Pengikut

Khamis, Januari 31, 2013

Coins Swimmer at 50s

Di suatu sudut kawasan Log Pond di Pangkalan Mostyn, beberapa kanak-kanak lelaki sedang bermandi-manda sambil menunjukkan bebrapa aksi akrobatik dari titian kayu balak yang dibina sementara sebelum menungguh giliran untuk di punggah di atas kapal kargo. Suasana hari itu tidaklah sesibuk seperti hari-hari biasa, beberapa hari yang lepas sebuah kapal pengankut baru sahaja selesai memunggah beratus guni abaca dari Mostyn Estate hanya beberapa batu dari pelabuhan ini.


Berbalik dengan kumpulan kanak-kanak tadi, seorang darinya tertarik kearah kapal kami hingga mengabaikan faktor keselamatan yang mana kemalangan bisa saja terjadi dek kerana arus kapal di kawasan itu. Seperi magnet kumpulan itu dengan menggunakan perahu tradisi bingkas meluru ke arah tepi kapal, persoalan apa yang kanak-kanak ini rebutkan. Rupanya-rupanya beberapa anak kapal sedang melemparkan syiling kearah laut dan kedengaranlah hiruk pikuk suara kanak-kanak tersebut yang keasyikan sambil berebut hingga ada yang sanggup menyelam bagi mendapatkannya.

Seorang anggota Kastam yang datang dari Lahad Datu barangkali mengesan kejadian itu bingkas memekik agar tindakan anak kapal itu dihentikan. En. Pang memberitahu memang beginilah gelagat kanak-kanak di pelabuhan ini yang rata-ratanya adalah anak-anak pekerja disini yang sanggup mengambil resiko demi keseronokan.


Rabu, Januari 09, 2013

FOTO TERAWAL KUNAK ( TAHUN 1909 )

Berikut adalah dua foto kawasan perairan daerah Kunak dan beberapa gugusan Pulau di sekitarnya yang dirakam lebih 100 tahun yang lalu.

Pada pendapat penulis, barangkali hanya ini sahaja foto yang terawal yang pernah dirakamkan oleh pihak North Borneo Chartered Company pada ketika itu, ini disebabkan adalah agak mustahil foto-foto lain dapat dirakamkan kerana kawasan darat Kunak pada ketika itu masih diliputi oleh hutan belantara yang tebal dan potensinya sebagai tapak pertanian yang subur juga belum dihidu oleh mereka.

Mostyn (nama Kunak dulu) hanya diterokai bermula tahun 1930an untuk tujuan tanaman Tembakau.




Sumber : The National Archive , UK.

Sabtu, Mac 31, 2012

Padang Pekan Kunak at 1982

Berlatar belakangkan mini dewan Pejabat Daerah Kunak yang dulunya dibawah seliaan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan gelanggang bola keranjang disebelahnya.

Photo ini diambil pada bulan April 1982 bersempena dengan pelancaran Unit Peronda Lebuh Raya yang pertama di Sabah.

Kredit : Datuk Clement Jaikul

Rabu, Februari 22, 2012

Uniknya Tetingkap Bumbung di Pangkalan, Kunak



Pernahkah anda melihat rupabentuk tetingkap ini ditempat lain ?. Penulis pasti agak sukar rasanya untuk kita dapat melihat tetingkap seperti ini lagi di kawasan-kawasan lain khususnya di negeri Sabah, ini kerena rekabentuk ini hanya wujud pada bangunan-banguan rumah kedai papan lama pasca kemerdekaan negeri Sabah sahaja.


Mengikut pengamatan penulis, ia direka sebegitu rupa untuk menerangi ruang tengah premis pada waktu siang yang sedikit gelap dek kerana kiri dan kanan bangunan ini yang disusun rapat mengakibatkan jendela pada dinding agak mustahil untuk dibina.


Cara ia berfunsi pula adalah dengan menggunakan sistem tali takal yang mudah, dimana kedua-dua hujung bilah tetingkap ini akan diikat bagi memudahkan pengemudi menariknya sama ingin membuka atau menutupnya semula.


Photo yang penulis selitkan di atas adalah dipercayai restoran yang terawal wujud di Kg. Pangkalan Kunak yang dulunya dikenali sebagai Pangkalan Mostyn sewaktu aktiviti pembalakan di bumi Kunak berada di zaman kegemilangannya.


Pemilik asal premis ini dikatakan bernama Pak Santiung gelaran bagi penduduk tempatan, penulis kurang pasti nama sebenar beliau dan beliau juga dikatakan seorang berbangsa cina muslim.
Related Posts with Thumbnails