Pengikut

Isnin, Januari 31, 2011

WW2 : Imperial Japanese Army in Kunak


Tentera Jepun telah mendarat di pesisir pantai Mostyn ( Kunak ) dari Tawi-Tawi, Philipina pada tanggal 20hb Januari 1942 di teluk Pangi iaitu jika pada hari ini lokasi tersebut adalah antara Kg. Sungai Atas dan Kg. Hampilan di Pangi, iaitu sebulan selepas serangan keatas Pearl Harbour di Kepulauan Hawai Amerika Syarikat.

Rombongan ini berjumlah 28 orang yang di bawah pimpinan seorang pegawai berpangkat Kapten. Objektif mereka adalah untuk membuat beberapa sub-station yang strategik di Teluk Darvel di samping cuba mengawal sepenuhnya sektor pertanian tembakau di kawasan ini.

Menjelang 22hb januari 1942, hampir keseluruhan Mostyn telah dapat ditawan tanpa sebarang halangan yang sengit dari pihak yang berwajip. Dikhabarkan juga walaupun terdapat beberapa anggota Polis Sikh yang ditugas di kawsan ini, tetapi ia juga gagal mengekang kemarahan pihak Jepun dari bertapak di Mostyn.


Barek Tentara Jepun yang hampir musnah di bedil oleh Tentera Perikatan di Mostyn pada 1945


Kapal pemusnah tentera laut Jepun 'Inazuma' yang sentiasa mengawal perairan Teluk Darvel dan Tawi-Tawi di Philipina.

P/S : Pada 1993 saya pernah melihat dengan mata saya sendiri bangkai enjin dan sayap yang besar di muara Sungai Atas sewaktu bersama-sama dengan arwah bapak 'Memukat' udang di kawasan tersebut. Menurut bapak ia adalah bangkai Kapal pesawat semasa perang dunia ke-2, tetapi kurang pasti jika ia masih disana kerana sudah hampir 18 tahun peristiwa itu berlalu.

Rabu, Januari 26, 2011

PANORAMA DAERAH KUNAK BHG. 11

Kampung Madai


Teluk Pangi


Pantai Sarina


Jalan Pangkalan


Kampung Bt. 5 / Simpang empat Corner

Khamis, Januari 20, 2011

THE FORGOTTEN : Panggung Wayang Lama Kunak

Masih ingatkah anda dengan bangunan usang ini ?, cuba bayangkan saat anda melewati jalan-jalan di sekitarnya beberapa tahun yang lalu, bagaimana suasananya ?. Bagi mereka yang membesar di sekitar Pekan Kunak seperti saya, tentu saja pelbagai kisah duka dan gembira sentiasa mencuit anda untuk mengimbau kenangan lama disini.

Panggung Wayang Lama di persimpangan jalan JKR lama ini, dulunya amat meriah sekali kepada warga kunak sewaktu tahun 70-an hingga hujung 90-an. Pelbagai genre filem perna di tayangkan disini dari filem Holywood, Bolywood, Hong Kong hingga ke filem Melayu dan negara-negara jiran sekitarnya. Boleh di katakan inilah tempat hiburan yang pertama di Kunak.

Mengimbau semula waktu itu, hampir setiap hari jika kebetulan melalui kawasan tersebut, anda akan mendapati dinding-dinding bangunan ini akan digantungi oleh poster-poster filem yang bakal di tayangkan pada minggu itu.

Masi aku ingat sewaktu pertama kali menjejakkan kaki kesini dahulu, filem yang di tayangkan pada malam itu ialah filemHolywood bertajuk "Rambo : First Blood" mungkin dalam tahun 1986/87 begitu, kurang jelas tarikhnya. Ditemankan Bapak dan Ibu suasananya sungguh meriah kebetulan waktu itu ada 'Fun Fair' disebelahnya menambah kemeriahan malam itu.

Kini bangunan ini tidak lagi menayangkan filem, tiada lagi poster-poster yang digantung, khabarnya beberapa tahun yang lalu ia telah ditukarkan ke premis hiburan yang lain seperti 'Tin Tong' dan Meja Beliard akan tetapi semuanya juga tidak bertahan lama.

Rabu, Januari 12, 2011

Pangi : Bukit Cook ?

Bukit Cook dari Teluk Pangi

Sedang saya asyik membelek-belek sebuah buku lama di sebuah perpustakaan, tiba-tiba saya tertarik dengan sebuah buku yang di dalamnya terselit satu lembaran lukisan peta 'Teluk Darvel' yang tarikhnya saya kurang jelas dan mata ini terus melirik ke kawasan yang kita kenali pada waktu ini sebagai 'Kunak'. Jelas tiada nama Kunak yang saya temui. Mostyn juga tiada...tapi satu nama betul-betul dekat dengan kawasan Kunak pada masa ini, dan ia adalah sebuah bukit yang berada di Mukim Pangi pada waktu ini, lebih kurang 5 Kilometer dari Pekan Kunak.

Bukit Cook...?, asing bunyinya dan seingat saya masyarakat setempat tidak perna sekali menyebut perkataan asing itu jika mengajuk kearah bukit tersebut, melainkan mereka hanya menggelarnya sebagai Bukit Pangi atau Sibalu. Jadi dimana pula datangnya nama bukit Cook ini dan siapa pula yang memberinya nama seasing ini ?. Hati ini mula menimbulkan persoalan demi persoalan dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit homework berkaitan bukit ini dan testimoni awal saya adalah seperti berikut.

