Pengikut

Sabtu, Mac 26, 2011

PAI SHENG SCHOOL IN 1959



Ditubuhkan atas permintaan dan keperluan pendidikan yang memuncak dari masyarakat Tiong Ha di Kunak, kerana sebelumnya mereka akan menghantar anak-anak mereka ke Tawau atau Lahad Datu bagi mendapatkan pendidikan formal akan tetapi memerlukan penbelanjaan yang tinggi ekoran sistem perhubungan pada masa itu belum cukup sempurna.

Rentetan dengan masalah ini, masyarakat cina di Kunak yang majoritinya adalah dari golongan peniaga dan petani telah sepakat menubuhkan sebuah sekolah permulaan pada 1959 dimulai dengan pembinaan sebuah bangunan kayu beratap nipah (kajang) yang didalamnya terdapat 2 bilik murid dan sebuah bilik guru, yang mana semua kerja dan perbelanjaannya ditanggung oleh mereka sendiri, satu bukti dimana ada kesungguhan disitu ada jalan.

Sekolah Pai Sheng (sekarang SRJK (C) Pai Sheng) ini secara rasminya didaftarkan kepada Pejabat Residen British di Lahad Datu pada 6hb Januari 1960 dengan jumlah pelajar seramai 56 orang murid dan empat orang guru termasuk guru besarnya yang juga pengerusi sekolah yang pertama En. Yang Kun Rong yang berkhidmat dari 1960 hingga 1976.

2 ulasan:

  1. Tahniah Adam Darkis...bestla blog nya...semua byk ceta ttg Kunak dan Mostyn..I like ur blog..

    BalasPadam
  2. Terima kasih puan nur.....klu xsilap...ahli kluarga puan adalah pemduduk Tiong-ha yg terawal di kunak kan...misti banyak kisah suka duka yg buli kta kongsi bersama...hrap suatu hari nnt....dpt jumapa...

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails