Pengikut

Sabtu, November 13, 2010

PANGKALAN 1961 ?

"Ini adalah photo Kampung Pangkalan, Kunak dari udara tahun 1961", dakwa seorang kenalan dari Kota Kinabalu yang saya kenali sejak tahun lepas. Beliau juga seperti saya yang amat berminat dengan photo-photo lama hitam putih, dan atas keterujaan saya terhadap artifak ini saya meminta kebenaranya untuk menyalin semula gambar ini dan mempamerkan di blog ini.

Berbalik kepada cerita di sebalik photo lama ini kenalan ini memberitahu, photo ini diambil sewaktu pihak British melakukan tinjauan udara terhadap keadaan pelabuhan kayu balak di kawasan Pangkalan Mostyn, serta perairanya ekoran dari berleluasanya tragedi-tregedi rompakan di perairan ini pada masa itu yang mensasarkan bot dan kapal-kapal stim di Teluk Darvel.

Melihat kepada suasana dalam photo ini, mengingatkan aku kepada cerita arwah bapak yang menjadi jurumudi kayu balak disini dalam tahun 1965. Pada waktu itu menurut bapak, kayu balak dari hutan belantara Mostyn hingga ke Pulau Silumpat akan dihanyutkan dan ditambat ditepi-tepi pelabuhan Pangkalan sehingga kedatangan Kapal-kapal stim untuk memunggahnya dan dihantar ke Sandakan atau Kota Kinabalu untuk proses selanjutnya.

Rumah di Pangkalan kebanyakkannya berupa rumah kongsi yang dikhaskan kepada pekerja-pekerja disini dan sebuah Kedai Kopi kepunyaan Cina Muslim di penjuru hujung pelabuhan.

5 ulasan:

  1. Tahniah, tuan. Nampak memang itu adalah gambar Pengkalan. Sayang, hujung jeti tidak kelihatan.

    Rompakan terbesar di Pengkalan berlaku pada 20 Julai 1962. Berikutan dengan kejadian itu sukarelawan dari segenap pelusuk daerah ini telah diminta datang membantu membendung kemaraan perompak jangan sampai tembus ke darat.

    BalasPadam
  2. mcm xpercaya ooo...hahaha ble dkira bha rumah tu...

    BalasPadam
  3. Thanks tuan kunakians...tapi kesahian photo ini masih dalam kajian saya...sebab tiada rekod yg detail diberikan oleh yg empunya photo ni..

    BalasPadam
  4. kedai kopi tersebut adalah kedai arwah hj.San tiung... lbh dikenali abdullah ong @ pak san tiung. Selain itu, terdapat 1 kubur lama d pengkalan tu

    BalasPadam
  5. Terima kasih tuan 'Tanpa Nama'....atas infonya

    tapi dimana lokasi kubur lama tersebut...mungkin ada cerita/kisah menarik disebaliknya...harap juga tuan dpt menyertakan nama sekali agar mudah untk kita berinteraksi di lain masa....

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails