Pengikut

Isnin, Ogos 17, 2009

Gua Madai, Kunak

Gua Madai adalah gua batu kapur yang terbentuk sejak puluhan ribu tahun dahulu ini adalah kawasn yang terkenal sebagai diantara pengeluar sarang burung yang utama di Sabah. Sarang burung ini dianggap sebagai makanan istimewa dan dipercayai baik untuk kesihatan di kalangan masyarakat Cina dan pasaran eksportnya sangat meluas. Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan datang ke sini untuk mengutip sarang burung dari bahagian-bahagian gua yang berbeza-beza ini.

Aktiviti mengutip sarang burung ini secara beramai-ramai menjadikan ianya seakan-akan sebuah pesta. Proses mengutip sarang burung ini agak dramatik di mana kaum lelaki menyabung nyawa dengan memanjat hingga ke siling gua untuk mengutip sarang burung. Kini mereka mengupah pengutip sarang burung. Puak Idahan mempunyai hak ke atas Gua Madai ini sejak 20 generasi yang lalu.

Pelawat perlu mendapatkan kebenaran dari warga tua puak Idahan. Sebelum itu, pelawat juga perlu berurusan dengan Pejabat Daerah di pekan Lahad Datu bagi mendapatkan kebenaran awal untuk memasuki gua.

Bagaimana untuk kesana? jawabnya mudah sahaja, Semua bas antara Lahad Datu dan Kunak, Semporna atau Tawau akan melewati persimpangan ke Gua Madai. Dari persimpangan ini, anda boleh mendapatkan van kecil untuk membawa anda ke gua tersebut. Tetapi anda mungkin terpaksa berjalan kaki keluar dari Gua Madai untuk kembali ke persimpangan di jalan utama tersebut. Jadi nasihat saya lebih baik anda ke Pekan Kunak dahulu dan dari sana anda boleh menyewa kenderaan untuk ke Gua Madai lagipun lagi jimat.

Bagaimana pula tentang penginapan?, usah risau Gua-gua ini terletak di antara pekan Lahad Datu dan Kunak. Oleh itu, anda tidak perlu bermalam di situ sebaliknya memilih pelbagai jenis tempat penginapan yang terdapat di pekan Kunak seperti Hotel Mostyn, Dreamland Hotel, Rumah Rehat Kunak dan Homestay yang menawarkan harga berpatutan.

7 ulasan:

  1. Untu mempromosi kan Daerah, Kunak, Cari gambar Lumpur mendidih di Binuang, Air Panas di Sungang, Gua Sarang Burung baturong di Guthry, Gua Sarang Burung Sigarung Di Gading2 Dan lain2 Lagi.

    BalasPadam
  2. Selamat sejahtera...boleh tak saya dapatkan maklumat homestay di Kunak...untuk pelajar2 sekolah...?terima kasih

    BalasPadam
  3. Slamat dtang Sweet_Lontoi....

    ya nnt sya cuba tanya dulu ya....tq

    BalasPadam
  4. Kepd Sweet Lontoi...buat masa skrang hanya pihak pengurusan Masjid pekan kunak shj yg menawarkan perkhidmtn homestay....RM 5 / 6 shj bgi seorg dewasa...klu budak sekolah kurang pasti pulak...better tuan/puan pergi ke masjid tersebut utk lebih detail lg...tq

    BalasPadam
  5. Minta maaf admin boleh saya dapat lebih lanjut untuk ukuran luas panjang gua ketinggian dan lebar gua?pls beri kan saya maklumat tepat.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan boleh beri saya keluasan gua madai panjang × lebar × ketinggian gua..harapan saya mendapat jawapan tepat daripada tuan terima kasih

    BalasPadam
  7. Kpd Rassharizad...maaf tuan saya kurang arif ttang hal tersebut, mungkin tuan boleh menghubungi Jabatan Perhutanan Daerah Kunak...maaf skali lagi.

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails