Inilah pemandangan di Terminal Bas utama di pekan Kunak ini pada hari-hari biasa. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat harian daerah ini, menjadikannya mudah untuk dikenali walaupun kepada meraka yang pertama kali menjejakan kaki di bumi bertuah ini.
Aktiviti terminal ini selalunya akan bermula seawal 6 pagi lagi seperti juga terminal bas di tempat lain dan akan berakhir mengikut keperluan pada masa itu, dimana jika ramai penumpang tempoh operasinya akan dilanjutkan hingga ke lewat malam dan jika jumlah penumpang sebaliknya, maka seawal 5 petang lagi kawasan ini akan menjadi lengang.
Jika dahulu perkhidmatan terminal ini hanya mensasarkan kepada meraka yang berulang-alik ke Semporna, Tawau dan Lahad Datu sahaja. Akan tetapi sekarang ini akses untuk ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan juga telah mula beroperasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi pengunjung diluar sana usah risau perkhidmatan ini sentiasa ada 7 kali seminggu.
Cuma dua perkara yang penulis rasa harus dipandang keutamaan oleh pihak PBT di kawasan ini, iaitu ketiadaan Tandas Awam dan ruang menunggu yang selesa di samping aspek kebersihan juga harus dititik beratkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..