Jika di Pantai Barat Sabah orang disana sinonim dengan Pasar Tamunya, tetapi di sebelah Pantai Timur Pula khasnya Daerah Kunak, mereka menggelarnya Pasar Minggu sesuai dengan keadaannya yang disambut pada setiap hari minggu atau ahad.
Pasar Minggu di Kunak ini terletak di persimpangan Jalan Kg. Jaya Baru dan Jalan ke Kg. Sungai Atas berhadapan dengan Bangunan Jabatan Perikanan Daerah Kunak.
Destinasi yang amat popular di Pekan Kunak ini menyediakan pelbagai aneka warna dan ragam di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil jualan pakaian terpakai atau 'Rombengan', pertanian, penternakan dan perikanan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.
Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka seawal hari Sabtu pagi dan pasar Ahad ini bermula pada jam 6 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang.
Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan dan semuanya ada disini menanti ketibaan para peraih dan pembeli dari segenap lapisan masyarakat yang ada disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hanya pengulas/pengomen yang berdaftar dan menyatakan nama sahaja yang akan dibenarkan mengulas/mengomen di ruangan ini dan semua ulasan adalah tanggungjawab si pengulas sendiri, pihak blog adalah tidak bertanggujawab sama sekali..