Pengikut

Sabtu, Mei 29, 2010

Prasejarah di Gua Baturong

Tiga buah simbol keagaman yang diukir pada tiga batang belian berukuran antara 1.8 hingga 2.4 meter tinggi ini yang ditemui di Hagop Bilo, Gua Baturong Kunak, pada 1968.

Usia simbol keagamaan yang dianggarkan 700 tahun ini, membuktikan wujud sebuah komuniti masyarakat yang mengamal cara hidup nomad yang mempercayai semangat nenek moyang mereka bagi menghindari dari sebarang bentuk malapetaka yang ada pada masa itu.

Isnin, Mei 17, 2010

Tenaga Geotermal Berpotensi di Kunak

Gambar hiasan

Daerah Kunak amat berpotensi besar dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharui, ini dapat dilaksanakan jika pihak yang berwajip dapat melakukan satu kajian yang menyeluruh terhadap satu sumber yang jarang-jarang terdapat di negara ini iaitu Geotermal/Wap panas bumi di daerah Kunak.

Penegasan penulis dalam hal ini adalah bersandarkan kepada kewujudan beberapa prospek yang amat positif di sini (di Kunak), antaranya kewujudan Kolam Air Panas (Hot Spring) di Binuang dan Lumpur Gunung Berapi (Mud Volcano) di Tingkayu.
Diagram penghasilan tenaga

Sumber alam ini jika digunakan sebaik-baiknya bukan sahaja digunakan untuk tenaga malah juga berpotensi besar dalam eko-pelancongan dan sekaligus merancakkan lagi sektor ekonomi lain di sini.
Bayangkan 20-30 tahun akan datang, bilangan populasi daerah Kunak menjangkau 98,000 - 150,000 orang ( anggaran penulis sahaja ), dan ini sudah tentunya menuntut keperluan tenaga yang banyak dan boleh diperbaharui di samping mesra ekologi.

Sabtu, Mei 15, 2010

KLETUS MUYUK TRAIL, KUNAK

Kletus Muyuk Trail mungkin agak asing bagi kebanyakkan pengunjung yang perna menjejakkan kaki ke Pusat Sejadi Air Terjun Madai, akan tetapi bagi penulis dan teman-teman seperjuangan yang lain, tempat ini banyak meninggalkan seribu kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan antara tahun 1997 hingga 2001.

Kletus Muyuk Trail adalah satu laluan pejalan kaki yang akan menghubungan anda ke Gua Madai dan Perkuburan Zaman Purba masing-masing dengan jarak 4.5 Km dan 2.6 Km, difahamkan nama laluan ini diambil sempena nama seorangPegawai Pemuliharaan Hutan
yang pernah bertugas disini.
Cabaran utama laluan ini bagi penulis ialah bentuk fizikal laluannya yang berliku-liku dan sempit, disamping masa perjalanan boleh memakan masa lebih daripada 5 jam pergi dan balik.

Rabu, Mei 12, 2010

Bina 625 Unit Rumah Setingkat di Kunak

Ada sesiapa yang tahu harga seunit rumah ni ?...harap dapat kongsikan disini

Rabu, Mei 05, 2010

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG. 8

Suatu sudut di Pekan Kunak

Bangunan Sapang

Masjid Datuk Zainal Gunong


Panggung Wayang Lama

Related Posts with Thumbnails