Pengikut

Selasa, September 28, 2010

Ikan Talang - Talang Kering


Ikan Talang-talang yang dikeringkan boleh Memakan masa 2 ke 4 minggu untk dikeringkan bergantung kepada cuaca, disamping para pengusaha juga harus mahir dalam proses pengeringan dan pengawetannya kerana dikuatiri ulat dan kulat senang membiak jika kadar kelembapannya tidak di kawal.

Permintaan produk ikan kering yang bersaiz besar ni sememangnya amat menggalakkan terutama penggemar-penggemar dari Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Negara Brunei.

Foto : Kampung nelayan Pangkalan Daerah Kunak, Sabah September 2010

Selasa, September 21, 2010

Keriangan di Pagi Syawal 2010

Mulanya adik ni melambai-lambaikan tangannya membuatku tertarik untuk mempotretkannya Sejenak camera kuhalakan....BOOM!... Dentuman mercun membingitkan telinga ku Seakan perang sahaja kampung ni ku rasakan... Siang malam pagi petang Kampung Pangkalan, Kunak Ceritaku di pagi Shawal 2010









Jumaat, September 17, 2010

CERITA PHOTOKU MENJELANG SHAWAL DI KUNAK 2010

" Macam ndak ngam pulak ni...." bisik abang ni Suasana persiapan raya di Kunak Kawasan Kunak Plaza 09 September 2010




" Mana suda anak biniku ni..dari tadi beli barang ndak pulang-pulang " bisik si pakcik yg berbasikal Lorong Kunak Plaza 09.10.2010

Berbagai jenis barangan jualan sempena syawal yang akan tiba Pekan Kunak 2010

" Pakcik singgah dulu ba..." laung si penjual " Ndak apa la dik....pakcik ndk pake tudung wakaka..." jawab si pakcik dgn slumbernya Sketsa di Bazar Ramadhan Kunak Plaza 9.9.10



Sabtu, September 04, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Dikesempatan dibulan yang mulia ini dan menjelangnya syawal yang bakal tiba,

saya Darkis bin Omar beserta keluarga dengan ini menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf andainya sepanjang kewujudan blog yang tak seberapa ini yang mana aku dedikasikan khas buat daerahku yang tercinta ini.

Ada kiranya tersilap bahasa, tersilap bicara, tersilap fakta, tersilap tanya dan sebagainya yang kadang mana mungkin saya melalut benda yang tidak nyata, haraplah dimaafkan sekali lagi.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda pembaca dan pelawat setia blog ini, komen dan pandangan anda amatlah saya hargai dan tanpa anda siapalah blog ini....(waduh...!)

Dan yang terakhir sempena raya yang bakal tiba, satu edisi khas photo-photo suasana raya di Kunak 2010 akan saya poskan dalam blog ini lepas raya nanti khas buat warga kunak yang merantau jauh dan tidak dapat pulang beraya tahun ni....sekian SELAAAMAT....

Rabu, September 01, 2010

Hitam Putih Kg. Pangkalan

Inilah sebahagian kehidupan penghuni Kg. Pangkalan, Kunak. Panorama ini jarang-jarang saya saksikan sendiri di depan mata walaupun saya sendiri anak jati Pangkalan.

Dua tiga orang dari ahli kumpulan nelayan ini, amat kunali sekali wajahnya.... seorang bernama Bensar usianya dalam lingkungan 27 tahun dari suku kaum Suluk.

Mengimbau kenangan zaman persekolahanku awal tahun 1990-an, Bensar adalah antara sahabat yang sama-sama dengan ku memancing dan 'memanting' ikan di pasar kg. pangkalan.... masih ingatkah dia dengan ku....?
Related Posts with Thumbnails