Mungkin anda pernah mendengar kisah keperihan perjalanan maut para tawanan perang sewaktu Perang Dunia ke-2 dari Sandakan ke Ranau yang melibatkan hampir seramai 500 orang angkatan tentera Australia dan British. Tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah perjalanan masyarakat tempatan yang dijadikan keldai paksaan bagi mengangkut barangan keperluan tentera jepun dari Tawau ke Mostyn pada masa tersebut.
Kisahnya bermula apabila pihak tentera jepun cuba menyalurkan keperluan logistik ke kawasan Mostyn, akan tetapi mungkin kemudahan perhubungan jalan darat pada waktu itu belum tersedia lagi, maka mereka telah menggunakan kudrat manusia untuk menggantikan jentera pengangkut yang mana selayaknya.
Menurut dalam satu artikel, kebanyakkan mangsanya adalah dari kaum lelaki berbangsa cina dan bertubuh sihat sahaja yang akan dipilih, ini kerana jarak dan kepayaaan yang bakal mereka tempuhi adalah cukup menyeksakan. Penyakit tropika, kelaparan dan trauma secara fizikal dikatakan adalah fenomena biasa sepanjang perjalanan tersebut. Manakala yang tidak mampu meneruskan perjalanan akan dibiarkan mati di tepi jalan, bahkan anggota tentera Jepun sendiri pun ada yang gagal dalam perjalanan itu, cuma mayat mereka tidak diperlakukan seperti rakyat tempatan, dimana mereka akan mengadakan upacara ‘Shinto’ terhadap si mati sebelum meneruskan perjalanan.
Begitulah selanjutnya sehingga mereka berpatah balik dari Mostyn pula, kejadian seperti itu akan terus berlaku, hinggakan dikatakan jika yang pergi seramai 50 orang yang balik tidak akan sampai separuh. Sebab itu jika salah seorang dari ahli keluarga mereka dipilih untuk tugasan seterusnya ke Mostyn, ahli keluarga yang lain tidak akan mengharapkan ia kembali lagi.
uik....sejarah ni...
BalasPadam