Cuti raya baru-baru ini penulis berkesempatan berkunjung kesalah sebuah Restoran yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Pekan Kunak khususnya Kampung Pangkalan, iaitu Restoran Muhibbah atau lebih dikenali sebagai Restoran Mee Si Kimyuk di kalangan penduduk tempatan.
Menariknya tentang restoran ini, walaupun pengusahanya berbangsa Tiongha namun para pengunjung yang datang menikmati hidangan Mee goreng disini adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sejak 24 tahun yang lalu. Walaupun terpaksa bersaing dengan bermacam jenis restoran yang ada di sekitar pekan kunak namun keistimewaan yang ada pada hidangan mee gorengnya sedikitpun tidak menjejaskan pengunjung yang datang hinggakan pelanggan harus berbaris menunggu giliran jika hendak merasai kenikmatan mee goreng restoran ini.
Bermacam jenis hidang mee goreng yang disediakan seperti Mee Telur, Mee Taufu, Mee Ayam, Mee Ikan dan Mee Campuran lain. malah harga yang dikenakan juga cukup berpatutan.
Jipri Gulam Seorang Guru dari Semporna yang hendak ke Kota Kinabalu singgah transit sekejap di restoran ini walaupun terpaksa melalui keadaan jalan raya yang sesak pada waktu pagi di sepanjang laluan masuk ke kampung Pangkalan ini berkata, sudah menjadi rutin beliau sejak 10 tahun yang lalu akan singgah sekejap ke restoran ini bagi menikmati hidangan mee goreng disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..