Rabu, Disember 29, 2010
Selasa, Disember 21, 2010
The Best Pisang Goreng in Kunak
Bagi anda yang berkunjung ke daerah Kunak dan teringin nak merasa kenikmatan juadah petang ini usah risau....mermula dari pekan Simpang empat hingga ke Pusat Pekan Kunak, anda akan dapat menemui gerai-gerai yang menjual hidangan ini dan pastikan anda datang awal...kerana dikuwatiri anda melepas nanti.
Jumaat, Disember 17, 2010
KUNAK : Kedai Bharu
Kedai Bharu adalah pusat perekonomian yang utama di daerah Kunak. Dulunya sebelum kewujudan pekan kecil ini, semua masyarakat di sekitarnya hanya bertumpu di kawasan persisir pantai timur pekan ini atau lebih dikenali sebagai 'Pangkalan Mostyn' bagi mendapatkan barangan keperluan harian atau untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan ke Lahad Datu atau Semporna.
Hanya pada penghujung tahun 1960-an barulah Kedai Bharu mula diwujukan apabila Kunak dinaik taraf menjadi Daerah Kecil dibawah seliaan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).
Kini suasana Kedai Bharu tidak banyak yang berubah sejak sedekad yang lalu, cuma mungkin beberapa kemudahan awam telah dipertingkatkan oleh pihak PBT, manakala yang lain tetap sama walaupun kepesatan pembangunan jiran disebelah sedang giat kedengaran.
Mungkin pihak yang bertanggungjawab harus memikirkan sesuatu untuk cuba menarik lebih banyak peluang yang ada agar Kedai Bharu tidak terus jauh ketinggalan berbanding jiran terdekatnya.
Ahad, Disember 12, 2010
A Shy Boy
Rabu, Disember 08, 2010
SUNRISE AT KUNAK
Isnin, Disember 06, 2010
The Best "Mee Goreng" in Town
P/s : Khabarnya Restoran ini adalah legasi dari Restoran Muhibbah di Kg. Pangkalan.
Sabtu, Disember 04, 2010
Jumaat, Disember 03, 2010
Terminal Bas Kunak
Inilah pemandangan di Terminal Bas utama di pekan Kunak ini pada hari-hari biasa. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat harian daerah ini, menjadikannya mudah untuk dikenali walaupun kepada meraka yang pertama kali menjejakan kaki di bumi bertuah ini.
Aktiviti terminal ini selalunya akan bermula seawal 6 pagi lagi seperti juga terminal bas di tempat lain dan akan berakhir mengikut keperluan pada masa itu, dimana jika ramai penumpang tempoh operasinya akan dilanjutkan hingga ke lewat malam dan jika jumlah penumpang sebaliknya, maka seawal 5 petang lagi kawasan ini akan menjadi lengang.
Jika dahulu perkhidmatan terminal ini hanya mensasarkan kepada meraka yang berulang-alik ke Semporna, Tawau dan Lahad Datu sahaja. Akan tetapi sekarang ini akses untuk ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan juga telah mula beroperasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi pengunjung diluar sana usah risau perkhidmatan ini sentiasa ada 7 kali seminggu.
Cuma dua perkara yang penulis rasa harus dipandang keutamaan oleh pihak PBT di kawasan ini, iaitu ketiadaan Tandas Awam dan ruang menunggu yang selesa di samping aspek kebersihan juga harus dititik beratkan.
Khamis, Disember 02, 2010
MEMORI 1969 - 1978
Dulu susah ba…gaji baru RM6 satu hari
Waktu itu Bapakku kerja di Ladang Giram manakala mamak pulak di tinggal di Kg. Pangkalan. Jadi sesekali aku ikut bapak pigi Giram kasi kawan dia…dulu mana ada banyak karita macam sekarang, hanya taukey-taukey kayu balak jak pada masa itu yang mampu beli karita. Jadi aku sama bapak jalan kaki jak dari Pangkalan ke Giram…kau bayangkan saja betapa payahnya orang-orang seperti kami pada masa itu….
Dulu tiada lagi bangunan batu di Kedai Baru tu, Cuma yang ada hanya satu barisan bangunan kedai papan sebelah SK. Pekan Kunak…tapi sekarang ndada suda…suda tebakar pada 1998…lepas tu kerajaan bina di depannya pulak satu baris lagi bangunan kayu, diorang jadikan Pejabat daerah sementara sebelum adanya bangunan sekarang…itupun suda kanak rubuh suda tahun ini jugak, yang sekarang ini kalau kau nampak diorang pagar pakai zink biru di tepi padang tu. Disitulah semua orang berurusan.
Kalau mau pigi Lahad Datu atau Semporna ikut Kumpit ( Bot Panambang ), walapun ada suda jalan tapi masi gravel ba…itupun jalan untuk kayu balak jadi susah sikit. Orang Kunak pada masa itu suka naik ini Kumpit, masi aku ingat nama-nama botnya seperti “KASIH SAYANG”, “LESON LAJU”, “SRI SARINA”, “MULATA” dan “SALEHA BARU”…tambang RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak. Semuanya belabuh di Kg. Pangkalan.
P/s : Seperti yang diceritakan oleh En. Asri Annah kepada penulis, semoga kita dapat manghayati cerita ini dan menghargai dengan apa yang kita ada.
Rabu, Disember 01, 2010
Jalan - Jalan di Pasar Minggu Kunak
Jika di Pantai Barat Sabah orang disana sinonim dengan Pasar Tamunya, tetapi di sebelah Pantai Timur Pula khasnya Daerah Kunak, mereka menggelarnya Pasar Minggu sesuai dengan keadaannya yang disambut pada setiap hari minggu atau ahad.
Pasar Minggu di Kunak ini terletak di persimpangan Jalan Kg. Jaya Baru dan Jalan ke Kg. Sungai Atas berhadapan dengan Bangunan Jabatan Perikanan Daerah Kunak.
Destinasi yang amat popular di Pekan Kunak ini menyediakan pelbagai aneka warna dan ragam di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil jualan pakaian terpakai atau 'Rombengan', pertanian, penternakan dan perikanan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.
Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka seawal hari Sabtu pagi dan pasar Ahad ini bermula pada jam 6 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang.
Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan dan semuanya ada disini menanti ketibaan para peraih dan pembeli dari segenap lapisan masyarakat yang ada disini.