Pengikut

Ahad, November 22, 2009

Projek Ladang Rumpai Laut di Kunak

Felda akan memulakan Projek Pengkulturan Rumpai Laut di daerah Kunak bermula tahun depan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek itu melibatkan rakyat daerah ini yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.

"Empat daerah dipilih untuk projek perintis iaitu Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kudat. Projek ini akan bermula di Semporna dengan keluasan 200 hektar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi taklimat Program Pembangunan Felda Sabah di Sutera Harbour di sini hari ini.

Katanya lagi, projek itu yang meliputi empat daerah dijadualkan siap sepenuhnya pada 2020 dan mereka yang terlibat dinamakan sebagai peneroka laut.

sumber: utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails