
"Kami tidak mampu meneruskan kehidupan tradisi di dalam bot atau perahu. Kami tidak ada duit untuk memperbaiki bot. Selepas bot kami uzur, kami terpaksa meninggalkannya. "
"Kami mengambil kayu yang dibuang dari kilang papan Kampung Kunak Jaya. Kami meminta izin daripada Ketua Kampung Kunak Jaya untuk membuat rumah di atas air. Kami sedar, kami tidak dialu-alukan di kampung ini. Kami tidak ada tempat lain untuk berlindung."

Itulah yang diluahkan Isnaji Alaji, 63, iaitu seorang daripada 440 anggota masyarakat Pala'u atau Bajau Laut yang membina penempatan di pantai Kampung Kunak Jaya, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..