Selepas tiga bulan buat nescafe pekat tiap pagi untuk mengurangkan kebosanan, 'busy doing nothing' di bengkel radio KD Sri Tawau, CPORM Chan memberi peluang aku pergi ke Kunak kerana LCM S.O.S - alat kuminikasi HF transceiver GR410 'konk'
Jam 9 pagi aku menaiki trak askar dengan membawa Tool box dan sebuah alat transceiver yang sudah disiapkan. Jarak antara Tawau dan Kunak bukanya jauh sangat tapi oleh kerana belum ada jalan raya, lebih 6 jam terhangguk-hangguk dalam trak. Kalau jalan merah batu kerikil suda dikira baik, ini jalan lori balak, naik bukit dan turun bukit.
Sampai di Kunak, kawan seangkatan - ABSM Rahim 'Jeibon' - sudah sedia menunggu. Petang itu juga tugas selesai. Dan selebihnya, makan tidur sementara menunggu LCM belayar balik ke Tawau.
Malam hari, setelah makan ration askar (sekali sekala menyelerakan), Rahim mengajak aku bersiar-siar di 'Kota Raya Kunak'. Walaupun tempat ini lebih teruk dari Tawau, tapi aku difahamkan, hampir setiap malam penduduk berhimpun di sebuah dewan menghabiskan masa dan hasil keringat.
Insiden paling manis malam itu apabila rahim menonjolkan aku menggati caller yang asyik kena 'boo' oleh oram ramai kerana bukan sahaja lembap tapi juga selalu tersilap - 66 disebut 99, 69 jadi 96. Cadangan Rahim diterima baik oleh orang ramai (bukannya ramai sangat pun). Berdasarkan mendengar pengalaman cara caller menghias nombor dengan bunga-bunga semasa di Tawau, aku pun mencuba kebolehan. Belum habis satu round, peserta sudah kegembiraan kerana persembahan dariku jauh berbeza dari orang tempatan yang hanya menggunakan satu bahasa - tanpa bunya.
Mengimbau cara membangkitkan suspen peserta yang menunggu line atau house dan jackpot, terasa semua mata tertumpu kepadaku.
Tidak cukup sekadar bunga, ada pulak pause...two, senyap sekejap dan peserta riuh meneka malah ada yang menjerit konon sudah penuh line dan houes, tapi bila disambung, two fat ladies... yang lain pula menjerit. Diimbau-imbau, macam baru semalam ia berlalu.
Apa pun malam itu berpuluh ringgit jugalah..... upah satu call satu ringgit, duit orang Kunak masuk ke kocek.
Teringat berkenalan dengan saudara Rahim, seorang pemuda Sabah yang di fahamkan adalah anak seorang ahli Perlimen. "Patutlah loaded... mampu miliki dan bebas membawa pistol" fikirku.
Menggeletar suara meng-up atau menyebut follow dalam permainan table money malam itu. Kesudahannya, anak MP ini kering kontang dan tumpang tidur di LCM.
Masa di Kunak ini jugalah aku mendengar pelbagai cerita aneh.....
'Kalau diajak perempuan tempatan balik ke rumah, kau fikir panjang sebelum ikut', dia mengingatkan kami.
Kehebatan ilmu orang tempatan sudah pernah aku ceritakan. ABSM Salleh yang ligat mengentel kepala mancis ketika KD Sri Kedah singgah di Tawau tahun 1967, dia tersentak apabila t***rnya senak dijentik serentak dengan sudip macik gado-gado mengetuk kuali.
Di Kunak kisahnya berlainan, kerana sudah jatuh hati, seorang anggota tentera darat mengikut pelawaan anak gadis tempatan balik ke rumah. Sesampainya dia tersentak dan terus berpatah balik kerana terpandang anggota kelamin sendiri tergantung di muka pintu. Dilain ketika pula, anggota lain yang ikut balik ke rumah terkejut apabila disuruh bapa gadis membuka sendiri makanan di bawah tudung saji. Pucat lesi wajahnya melihat alat kelamin sendiri jadi hidangan diatas pinggan.
Selepas tiga malam bercuti di Kota Monaco atau Kunak, aku balik bersama LCM ke KD Sri Tawau dengan kenangan manis - menjadi caller permainan tombola - yang segar hingga ke hari ini.
P/S : En. Utuh adalah pesara TLDM yang pernah bertugas di KD Sri Tawau dalam tahun 60an dan 70an...
sumber : Utuh Paloi Banjar Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..