertempat di Kg. Pangkalan tapi oleh kerana faktor kesesakan dan kebersihan maka mereka dipindahkan kesini.

Jumaat, September 25, 2009

Mee Goreng Terkenal di Kunak

Suasana di restoran Muhibbah Kg. Pangkalan Kunak

Cuti raya baru-baru ini penulis berkesempatan berkunjung kesalah sebuah Restoran yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Pekan Kunak khususnya Kampung Pangkalan, iaitu Restoran Muhibbah atau lebih dikenali sebagai Restoran Mee Si Kimyuk di kalangan penduduk tempatan.
Menariknya tentang restoran ini, walaupun pengusahanya berbangsa Tiongha namun para pengunjung yang datang menikmati hidangan Mee goreng disini adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sejak 24 tahun yang lalu. Walaupun terpaksa bersaing dengan bermacam jenis restoran yang ada di sekitar pekan kunak namun keistimewaan yang ada pada hidangan mee gorengnya sedikitpun tidak menjejaskan pengunjung yang datang hinggakan pelanggan harus berbaris menunggu giliran jika hendak merasai kenikmatan mee goreng restoran ini.
Bermacam jenis hidang mee goreng yang disediakan seperti Mee Telur, Mee Taufu, Mee Ayam, Mee Ikan dan Mee Campuran lain. malah harga yang dikenakan juga cukup berpatutan.
Jipri Gulam Seorang Guru dari Semporna yang hendak ke Kota Kinabalu singgah transit sekejap di restoran ini walaupun terpaksa melalui keadaan jalan raya yang sesak pada waktu pagi di sepanjang laluan masuk ke kampung Pangkalan ini berkata, sudah menjadi rutin beliau sejak 10 tahun yang lalu akan singgah sekejap ke restoran ini bagi menikmati hidangan mee goreng disini.
Related Posts with Thumbnails