Pengikut

Rabu, Februari 22, 2012

Uniknya Tetingkap Bumbung di Pangkalan, Kunak



Pernahkah anda melihat rupabentuk tetingkap ini ditempat lain ?. Penulis pasti agak sukar rasanya untuk kita dapat melihat tetingkap seperti ini lagi di kawasan-kawasan lain khususnya di negeri Sabah, ini kerena rekabentuk ini hanya wujud pada bangunan-banguan rumah kedai papan lama pasca kemerdekaan negeri Sabah sahaja.


Mengikut pengamatan penulis, ia direka sebegitu rupa untuk menerangi ruang tengah premis pada waktu siang yang sedikit gelap dek kerana kiri dan kanan bangunan ini yang disusun rapat mengakibatkan jendela pada dinding agak mustahil untuk dibina.


Cara ia berfunsi pula adalah dengan menggunakan sistem tali takal yang mudah, dimana kedua-dua hujung bilah tetingkap ini akan diikat bagi memudahkan pengemudi menariknya sama ingin membuka atau menutupnya semula.


Photo yang penulis selitkan di atas adalah dipercayai restoran yang terawal wujud di Kg. Pangkalan Kunak yang dulunya dikenali sebagai Pangkalan Mostyn sewaktu aktiviti pembalakan di bumi Kunak berada di zaman kegemilangannya.


Pemilik asal premis ini dikatakan bernama Pak Santiung gelaran bagi penduduk tempatan, penulis kurang pasti nama sebenar beliau dan beliau juga dikatakan seorang berbangsa cina muslim.

Jumaat, Februari 17, 2012

New Proposed Commercial Building at Kunak



P/S : Penulis masih tertanya-tanya dimanakah tapak bangunan ini akan dibina....? mudah-mudahan dengan terbinanya lagi projek usaha sama antara pihak Majlis Tempatan dengan Swasta ini akan merancakkan lagi sektor ekonomi di daerah ini.

Jumaat, Februari 10, 2012

Kunak Seven Wells Waterfall



Telaga Tujuh dekat Kg. Hampilan ini merupakan sebuah lagi keajaiban geologi yang terdapat di Daerah Kunak. Ia terbentuk hasil dari rangkaian air terjun yang mengalir ke beberapa tingkat bawah hingga membentuk siri kolam-kolam semulajadi pelbagai saiz bergantung kepada tahap ketinggian dan arus air yang mencurah ke arah kolam tersebut.


Lokasi air terjun ini hanya kurang 1KM dari simpang masuk ke Kg. Telaga Tujuh. Terdapat dua buah jalan masuk ke kawasan ini yang mana masing-masing akan melalui beberapa buah rumah penduduk setempat dan ladang kelapa sawit milik persendirian. Bagi mereka yang menggemari sukan lasak seperti Waterfall Climbing penulis merasakan kawasan cerun disini adalah amat sesuai untuk mereka mencuba kehebatannya.



Walaupun kawasan ini masih dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau, akan tetapi lanskap buatan seperti tanaman pokok kelapa sawit ini yang merintangi sepanjang laluan air terjun telah sedikit sebanyak telah mencacatkan pemandangan indahnya. Apa boleh buat.... kawasan ini memang hak persendirian jadi terpulang saja kepada tuan empunya asalkan aspek pengurusan ladang yang baik dapat diamalkan selalu bagi memastikan kelansung air terjun ini untuk generasi akan datang.



Seperti juga tempat-tempat unik yang lain di negara ini, masyarakat setempat disini juga tidak lari dari mempunyai cerita-cerita mitos dan lagenda yang menambahkan lagi keistimewaan tempat ini. Diceritakan konon bahawa ada tujuh puteri jelita dari kayangan yang turun bermandi-manda di kolam ini demi untuk memastikan kejelitaan mereka..... ikuti cerita selanjutnya disini


Pada hemat penulis, mungkin tuan tanah kawasan ini boleh memikirkan pelbagai altenatif untuk mengindahkan kawasan sekitar disamping menambah sedikit kemudahan-kemudahan asas seperti Tandas dan Pondok rehat bagi keselesaan orang ramai.


P/S : sebelum terlupa setinggi terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Jumat Mat Salleh atas kesudian beliau menemani saya sepenjang lawatan ini......
Related Posts with Thumbnails