Setibanya saya di Kg. Kunak Jaya, saya terus bergegas ke tempat kejadian dimana kawasan yang terlibat adalah di bahagian Kunak Jaya Laut. Kelihatan orang ramai sedang bertungkus lumus membantu mangsa yang terlibat mengalihkan barangan yang sempat di selamatkan serta membantu pihak bomba mengawal kebakaran dari merebak ke kediaman berhampiran.
Kebanyakkan rumah yang terlibat dari suku kaum suluk dimana saksi kejadian memberitahu bahawa kebakaran tersebut berlaku sekitar 4.50 petang yang melibatkan lebih 10 buah rumah papan yang dibina terlalu hampir antara satu dengan yang lain. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sejam kemudian yang dibantu oleh dua jentera bomba.
Setakat ini punca dan jumlah kerugian sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak bomba, walau bagaimanapun ada saksi menyatakan bahawa kebakaran adalah disebabkan oleh kecuaian dimana seorang kanak-kanak dilaporkan telah terlupa mematikan gas memasak yang menjurus berlakunya kebakaran tersebut dan lebih malang lagi kedua-dua ibubapa kanak-kanak tersebut tiada dirumah sewaktu kejadian. Laporan JUNAIDI JAIMI
P/S: Awasilah anak-anak anda.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..