Pengikut

Isnin, Mei 17, 2010

Tenaga Geotermal Berpotensi di Kunak

Gambar hiasan

Daerah Kunak amat berpotensi besar dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharui, ini dapat dilaksanakan jika pihak yang berwajip dapat melakukan satu kajian yang menyeluruh terhadap satu sumber yang jarang-jarang terdapat di negara ini iaitu Geotermal/Wap panas bumi di daerah Kunak.

Penegasan penulis dalam hal ini adalah bersandarkan kepada kewujudan beberapa prospek yang amat positif di sini (di Kunak), antaranya kewujudan Kolam Air Panas (Hot Spring) di Binuang dan Lumpur Gunung Berapi (Mud Volcano) di Tingkayu.
Diagram penghasilan tenaga

Sumber alam ini jika digunakan sebaik-baiknya bukan sahaja digunakan untuk tenaga malah juga berpotensi besar dalam eko-pelancongan dan sekaligus merancakkan lagi sektor ekonomi lain di sini.
Bayangkan 20-30 tahun akan datang, bilangan populasi daerah Kunak menjangkau 98,000 - 150,000 orang ( anggaran penulis sahaja ), dan ini sudah tentunya menuntut keperluan tenaga yang banyak dan boleh diperbaharui di samping mesra ekologi.

1 ulasan:

  1. Salam saudara blogger Darkis Omar,
    Cadangan yang boleh diambil perhatian, mungkin memerlukan beberapa kajian daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

    Saya juga ingin menyentuh sedikit berkaitan geotermal ini. Difahamkan, kerajaan telah mengenalpasti satu kawasan di Tawau berhampiran Gunung Andrassy untuk projek Geotermal yang dalam perancangan - yang mana lawatan oleh Tan Sri Joseph Kurup bersama kementerian berkaitan telah melakukan tinjauan ke kawasan terbabit.

    Disebabkan kawasan itu berpotensi untuk jana tenaga berasaskan bahan semulajadi dari perut bumi yang berasaskan haba, geotermal adalah kaedah yang dikenalpasti bagi mengurangkan krisis tenaga yang dihadapi oleh negara khususnya negeri Sabah ini terutama di pantai timur (Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna).
    Itu adalah cadangan yang baik.

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails