Satu lagi projek JKR (Jab. Kerja Raya) Daerah Kunak yang harus diberi pujian, kerana keperihatinan jabatan tersebut terhadap keperluan pengguna jalan raya dalam menambah baik jalan sedia ada. Jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Baturong sehingga Jalan Tingkayu Kecil.
Laluan tersebut yang kini dalam pembinaan bagi melebarkan jalan untuk menyediakan satu lorong pendakian (
Climbing lane) bagi kenderaan berat seperti yang terdapat sekarang di jalan Sungai Tingkayu - Baturong. Laluan ini juga dikenali oleh penduduk Kunak sebagai "Jalan Bukit Ular" , kerana jalan berliku-liku dan berbukit.
Pada masa lalu laluan ini telah menjadi medan kepada beberapa insiden kemalangan tragik yang pernah berlaku di sepanjang laluan ini. Laluan ini sememangnya sangat merbahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan jika pemandu dan pengguna jalan raya kurang memberi tumpuan dan leka dalam pemanduan di jalan ini.
Melalui pengalaman dan pemerhatian penulis sendiri, kenderaan yang selalu terlibat dalam kemalangan di laluan Bukit Ular ialah kenderaan-kenderaan yang dipandu oleh pemandu dari luar Daerah Kunak. Pendapat penulis kecuaian adalah lebih besar berlaku oleh pemandu-pemandu yang jarang dan tidak pernah memandu di jalan ini, ini pemandu yang kerap menggunakan laluan ini sudah pasti tahu selok belok keadaan jalan tersebut dan sudah pastinya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi tumpuan yang lebih ketika melalui jalan tersebut.
Selain faktor jalan yang berliku-liku, jalan ini juga terlalu gelap pada waktu malam kerana sepanjang laluan tersebut tidak terdapat sebarang lampu jalan disamping kawasan sekitar adalah kawasan Ladang kelapa sawit. Pada waktu-waktu tertentu jalan tersebut akan mengalami kesesakan terutamanya apabila terdapat kenderaan berat seperti lori besar mempunyai muatan yang sedang mendaki, perkara ini sekali gus menyebabkan kenderaan-kenderaan yang lain terpaksa menunggu dan mengambil masa untuk memotong lori-lori berkenaan dan kadang kala boleh menyebabkan pemandu berasa tertekan kerana kenderaan yang dipandu terlalu perlahan.
Pamandu yang tidak sabar akan mengambil langkah yang salah dengan memotong sesuka hati dan ini boleh menyebabkan kenderaan yang dipandu bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan. Jalan ini juga merupakan jalan utama yang menghubungkan daerah-daerah di pantai timur Sabah seperti Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Projek menambah laluan pendakian tersebut dijangka siap akhir tahun ini. Semoga dengan siapnya laluan ini nanti akan mengurangkan risiko kemalangaan di laluan ini dimasa hadapan. OLEH : Junaidi Jaimi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..