Pengikut

Sabtu, Januari 23, 2010

Kilang Sawit Tertua di Borneo

Kilang Sawit Mostyn ini dibina pada 1950 dan memulakan operasinya yang pertama pada 1952, yang mana pada masa itu Kilang menjalankan dua proses produknya iaitu Abaka atau Manila Hem dan kelapa sawit.



Sabtu, Januari 16, 2010

HANYA TAPAK CHIMNEY INI YANG TINGGAL

Tapak Asas Cerobong Asap ( Chimney Foundation)
Tapak bekas Cerobong Asap ini adalah satu-satunya kesan peninggalan Industri kayu balak di Kg. Pangkalan yang masih tinggal, dimana ia dikatakan dibina pada 1959 oleh Syarikat Pembalakan dari Eropah.

Diawal tahun 1990-an, seingat penulis hampir 40% struktur Chimney ini dapat dilihat bentuknya yang mana ia dibina dari kepingan keluli yang paduh dan disokong oleh beberapa potongan kayu balak yang besar.

Tatapi sayang sewaktu kepulangan penulis ke Kg. Pangkalan baru-baru ini, hanya tapak concrete ini yang tinggal. Beberapa orang yang berniaga di kawasan ini memberi tahu, kerancakkan aktiviti besi buruk pada tahun 2003 telah menjadikan satu-satunya tanda mata sejarah kampung ini musnah begitu sahaja.

Sedikit info yang penulis sempat selidiki ketika ini ialah, diantara tahun 1940 hingga 1960an, Kampung Pangkalan, Kunak pada ketika itu hanyalah sebuah tapak kem pengumpulan dan pemprosesan hasil kayu balak sebelum kedatangan Imigran dari Selatan Filipina, Indonesia dan China.

Jumaat, Januari 15, 2010

Peninggalan Tentera Jepun di Kunak

Ini adalah tinggalan tiang bangunan tentera Jepun yang telah musnah dibedil oleh pihak Perikatan RAAF Kittyhawk Fighter Squadron yang berpangkalan di Utara Australia pada 9th August 1944.

Dulunya kawasan ini menempatkan beberapa deretan bangunan kubu tentera Jepun yang tidak ketahui secara langsung tentang fungsinya, samaada Store senjata atau Pusat tahanan perang.
Bangunan ini bukanlah dibina oleh tentera Jepun, tetapi sudah wujud sebelum kedatangan meraka lagi. Akan tetapi ia menjadi penting apabila ia digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Utama tentera Jepun di kawasan Mostyn ( nama Kunak dahulu ).

Dua tiang balak spisis Belian ini masih kukuh berdiri, dimana ia depercayai adalah pintu masuk utama ke Kem Tentara Jepun pada masa itu.
Related Posts with Thumbnails