Kilang Penapis Minyak Kelapa Sawit atau Kunak Refinery ni mula dibina pada 2004 dan siap sepenuhnya pada 2006. Ianya dimiliki oleh syarikat GLC negeri iaitu Borneo Samudera dan Sawit Kinabalu Bhd. Tapak kilang ini dulunya ialah kawasan terumbu karang yang kaya dengan sumber makanan laut dan menjadi lokasi memburu pelbagai jenia siput makan yang amat beharga. Disamping itu pembinaan kilang ini juga telah sedikit sebanyak menyekat aliran air pasang surut yang mengakibatkan kerosakkan teruk pada Hutan Simpan Paya Bakau di belakang kilang ini.
Subuh di Kg. Buang Sayang, foto ni aku pinjam dari c mazuin...sory geng...
S.K. Pangi yang terletak bersebelahan dengan Pantai Sarina, foto ni aku ambil sewaktu Perkhemahan Pengakap Daerah Kunak ke-4, 2007 dari atas bukit.
Foto ni diambil dari atas puncak tangki simpanan minyak sawit mentah CPO Sime Darby, yang berhampiran dengan pelabuhan Kunak, Kg. Pangkalan dan Balai Polis Daerah di selatannya. Kelihatan sebuah perahu bagang sedang berlabuh dikawasan ini bagi tujuan penyelenggaraan.
Panorama dari Bukit batu kapur Madai (Gua Madai).....keunikannya tidak dinafikan lagi
Perumahan JKR lama Kunak, mungkin JKR dulu disini la kan...
Pusat Pekan Kunak, foto ni diambil dari menara pencawang Telekom kalu aku tidak silap la...
Nilah Masjid utama di Pekan Kunak boleh menampung hampir 2,000 jemaah pada satu-satu masa.
S. K. Kg. Selamat Kunak ini sebenarnya jauh dari tempat asalnya, iaitu jaraknya lebih kurang 6 KM. Sepatutnya Sekolah ni diberi nama SK Kg. Getah sempena nama kampung tempat tapak sekolah ini.
Jika anda ke Jeti Pasar Ikan di Kg. Pangkalan, anda pasti menikmati pemandangan seperti ini. Pulau di depan ini dikenali sebagai Pulau Timbun Mata.
Perumahan JKR lama Kunak, mungkin JKR dulu disini la kan...
Pusat Pekan Kunak, foto ni diambil dari menara pencawang Telekom kalu aku tidak silap la...
Nilah Masjid utama di Pekan Kunak boleh menampung hampir 2,000 jemaah pada satu-satu masa.
Ini adalah bangunan Kunak Plaza yang dibina bagi menggantikan bangunan kedai papan yang hangus terbakar pada 1998. Masih lagi aku teringat di hujung kedai papan tersebut ada kedai bernama 'Loi Pat' tempat aku dan kawan-kawan yang lain membeli makanan ringan, menurut masyarakat setempat bangunan kedai papan ini sudah wujud sejak 1960 lagi.
Pintu masuk ke Pekan Kunak, pelbagai papan tanda dibina bagi menarik setiap pengunjung agar singgah ke pekan ini.
Salah satu Bangunan yang terawal di Pekan Kunak, dibawah tu Kedai Perabot dan Elektrik Alagar tempat orang CCM....
Salah satu Bangunan yang terawal di Pekan Kunak, dibawah tu Kedai Perabot dan Elektrik Alagar tempat orang CCM....
Wah mendung la nak hujan ni....cepat....apa pun selamat Hari Kemerdekaan, kelihatan bangunan S.K. Pekan Kunak sekolah lama ku
aku setuju nama kg sk kg selamat tu ditukar kepada sk kg getah...
BalasPadamlagi satu dewan sekolah cina di ujung kg getah yang bersebelahan dengan sk kg selamat tu ditukar kepada dewan kg getah...
Hai pak cik,aku bah c ella anak abg daud.Ok pak cik aku sokong blogmu 100%
BalasPadamWAH... ADA PERUBAHAN SUDAH DAERAH KUNAK BUKAN MCM DULU LAGI.. KALU TENGOK GAMBAR DLM BLOG NI RASA RINDU PULAK MAU BALIK SANA..
BalasPadamHARAP SGT-SGT KALU TUAN PUNYA BLOG DPT MELETAKKAN GAMBAR-GAMBAR TERKINI UNTUK TATAPAN ANAK RANTAU MCM SY YG BEKERJA DI JOHOR BAHRU..
APAPUN TERIMA KASIH BYK-BYK KERANA INFO SERTA GAMBAR YG TELAH TERSEDIA.. SY DOAKAN ANDA JUGA BLOG INI SEMOGA MAJU JAYA..
KUNAK TANAH TUMPAH DARAHKU / GADING BOYS..
eik?.. mcm kenal je org pakai cap dlm gmbr d jetty tu.. subuh2 lagi jogging2, tengok kapal belabuh :)
BalasPadam@Mazuin : thanks atas kesudian fotonya di dipinjam....cantik semua fotonya sist...harap dpt tunjuk ajar nnt...^_^
BalasPadamnak tnya....pic 2 edit gna software apa..??? nice laA....hehehehehe...(:
BalasPadampakai photoshop. tp skrg byk freeware yg lebih kurang photoshop.
BalasPadamDulu 1985 Pekan Kunak seperti pekan Cowboy sekarang jauh berubah
BalasPadamkenangan pahit manis bertugas di daerah kunak kekal sampai bila bila... (T T)
BalasPadamcaption d bangunan sapang tu idol juga laa.. hahaha.. mau p bilal rr makcik tuu ..
BalasPadamcaption d bgunan sapang tu idol juga laa.. hahaha. makcik tuu mau pigi bilal.. restoran idol dulu.. tapi mau pesan untuk admin .. kawasan bangunan sapang pun sdh byk berubah .. #sayang kunak
BalasPadam