Pada tahun 1880-an Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mula bertapak di Sabah pada ketika itu, dan selang beberapa tahun kemudian satu ekspidisi telah mula dilakukan oleh pihak syarikat di sepanjang Teluk Darvel bagi membuat tinjauan dan pemetaan awal berhubung dengan pemilihan satu tapak awal bagi tujuan pusat pentadbiran di kawasan ini dan Silam adalah tempat yang mereka pilih.

HMS Zephyr

Pada 1887 Gabenor W.M. Crocker, Keptan Beeston dan Alexender Cook telah membuat perjalanan pulang dari Semporna dengan menggunakan Kapal HMS Zephyr walaupun pada asalnya mereka menaiki Kapal Kimanis dari Sandakan ke Silam dan seterusnya ke Semporna, akan tetapi oleh kerana perkhabaran bahawa laluan Kapal Kimanis di Omadal telah di serang lanun maka mereka membuat keputusan untuk pulang ke Sandakan dengan menggunakan Kapal Perang HMS Zephyr untuk tujuan itu dan laluan yang mereka pilih adalah selat Sipit yang terletak diantara Pulau Timbun Mata dengan Sigarong.

Dalam Perjalanan itu mereka menggambarkan kawasan itu sungguh indah dengan deretan pokok-pokok bakau yang bersaiz besar dan gunung-ganang yang diseluputi oleh pohonan hutan yang menyeramkan disamping kecauan burung yang membingitkan telinga. Berdasarkan pemerhatian, peta yang menunjukkan adanya nama Bukit Cook itu adalah selepas peristiwa keberangkatan rombongan Gabenor W.M. Crocker, Keptan Beeston dan Alexender Cook yang membuat perjalanan pulang, jadi saya mengandaikan bahawa nama bukit tersebut adalah diambil sempena nama Alexender Cook.

Alexender Cook adalah seorang setiausaha SBBU yang mengiringi Gabenor Crocker dalam pentadbirannya di Sandakan dan Teluk Darvel.

Rabu, Januari 05, 2011

Untold : Kunak Tiga 1932 - 1945


Kepulangan saya ke Kunak beberapa bulan yang lepas, rupa-rupanya suatu yang amat bermakna pada kali ini. Kunjungan yang tidak dirancang ke rumah seorang saudara telah menemukan saya dengan seorang insan tua yang kebetulan beliau juga sedang berkunjung kerumah yang sama.

Orang tua ini menganggarkan usianya sekitar 87 tahun dan sesekali celotehnya membuatkan aku amat terhibur. "Nah!.....beliau inilah yang aku maksudkan...kalau kau mau tau pasal Kunak time dulu-dulu, inilah orangnya" sergah saudara saya membuatkan kami terhenti seketika. Dan tanpa membuang masa saya dengan semangatnya pun mulalah minta dengan Pakcik tadi agar boleh kiranya dia menceritakan serba sedikit yang beliau masih ingat tentang keaadaan kawasan Kunak sewaktu dia berada disini dahulu.

"Sewaktu jipun (Jepun) datang dulu..umurku baru dalam 20an begitu, tapi sabalum jipun datang lagi kami ada suda disini walaupun aku lahir di Omapoy (sebuah pulau di selatan philipina, 87 batu nautika atau 140 Kilometer di Timur Kunak). Waktu itu tiada lagi apa-apa di Kunak....hutan semua...tapi ada satu kawasan tampat kami buat rumah di tepi laut.....bukan Pangkalan...mmm...oh ya...tampat itu sekarang namanya Kg. Kunak Tiga....haa.....itulah kampung yang terawal di Kunak kalau kau mau tau...tapi rumah ndak banyaklah, waktu kami datang dan buat rumah disitu umurku dalam 9 tahun begitu, rumah ada 30 biji mangkali". "Waktu itu disini (Kunak Tiga) dulu bapakku kerjanya macam mencari itu rotan dalam hutan, dulu banyak pulak ba rotan disini...lepas banyak suda dikumpul dan diikatnya rapat-rapat...lepas tu di tondan la pigi Semporna jual sama cina kalau ndak silap. Jarang kami ikut sama bapak kalau dia pigi jual rotan...kan kami budak lagi, kalau dia pigi semporna lama ba...tiga atau empat hari begitu baru dia pulang....macam mana ba...dulu mana ada injin (enjin) macam sekarang....main dayung ja ataupun pakai lamak (layar) kalau ada angin la".

"Lama kami tinggal disana dulu (Kunak Tiga), itupun kami lari disana gara-gara perang jipun suda. Lepas tu kami sekeluarga tinggal pulak di Pulau Boheyan sampailah perang tamat....tapi lepas perang nda suda kami balik pigi Kunak, terus kami pigi Tawau di Ladang Tiger....kami panggil waktu itu kebun 'Lanut' atau Abaka....bapakku macam malas suda cari rotan jadi mungkin sebab itulah dia makan gaji suda disana (Ladang Tiger) sampailah sekarang semua kami disana".

Begitulah lebih kurang ceritanya kepada aku dan sebelum kami beredar, dia sempat mengajak aku ke rumahnya di Tawau. Semoga Pakacik di panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.

Sabtu, Januari 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 Warga Kunak

Dikesempatan ini blogger Everything about Kunak ingin mengucapakan Selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog ini, agar tahun 2011 ini akan membawa kita ke satu tahap lagi yang lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya, dan kudoakan semoga semua warga kunak memperoleh kejayaan yang dihajati walaupun dimana anda berada. Sekian...
Related Posts with Thumbnails