Pengikut

Jumaat, Februari 10, 2012

Kunak Seven Wells Waterfall



Telaga Tujuh dekat Kg. Hampilan ini merupakan sebuah lagi keajaiban geologi yang terdapat di Daerah Kunak. Ia terbentuk hasil dari rangkaian air terjun yang mengalir ke beberapa tingkat bawah hingga membentuk siri kolam-kolam semulajadi pelbagai saiz bergantung kepada tahap ketinggian dan arus air yang mencurah ke arah kolam tersebut.


Lokasi air terjun ini hanya kurang 1KM dari simpang masuk ke Kg. Telaga Tujuh. Terdapat dua buah jalan masuk ke kawasan ini yang mana masing-masing akan melalui beberapa buah rumah penduduk setempat dan ladang kelapa sawit milik persendirian. Bagi mereka yang menggemari sukan lasak seperti Waterfall Climbing penulis merasakan kawasan cerun disini adalah amat sesuai untuk mereka mencuba kehebatannya.



Walaupun kawasan ini masih dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau, akan tetapi lanskap buatan seperti tanaman pokok kelapa sawit ini yang merintangi sepanjang laluan air terjun telah sedikit sebanyak telah mencacatkan pemandangan indahnya. Apa boleh buat.... kawasan ini memang hak persendirian jadi terpulang saja kepada tuan empunya asalkan aspek pengurusan ladang yang baik dapat diamalkan selalu bagi memastikan kelansung air terjun ini untuk generasi akan datang.



Seperti juga tempat-tempat unik yang lain di negara ini, masyarakat setempat disini juga tidak lari dari mempunyai cerita-cerita mitos dan lagenda yang menambahkan lagi keistimewaan tempat ini. Diceritakan konon bahawa ada tujuh puteri jelita dari kayangan yang turun bermandi-manda di kolam ini demi untuk memastikan kejelitaan mereka..... ikuti cerita selanjutnya disini


Pada hemat penulis, mungkin tuan tanah kawasan ini boleh memikirkan pelbagai altenatif untuk mengindahkan kawasan sekitar disamping menambah sedikit kemudahan-kemudahan asas seperti Tandas dan Pondok rehat bagi keselesaan orang ramai.


P/S : sebelum terlupa setinggi terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Jumat Mat Salleh atas kesudian beliau menemani saya sepenjang lawatan ini......

2 ulasan:

  1. Macam mana nak ke kawasan ni.. kalau boleh tulis cara untuk ke kawsan telaga ni lagi bagus.. hanya cadangan :D

    BalasPadam
  2. Macam mana maw pigi sini boss. Saya org Semporna

    BalasPadam

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails