Pengikut

Selasa, Jun 28, 2011

Photo From The Past : Pangkalan Mostyn 1962

Ini adalah foto mendiang Prebet Alan Sutherland seorang anggota Tentera Laut Diraja British yang bertugas di perairan Kunak, sewaktu menjalankan operasi memerangi lanun di Teluk Darvel pada 1962.

Tempat beliau berdiri ini adalah dipercayai dimana Balai Polis Kunak berada sekarang. Jika dilihat pada foto ini, tentu saja kita sukar untuk membayangkan suasana balai polis tersebut seperti hari ini kerana pada waktu itu hanya sebuah Pondok Post pengawal sahaja yang disediakan.

Dibelakang tempat prebet Alan berdiri jelas kelihatan serpihan-serpihan kayu balak yang tidak digunakan lagi, dimana pada waktu itu jelas kawasan Pangkalan Mostyn ( sekarang Kg. Pangkalan ) dan sekitarnya adalah tempat pemprosesan dan pengumpulan kayu balak sebelum dihantar ke Pulau Bohayan atau di eksport ke luar negara.

Khamis, Jun 16, 2011

NURGAJIR NOOR : Pelukis Kaligrafi Kebanggaan Kunak

Nurgajir Noor atau sinonim dengan panggilan 'Gajir' sahaja bagi kebanyakkan rakan yang mengenalinya, kini suda boleh meniti bibit kejayaan dalam industri seni lukis dan kaligrafi tanah air yang diceburinya dan tidak mustahil sedikit waktu lagi mungkin beliau akan sebaris dengan nama-nama besar dalam industri ini.

Siapa sangka anak jati kelahiran Kg. Pangkalan Kunak yang lahir pada 13hb May 1982 ini, sememangnya satu permata yang amat membanggakan warga Kunak dengan hasil-hasil lukisan yang berteraskan seni kaligrafi islam yang memukau ribuan penggemar seni ini di negara kita.

Melihat kepada konsep yang diterapkan oleh beliau dalam penghasilan karya seninya, tidak mustahil akan menarik lebih ramai lagi golongan-golongan anak muda di luar sana agar lebih menghargai seni islam ini yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kurang mendapat sambutan dari segi komersial dan buktinya kini kemana sahaja beliau membuat pameran di seluruh negara sambuatan dari pelbagai lapisan masyarat amat memberansangkan.

Semoga dengan kejayaan beliau ini akan memberi semangt kepada kita khususnya anak-anak muda di Kunak agar dapat menyedarkan kita agar lebih beruasaha dalam apa bidang sekalipun yang kita ceburi sehingga membuahkan hasil yang diimpikan.

Dipihak saya semoga saudara Nurgajir dapat meneruskan usaha murni beliau dan mendapat keberkatan dari-Nya.


Antara hasil karya beliau


Petikan dari Akbhar Sinar Harian keluaran Feb. 2011

Jumaat, Mei 27, 2011

Teratak Beratap Biru

Awal bulan ini saya balik ke kampung lagi. Walaupun baru beberapa bulan lepas rasanya saya balik ke Kunak tapi macm setahun suda tak balik, rindu-rinduan saya dibuatnya.

Jadi atas kelapangan dua hari tersebut di Kunak, maka saya tidak akan sekali-kali melepaskan sebarang peluang masa yang ada untuk cuba menyelusuri daerahku yang indah ini. Maka tempat yang saya pilih kali ini ialah Pantai Buang Sayang atau sinonim juga dengan panggilan Pantai Sejati yang saya sendiri pun tidak berapa tahu sangat tentang sejarah tempat ini hinggakan ia digelar seindah bahasa rupanya.

Seingat saya ini adalah kunjungan saya yang kedua ke tempat ini, kali pertama sewaktu di bangku sekolah dahulu pada 1998 bersama rombongan rakan sekelas seingat saya. Kali ini saya ditemankan oleh seorang sahabat lama yang memang arif tentang kawasan ini, namanya Jumat seorang perunding motivasi yang amat petah berkata-kata sesuai sangat dengan kerjayanya.

Jumat membawa saya ke tempat yang dituju dengan menggunakan satu laluan yang sempit tepi bukit tetapi dengan jalan yang agak baik iaitu sedikit bertar, pelik juga rasanya jalannya cantik tapi agak jarang sekali rumah yang ada dilaluan ini hingga kami sampai di satu tempat yang lapang dan pemandangan yang indah menghadap laut Sulawesi.

Dalam perjalan meneruni anak bukit ke Pantai Sejati, kami telah terserempak dengan sebuah Bangunan tinggal beratap biru lengkap dengan kemudahan paip pvc air dan tandas disebelahnya tetapi tidak berfungsi lagi seperti sudah agak lama ia ditinggalkan. Menurut sahabat saya tadi dulunya bangunan ini didiami oleh Pasukan Polis Marin yang dilengkapi dengan kemudahan Jeti pendaratan bot tetapi tidak diketahui sebab pasukan Marin ini meninggalkanya.

Disebabkan ketiadaan pasukan itu suda, makan tempat ini telah terbiar dengan sebegitu rupa dimana menurut sahabat tadi, satu persatu alat binaan seperti kayu beruti dan tiang untuk jeti dan banguna lesap entah kemana. Kalau dilihat dari rupa barang-barang tersebut seperti atap zink semuanya masih dalam keadaan yang baik tetapi kenapakah ini semua dibiarkan begitu sahaja, sedih.. ramai lagi warga kunak yang mungkin atap rumahnya tidak sesempurna bangunan ini.

Seterusnya kami menuju ke pantai, tapi sayang masa kami sampai kesana air mulai pasang dan hampir kesemua tebingan pantai digenangi oleh air laut. Sebenarnya antara tujuan saya kesana ialah untuk melihat dengan mata saya sendiri iaitu rupa pokok Santigi yang istimewa menurut sahabat di semenanjung, dan yang istimewanya ia hanya terdapat di Teluk Darvel dan tempat yang saya baru kenal pasti ialah disini di Pantai Sejati.

Menurut pengamatan saya pada sekeping gambar hitam putih dalam tahun 1960, lokasi tebingan pantai ini suatu ketika dahulu dipenuhi dengan tumbuhan santigi dan sekarang mungkin hanya beberapa pohon yang tinggal dimana ia boleh bertahan hidup sehingga 500 tahun lamanya. Harap kunjungan saya seterusnya kesini akan dapat menemukan saya dengan pohon tua ini.
Related Posts with Thumbnails