Pengikut

Jumaat, September 25, 2009

MEMANGGAK PUMPUN DI KG. PANGKALAN

Pagi Raya ke-3 di Kampung terasa bosan yang teramat sangat, tiada aktiviti yang dirancangkan khas untuk hari tersebut, kawan-kawan yang lain pun sibuk entah kemana. Tapi entah macam mana dua sahabat lama Edwin Muslim seorang anggota ATM dan Jusli Jana yang bekerja di Pelabuhan Tawau datang ke rumah membawa perkabaran yang sememangnya amat penulis tunggu sejak dua menjak ini.

Perkhabaran yang dimaksusdkan adalah dua sahabat lama ini mengajak penulis memancing ikan lamburok yang sememangnya amat penulis gemari sejak dibangku sekolah lagi. Setelah persetujuan dicapai antara kami bertiga, maka langkah pertama yang harus disediakan ialah mencari umpan yang sesuai dan umpan yang dimaksudkan ini bukan sebarangan umpan kerana untuk mencarinya bukanlah perkara yang senang melainkan mereka yang benar-benar ahli dalam mencari umpan ini. Umpan ini lebih dikenali oleh masyarakat kampung sebagai "Pumpun" sejenis cacing pemalu yang tinggal didalam pasir atau lumpur paya bakau.

Kebiasaannya jika kita mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan memancing ikan tawar, kita akan menggunakan peralatan menggali seperti cangkul atau penyodok/Skop untuk mencari cacing tanah tersebut, tetapi lain pula caranya bagi menangkap umpan Pumpun ini kerana kita tidak perlu menggali seperti kebiasaannya, ini kerana kita perlu menangkapnya dengan menggunakan tangan. Dimana alatan yang digunakan adalah sarung kaki terpakai dan sedikit tepung ubi kayu asli yang dibasahkan sedikit dan diisi kedalam sarung kaki tadi, dan aktiviti mencari pumpun ini dikenali sebagai 'Memanggak'.

Edwin sedang menangkap pumpun


Edwin sedang bertarung dengan Pumpun

Inilah cacing Pumpun yang dimaksudkan

Ini pula ikan Lamburok hasil dari umpun Pumpum yang digunakan

1 ulasan:

Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..

Related Posts with Thumbnails